Tadi JR pi market. Biasalah ia aktiviti mingguan. Selain dari membeli ayam, ikan, sayuran dan beberapa barang basah lagi; JR beli 4 kilo gula sebab gula di rumah dah tinggal serdak.
Peniaga cuma tersengih bila JR komen tentang harga gula yang naik 34 sen (peniaga jual harga 35 sen) seperti yang diumumkan dalam ucapan bajet 2014 oleh PM kita semalam.
JR tinggalkan peniaga itu. Syukurlah ayam yang dijual oleh Ed Ayam masih murah, cuma RM5.80 saja sekilo, pada hal peniaga lain letak harga RM7.
Bila pergi minum di gerai yang berkembar dengan market, teh ais masih dijual pada harga RM1.20. Syukurlah harga teh ais masih tak naik walau gula dah naik harga.
"Harga teh ais dan minuman lain belum naik harga lagi ka?" tanya JR kepada adik yang menghantar minuman ke meja.
"Hari ni belum naik lagi bang. Esok lusa tak taulah...Kalau boss kata naik, naiklah. Tapi dengaq kata kedai mamak dah naik harga dari RM1.50 ke RM1.60.." jawab pelayan itu.
Sejak semalam JR dengar ada peniaga yang hanya menghadkan penjualan gula sekilo saja seorang. Mereka mungkin dah dapat menghidu harga gula akan dinaikkan oleh PM hari ini, jadi mereka simpan bekalan supaya dapat margin keuntungan lebih besar. Puak kapitalis ni memang sangat cekap dalam hal-hal ini kan??
Bila bercakap pasal kenaikan harga gula ini JR nak tergelak membaca komen seorang anom dalam blog JR semalam:
Kalau nak tambah untuk buat lawak hari Sabtu, JR boleh tambah tentang banyak benda lagi yang kerajaan boleh naik harga demi untuk kebaikan rakyat:
~ Naik harga pisau supaya tak berlaku lagi kes mengamuk guna pisau rambo seperti yang berlaku di stesen LRT Gombak dan Taman Melati 3 hari lepas.
~ Naik harga gas supaya tak berlaku lagi letupan akibat tong gas bocor.
~ Naik harga bahan binaan supaya orang tak bina bangunan dan tak berlaku keruntuhan bangunan lagi seperti yang banyak berlaku di Terengganu.
~ Naik harga kasut supaya remaja tak keluar rumah dan dapat kurangkan kes jenayah
~ Naikkan harga caj masuk hospital supaya kerajaan tak payah bina banyak hospital lagi dan dapat jimat wang kerajaan.
Kalau nak merapu JR boleh tambah macam-macam cerita merapu. Cuma bila PM kata harga gula naik untuk kurangkan kes kencing manis ia agaknya bukan cerita merapu. Kalau kita masih kata PM buat cerita merapu takut pula kaki ampu akan pukul kita dengan penyapu....
kesian gula..disalahkan bila terjadinya diabetis hehe...padahal berbagai faktor yg menyumbang pd penyakit tu...
ReplyDeletenaikkanlah harga semua.. untuk kepentingan rakyat.. hehehe.. kerajaan mmg prihatin..
ReplyDeletenasib lah ita ni jenis tak makan sangat gula sekilo tahan 3 bulan..kalau tak jenuh jugak nak mengira tabungan untuk gula.
ReplyDeleteKat tmpt sy ni harga gula sekilo rm2.84sen....ngape la x cukupkan lima sen kat ujung tu pdhal byr genap kpd lima sen.....mcm2
ReplyDelete