Nak kata apa lagi selain dari bersyukur apabila kerajaan mengumumkan penurunan harga beras, susu, gula, tepung, milo, serbuk pencuci dan banyak lagi barang.
Harga gula yang baru dinaikkan dari RM2.50 kepada RM2.84 sekilo baru-baru ini kini diturunkan kepada RM1.00 saja sekilo. Terima kasih kerajaan yang begitu prihatin membantu rakyat mendapat sakit kencing manis! Harga barang-barang lain juga diturunkan: beras kampit 5 kilo kini cuma dijual RM5.00, susu RM1.00 setin, milo saiz sedang RM2 sebungkus, tepung 1 kilo RM1.00 sebungkus dan banyak lagi barang yang telah diturunkan harga oleh kerajaan:
(Sumber foto: KL)
Tapi kalau hanpa nak beli barang semurah itu, kenalah pi ke Sungai Limau, Kedah noooo. Janganlah pula beli di kedai atau supermarket sebelah rumah hanpa di tempat lain, tak kan jumpa sampai kiamat pun harga semurah itu.
Tawaran semurah itu pun cuma untuk musim pilihanraya kecil di Sungai Limau ini saja dari 1 hingga 3 November. Mulai esok (4 November) bila kempen pilihanraya habis, harga murah ini tak akan wujud lagi, ia cuma tinggal sejarah...
Tawaran semurah itu pun cuma untuk musim pilihanraya kecil di Sungai Limau ini saja dari 1 hingga 3 November. Mulai esok (4 November) bila kempen pilihanraya habis, harga murah ini tak akan wujud lagi, ia cuma tinggal sejarah...
Kepada mereka yang tinggal dekat-dekat Sungai Limau, mereka masih ada beberapa jam lagi untuk dapatkan barangan rasuah murah itu. Bagi yang berminat mai la ramai-ramai ke Mada PPK Bukit Besar. Kalau rasa tak cukup beli barang guna motor, bawalah kereta, lori atau bas sekali untuk memuatkan barang, kerana tawaran rasuah ini cuma hadir bila ada wakil rakyat yang meninggal atau letak jawatan...
Nota Kaki: Untunglah kita kalau wakil rakyat kawasan kita letak jawatan dan pilihanraya kecil diadakan. Banyak rasuah yang akan kita dapat jika pilihanraya kecil diadakan: jalan baru, jambatan baru, bangunan baru. Setiap rumah yang dilawati oleh perayu undi seperti di Sungai Limau pula akan diberi barangan percuma seperti tepung gandum, gula, susu dan beras.
Asalkan jangan dapat susu luput tarikh seperti di Sungai Limau sudahlah, nanti ada yang cirit birit....
Hahaha...
ReplyDeleteBapak borek,anak rintik..
Kerajaan merasuah rakyat,lepas tu expect rakyat tak amalkan rasuah..elok sangat la tu..
Saya minta izin copy gambar ni..nak guna di FB saya...:)
Elok sangat la tu kan. Kemain lagi nak tarik pengundi buat macam tu. Lepas pilihanraya habis janji2 tah ke mana.
ReplyDeleteTiada keiklasan maknanya tu....
ReplyDeleteBila tak ikhlas, kalah ler jawabnye... hehhe
ReplyDeleteGula-gula dan menggulakan..namun masih belum kuat untuk membutakan rakyat di Dun Sg Limau selepas naik RM0.34..
ReplyDelete