»

10 December 2013

Awas..Bahaya Penggunaan Webcam!!!


Lebih 3 tahun lepas, masa JR dan isteri masih di era perkahwinan jarak jauh, kami kerap berhubung melalui webcam. Masa JR kerja di KL dan isteri di Alor Setar, teknologi webcam belum wujud. Bila JR pula di Alor Setar dan isteri mula-mula kerja di Penang dan kemudian bertukar ke Langkawi, kami kerap berhubung dengan webcam.

Memang  rasa lebih puas berhubung dengan orang tersayang dengan menggunakan webcam. Reaksi pasangan ketika bercakap dapat kita lihat dan rasai, seolah-olah dia sedang berada sangat hampir di depan kita...

Kadang-kadang bila isteri nak tunjukkan 'barang peribadinya', dia tunjukkan dalam webcam. Maksud JR 'barang peribadi' ialah barang-barang yang baru dibelinya seperti jam tangan, tudung, kasut, atau nak tunjuk apa dia makan hari itu, kerap ditunjukkannya dalam webcam. Malah bila satu hari dia digigit oleh seekor serangga berbisa (charlie) di bawah lehernya, webcamlah media untuk dia tunjukkan kepada JR kesan bisa gigitan charlie yang agak dahsyat itu. Kadang-kadang ada benda-benda peribadi (seperti kesan bisa gigitan charlie dileher) yang gambarnya tak boleh dikongsi dalam facebook dan twitter dan webcam dirasakan sebagai medium sesuai untuk berkongsi gambar.

Tapi hari ini JR baca kesan buruk penggunaan webcam:

http://www.dailymail.co.uk/news/article-2520707/FBI-spy-webcam-triggering-indicator-light.html
   (klik untuk bacaan selanjutnya)

Rupanya penggunaan webcam tidak seselamat seperti yang disangka! Kita ingat ia  perkongsian kamera yang sangat peribadi, rupanya tidak. Ada pihak menggunakan teknologi canggih untuk mengintip mereka yang sedang menggunakan webcam. Teknologi pengintipan melalui penghantaran malware itu mampu mengaktifkan kamera dan menghantar imej terus kepada pengintip tanpa mengeluarkan sebarang cahaya isyarat pada kamera. 

Setakat ini FBI (Biro Penyiasatan Persekutuan) Amerika telah menggunakan teknologi ini untuk mengintip pergerakan pihak-pihak tertentu bukan saja di Amerika, tapi juga negara-negara luar. Teknologi pengintipan melalui webcam ini juga boleh dilakukan oleh individu lain yang menguasai teknologi tersebut.

Oleh itu berhati-hati ketika menggunakan komputer. Anda mungkin sedang diperhati....

12 comments:

  1. wah..gitu eks...nasib tak suka gn walau dok ada...

    ReplyDelete
  2. saya malu nak berwebcam kalau dgn suami...kdg2 bila dia outstation...dia pun malu jugak..baik bercakap biasa ja hehe

    ReplyDelete
  3. Pada sape yg hubungan jarak jauh tu kena la lebih berhati2.. bende yg privacy sangat takyah la tunjuk.. sesal dahulu pendapatan...

    ReplyDelete
  4. habes privacy pun diganggun yer..hmmm..
    seeloknya langkah berjaga2 diambil tak kira dimana pun...nak ngelak benda2 yg tak elok...

    ReplyDelete
  5. Mmg pernah baca, walau kita tak guna pun dia boleh aktifkan camera melalui virus.

    ReplyDelete
  6. betul tu ! Aduh rasa tak selamat la pulak

    ReplyDelete
  7. Saya tak pernah guna webcam. Biasa dengan whatsapp saja" tu pun tak berani nak send gambar tak tutup aurat. Takut menda2 camtulah

    ReplyDelete
  8. Uish, bahaya ni. Dah la selalu dok skype.

    ReplyDelete
  9. Apa yg selamat utk kita gunakan pd zaman ini ye?lagi canggih hidup lg terasa diri terancam

    ReplyDelete
  10. bahaya jugak ni...dalam canggih2 pun tetap tak selamat

    ReplyDelete
  11. Perrgghh... nasib baik klu x

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....