»

31 October 2013

Isteri Baharu Ayah Atau Isteri Baru Ayah??


Cuma dua bulan lagi kita akan tiba ke tahun baharu 2014. Bila tiba tahun baharu, banyaklah ucapan tahun baharu dalam blog, Facebook dan twitter:

~ Selamat tahun baharu 2014
~ Salam tahun baru 2014.

Cuma ada yang menggunakan perkataan baharu, ada pula yang menggunakan perkataan baru.

Tapi mana satu yang betul, tahun baharu atau tahun baru??

Ada yang menyatakan tak kisahlah, baharu atau baru, yang penting  maksudnya sama. Memang selalu kita  tak kisah jika kita menggunakan Bahasa Melayu yang salah. Tapi bayangkan jika kita menggunakan bahasa Inggeris yang salah, contoh tersilap penggunaan antara past tense, present tense dan present continuous tense, kalau orang tegur...alamak merah telinga menahan malu! Tapi kalau bab salah penggunaan Bahasa Melayu, tak rasa malu pun kan??

Berbalik kepada soalan tadi, mana satu yang betul, tahun baru atau tahun baharu? Jawapannya yang betul ialah tahun baharu.

JR rasa kebanyakan kita dapat membezakan dalam keadaan apa kita menggunakan perkataan baharu dan dalam keadaan apa pula kita menggunakan perkataan baru. Cuma kadang-kadang kita malas atau terlupa menggunakan bahasa yang betul (JR juga kadang-kadang!!)

Bagi yang masih terkeliru, ini adalah penjelasan dari Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP:


Jadi baharu itu sama maknanya dengan perkataan new dalam Bahasa Inggeris, manakala baru pula sama maknanya dengan perkataan just dalam bahasa Inggeris. Contoh beberapa penggunaan dua perkataan ini:

Betul: Isteri baharu ayah sangat cantik dan seksi
Salah: Isteri baru ayah sangat cantik dan seksi

Salah: Baharu-baharu ini bekas isteri saya telah bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang lebih hodoh dari saya.
Betul: Baru-baru ini bekas isteri saya telah bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang lebih hodoh dari saya.

Betul: Kawan-kawan mentertawakan saya kerana membeli kasut Bata baharu yang cuma berharga RM19.90
Salah: Kawan-kawan mentertawakan saya kerana membeli kasut Bata baru yang cuma berharga RM19.90

Salah: Setiap hari pukul 9.00 pagi baharu cikgu Mat yang pemalas itu sampai ke sekolah.
Betul: Setiap hari pukul 9.00 pagi baru cikgu Mat yang pemalas itu sampai di sekolah.

OK lah, setakat ini dulu kelas BM cikgu JR tengahari ini. Jumpa lagi...
 

8 comments:

  1. baru baca entri nie..betul ker penggunaan..hehehe..
    kalau sy dok bangku sekolah lg mmg lingkup nie kesalahan bhs..hheeh

    ReplyDelete
  2. baru dan baharu digunakan dlm konteks ayat yg berbeza...
    nama tempat jugak terkeliru-Bandar Baharu..Kota Bharu..

    ReplyDelete
  3. tq cikgu.....saya banyak lagi kena belajar. hari ini saya dapat bezakan antara baru dan baharu. Saya menunggu kelas cikgu yang akan datang.

    ReplyDelete
  4. Hehehehe...contoh contoh ayat tu buat saya ketawa je....hehehe......

    ReplyDelete
  5. Pernah buat entri pasal ni dulu.

    ReplyDelete
  6. bab belajar BM ni lah yang sokmo failed

    ReplyDelete
  7. Selamat berkenalan Cikgu, huhu betul tu kena lihat keadaan bagaimana untuk guna perkataan-perkataan tu.

    ReplyDelete
  8. Owh, kena belajar sebut dan menulis baharu lah mulai sekarang,

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....