Memang kadang-kadang keliru sikit dalam soal-soal bahasa ni. Ia seperti antara perkataan baru dan baharu yang mana satu betul? Dulu memang pakai bedal saja semuanya tulis baru, rupanya perkataan baru dan baharu itu mempunyai makna yang berbeza.
Begitu juga antara mertua dan mentua, yang mana satu betul?
Dulu JR ingat sebutan yang betul ialah mertua, walaupun di Utara orang sebut mentua. P.Ramlee pun buat filem tajuknya Ibu Mertuaku, bukan Ibu Mentuaku, walaupun P.Ramlee itu orang Utara dan orang Utara sebut mentua bukan mertua.
Kata cikgu Bahasa Melayu JR di sekolah menengah dulu, kalau nak tau ejaan yang betul, rujuk kepada ejaan dalam akhbar kerana orang surat khabar menggunakan perkataan yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Masa dulu-dulu akhbar memang guna perkatan mertua tapi lepas itu JR tengok dalam akhbar disebut mentua pula, bukan mertua. Jadi sebutan mertua yang dipakai sejak dulu tu salahlah. Sepatutnya mentua.
Tapi sekarang JR tengok akhbar-akhbar dah gunakan semula perkataan mertua bukan mentua. Ini buat JR keliru balik. Contohnya dalam akhbar BH pada 20.10.13:
Akhirnya JR rujuk kepada Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP dan inilah jawapannya:
Jadi ejaan Bahasa Melayu yang betul ialah mentua, bukan mertua. Mertua tu perkataan yang berasal dari Bahasa Indonesia. Cuma terpulanglah kepada kita sama ada kita nak gunakan ejaan dalam Bahasa Melayu (mentua) atau Bahasa Indonesia (mertua)...
di kelantan-Tok Tua..
ReplyDeletementua vs mertua....asal ke arah yg sama.... tapi mmg dh terbiasa dgn mertua
ReplyDeletetq bg pencerahan ttg mertua n mentua ini
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesib baik dah lepas zaman belajar BM amek exam ..kalau tak rsnya byk kesalahan ejaan kalau mcm sy nie pun..hheh
ReplyDeletemacamana agaknya nak buat orang ramai peka dengan ejaan yang betul? supaya tak terkeliru. nampak macam remeh, tapi penting jugak tu.
ReplyDeletekalau macam tu, editor akhbar pun kena hati2 jugak kan...
Mungkin maksud 'ejaan yang betul' tu perlu diluaskan. Mungkin kita boleh setuju dua-dua betul. dan kenapa mesti salah satu je betul.
DeleteMentua...kita ikut Malaysia pasal kita orang Malaysia.....Thanks...entri yang menarik,.
ReplyDeleteadoi, byk kali saya dh salah tulis dlm entry ni. Mekasih jr di atas maklumat ini.
ReplyDeleteOooo..selama ni saya igt kan, ejaan MERTUA ialah yg betul...dan MENTUA tu macam'bahasa pasar' :)
ReplyDeletecikda takde mentua
ReplyDeletemana2 pun ok rasa nyer..janji faham...
ReplyDeleteOrang Indonesia bukan dalam kategori orang Melayu?
ReplyDeleteMaka, bahasanya juga Bahasa Melayu.
DBP itu adalah pendokong Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia?
Kalau benar Indonesia itu bukan Melayu, maka datok nenek saya yang kononnya keturunan Kerinchi bukan orang Melayulah yer....
Selama ini bunda rasa bunda guna perkataan MERTUA...rasanya lebih sedap...lepas ni boleh tuka
ReplyDeleteItu kita orang biasa yang menulis dan menyebut perkataan dalam perbualan dan penulisan seharian...
Tetapi.. JR perasan tak, lepas isu BUDGET baru2 ni...kalau tak silap pendengaran bunda..orang2/pembaca berita stesyen2 tv ramai yang menyebut GST bunyinya JST... antara sebutan huruf G dan J tu... perasan tak?..
Owhhhh...sy ingat mentua tu yg tak betul..memang org utara dok sebut mentua..sy ikut kata p ramlee juga...ibu mertuaku....rupa2nya mertua bahasa indonesia,mentua utk org malaysia.....
ReplyDeleteThanks and that i have a super offer you: How Many Houses Have Been Renovated On Hometown victorian house renovation
ReplyDelete