Pagi tadi ketika berjalan melalui kedai jual akhbar, mamak penjual akhbar beritau harga akhbar Kosmo telah turun dari RM1.20 ke RM1.00. Katanya harga akhbar tu dah turun mulai Jumaat lepas lagi.
Heran juga, ketika semuanya naik..minyak naik, gula naik, air minuman dan kuih dah mula naik, tiba-tiba Kosmo turun harga. Jika tak silap JR, harga Kosmo dulu cuma RM1.00, tapi kemudian dinaikkan kepada RM1.20 atas alasan harga kertas meningkat.
Tapi sekarang ketika kertas tak pernah dengar pun turun harga, tanpa angin tanpa ribut boleh pula Kosmo turun harga?
Mengapa pula turun harga?
Adakah kerana Kosmo adalah antara akhbar paling tak popular di Malaysia, cuma berada di ranking ke-8 dari 10 akhbar popular Malaysia?? Jadi ia dijual murah sebagai strategi menarik pelanggan membeli barang yang kurang laku??
SENARAI 10 AKHBAR ONLINE PALING POPULAR:
(Sumber: SHO 2.11.13)
Tak kisahlah apa pun sebabnya, sejujurnya JR paling tak minat baca Kosmo dan Metro. Banyak sangat berita dan cerita tahyul, jenayah dan seks di dalamnya. Kalau baca pun ia berlaku secara tak sengaja, misalnya ketika di kedai gunting rambut...
Maaf cakap, kalau harga Kosmo dan Metro dijual 50 sen pun JR tak kebuloq* nak beli....
(*Kebuloq: Dialek Utara bermakna teringin)
sabtu lepas saya beli sinar harian, percuma selangor kini. apa lagi, sebat je la. hehee...
ReplyDeleteselalu bc online jer..tp cerita tak lengkap asyik srh dptkan paper tuk cerita selanjutnya..sinar harian ok nampak lebih fair sikit..
ReplyDeletesetiap hari,BH dan Utusan ja dilanggan...hari minggu,2 atau 3 dibeli..
ReplyDeleteMarah betul bunyinya Hehe. Baca online je senang.
ReplyDeleteSaya pun tak beli/baca kosmo..atas alasan yg sama dgn JR.
ReplyDeleteTak kebuloq jugak aihhhh...hehe..kalau bg free blh la amik buat alaih apa2...huhu
ReplyDeleteJarang sangat beli paper...sekali2 beli pun 2 3 hari baca pun tak abis...
ReplyDeleteSinar harian dimana mana . Ternyata mndapat tmpat dihati rakyat malaysia .
ReplyDeleteMetro penuh gosip . artis . ceritaa ntah apa apa
Kita xbaca paper pun Hehehehehe.
ReplyDeleteSinar Harian..lebih telus, apa-apa pon jarang beli paper, baca online ja..
ReplyDeletebaca online jer hihihi
ReplyDelete