27 December 2013

Berbekam Di Hospital Kerajaan


Biasanya hari Jumaat dan Sabtu JR tak pergi joging. Cuti hujung minggu di Kedah pada Jumaat dan Sabtu digunakan untuk aktiviti keluarga. Hari Jumaat biasanya JR dan isteri pergi market. Hari Sabtu pula untuk cuci rumah dan cuci kereta.

Tapi hari ini kerana tengok stok barang basah masih mencukupi, esok sajalah JR ke market. Hari ini pergi joging lagi seperti hari Ahad hingga Khamis! 

Lalu hari ini pagi-pagi lagi JR dah berada di Taman Rimba, Alor Setar. Sekarang pukul 7.15 pagi hari masih gelap. Memang seronok mengeluarkan peluh dalam kedinginan pagi, kepala sesekali ditimpa dedaunan kering yang luruh dari pepohon jalanan. Dalam rintik-rintik peluh bagi menghabiskan joging 6 km penuh nikmat, bayu dingin sepoi-sepoi bahasa sesekali menampar kulit, aduhai sedapnya...

Ketika masuk kilometer keempat, terlihat seorang lelaki berusia llingkungan  30an dengan kepala berpetak:

 
Bukan gambar kepala lelaki yang JR jumpa tadi. Ini gambar yang dipinjam dari makcik google..

Mesti orang tu baru berbekam!  Orang yang melakukan prosedur bekam biasanya kepala akan dicukur, meninggalkan bekas petak empat segi di kepalanya. 

Berbekam adalah satu proses membuang darah kotor (toksin/racun) yang berbahaya dari dalam tubuh badan melalui permukaan kulit.

JR sebenarnya dah lama teringin nak melakukan bekam. Bukan kerana JR mempunyai penyakit-penyakit serius, tapi saja nak melihat keberkesanan kaedah rawatan itu.

Lagi pun berbekam adalah amalan yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. semasa hayat baginda. Banyak hadis-hadis sahih yang menyatakan kebaikan berbekam.
 
Cuma JR tak pasti sama ada kaedah berbekam yang dilakukan mengikut kaedah tradisional (sesetengahnya memanggil perubatan Islam) benar-benar selamat. Maklumlah ia berkaitan dengan pengeluaran darah, jika peralatan yang digunakan tercemar ia boleh memberi kesan buruk kepada kita. Jika pemindahan darah di hospital kerajaan pun pernah berlaku kes jangkitan HIV, apa lagilah jika ia dilakukan tanpa pengawasan dan prosedur rawatan yang betul-betul rapi.

Bukan JR nak kata berbekam secara tradisional tidak baik. Mungkin kaedah rawatan berbekam sekarang lebih teratur dan selamat dengan menggunakan peralatan moden. Tapi bagi meyakinkan pelanggan, elok juga pusat-pusat berbekam ini mendapatkan sijil pengesahan selamat dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia akan lebih meyakinkan orang-orang seperti JR yang ingin melakukan rawatan yang dianjurkan oleh Nabi kita itu.

Atau apa salahnya jika  klinik bekam diwujudkan di hospital-hospital kerajaan? Sekarang memang dah ada hospital-hospital kerajaan yang menawarkan rawatan tradisional. Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang telah menjadi hospital kerajaan pertama yang mula menawarkan perkhidmatan Perubatan Tradisional dan Komplimentari (TCM) kepada pesakit secara pilihan. Masa adik perempuan JR masuk wad hospital itu dulu, petugas hospital beritahu ada beberapa perkhidmatan ditawarkan oleh Hospital Kepala Batas termasuk akupuntur, urutan tradisional Melayu serta rawatan herba ongkologi.

Mungkin lepas ini rawatan berbekam juga boleh dilakukan di hospital-hospital kerajaan?

13 comments:

  1. jadi, kebarangkalian nak terkena jangkitan penyakit melalui kaedah berbekam tradisional ni agak tinggi la... cantik jugak idea tu (sijil pengesahan).

    ReplyDelete
  2. saya tengok pun dah meremang bulu roma..takut hehe

    ReplyDelete
  3. berbekam nie ramai yg ingin mencubanya..suami sy pun ber minat ..cuma tak tahu dimana yg buat betul2 ikut sunnah..

    ReplyDelete
  4. Bunda pernah juga buat be ni..tapi untuk resdumh...buat dua tempat dimuka..
    Ada pengamal perubatan islam yang mengamalkan perubatan bekam...dia buat kat rumah dia jer...
    Disamping promosikan ubatan herba...

    ReplyDelete
  5. Memang berbekam itu sunnah..
    Dan saya setuju dgn JR, elok di masukkan sekali bekam ke dlm TCM tu..jadi kita lebih yakin tentang isu 'sterile'...bahaya guna needle yg tercemar..

    JR kalau jogging pagi2 macam tu,masuk kerjanya pukul berapa?
    Memang best kalau pagi2 dah dpt jogging...sebab utk hari itu,kita dah selesaikan seawal mungkin rutin senaman kita :)

    ReplyDelete
  6. saya x pernah bebekam....huhuhuuu

    ReplyDelete
  7. Kaedah berbekam sangat bagus kerana darah bertoksid dari dlm badan kita disedut keluar cuma seperti kata JR lah ...kepastian kebersihan mestilah terjamin .

    ReplyDelete
  8. Abg sya rajin sgt berbekam...bila dia post gmbr kepala dia mcm yg di atas tu di whatsap...rasa ngeri tgk....

    Setuju dgn cadangan JR tu.....

    ReplyDelete
  9. Dijemput berbekam di Bekam Sunnah Medic Seremban 2 ...doktor hospital juga berbekam di tempat kami...alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. Saya bekam muslimah.....
    Jemput berbekam dan layari utk info berbekam
    www.pusat bekam seremban 2.com

    ReplyDelete
  11. Saya bekam muslimah.....
    Jemput berbekam dan layari utk info berbekam
    www.pusat bekam seremban 2.com

    ReplyDelete
  12. Saya bekam muslimah.....
    Jemput berbekam dan layari utk info berbekam
    www.pusat bekam seremban 2.com

    ReplyDelete
  13. Saya bekam muslimah.....
    Jemput berbekam dan layari utk info berbekam
    www.pusat bekam seremban 2.com

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....