Membaca surah-surah tertentu dalam al-Quran sebagai pendinding bagi mengelakkan gangguan iblis adalah perkara biasa kepada orang Islam.
Tapi rupanya ada pula kes orang yang memasang lagu rancak bagi mengelakkan gangguan penjenayah. Boleh percaya ke penjenayah takut kepada lagu-lagu tertentu?

Menurut berita dari NBC News, seorang pegawai yang bekerja di atas kapal tangki minyak di timur Afrika berkata dua lagu Britney Spears paling ditakuti oleh lanun Somalia yang sering mengganas di kawasan itu. Mengikut pegawai tersebut, Rachel Owens, dua lagu Spears yang ditakuti oleh lanun Somalia itu ialah Oops! I Did It Again dan Baby One More Time.
Mengikut Owens selepas saja mendengar lagu-lagu Spears ini dipasang oleh anak kapal, lanun-lanun yang cuba menghampiri kapal mereka terus cabut lari.
Jika lanun pun takut dengan lagu-lagu itu, apa kata bank-bank kita memasang lagu tersebut bagi mengelakkan dirompak? Atau kita sendiri memasangnya di rumah bagi mengelakkan rumah kita dimasuki penyamun dan pencuri?
Tapi masalahnya JR tak sedikit pun yakin lagu semengarut itu boleh menakutkan orang!! Buat orang rasa meloya adalah.....patutlah lanun pun lari!!
Kepada peminat Britney Spears, sorry... a thousand apologies....
Kepada peminat Britney Spears, sorry... a thousand apologies....
Apa rasionalnya yek? Takleh nak pikir..
ReplyDeleteitu cara kafir...cara kita ikut sunnah dan quran je.
ReplyDeletepaham ker penyamun tuh bahasa omputih..huhuh..utk kita cukuplah ngan ayat2 quran, kalau terjd jgk itulah adalah ujian Allah tuk kita, tak pergi gusar sgt..:)
ReplyDeletehehe...nak tergelak baca citer ni...tak masuk akal langsung cara depa tu...
ReplyDeleteEntah2 sebab lanun2 tu takut dgn britney spears kot.. Takut sbb fashion dia yg kdg2 menyeramkan tu. Tu yg bile dgr lagu tu, diorg terus cabut lari.. ehehehe
ReplyDeleteTak taulah nak ckp apa....hahaha...apa yg sy rasakan...zaman sekarang ni adalah zaman dimana segalanya mungkin berlaku..tanpa kita duga....
ReplyDeletememang tak masuk akal.. mengarut la..hahaha.. tapi mesti ada org percaya n ikut punya tu.. hahhahaa
ReplyDeleteKarut la org Somali ni. Ngape nak takut bila dgr lagu tu? Atau lagu britney tu ada seakan2 bunyi music mentera jampi menghalau hantu amalan tradisi mereka? Agaknya.
ReplyDeleteapakahhhhhh!! >_<
ReplyDeletebetul ke citer nih..mcm x caya je
ReplyDeleteSetuju! Kita pun loya. Hehjeje
ReplyDelete