Pagi Sabtu lepas JR minum di sebuah kedai makan bersebelahan Pasar Besar Alor Setar. Di meja sebelah JR ada sepasang suami isteri, kedua-duanya berumur dalam lingkungan 40an bersama seorang anak perempuan mereka yang berumur lebih kurang setahun lebih.
Seorang pembantu kedai lelaki berusia 20an yang kelihatan sangat ramah menghantar minuman yang dipesan pasangan itu. Selepas meletakkan minuman dia mencubit-cubit manja pipi montel anak pasangan itu.
"Ini anak bongsu ka?" tanya pembantu gerai yang terlebih ramah itu memandang si-ayah.
Tapi si-ayah tak menjawab. Matanya memandang akhbar. Mungkin dia terlalu asyik dengan akhbar hingga tak mendengar soalan pembantu gerai itu. Atau soalan itu memang tak perlu dijawab kerana dalam usia 40an sepertinya mestilah budak perempuan itu anak bongsunya...tak kan anak sulung pulak kot?
"Ini anak bongsu ka?" kali ini pembantu gerai bertanya kepada si-ibu pula.
Si-ibu mengambil masa agak lama untuk menjawabnya. Tapi akhirnya dia menjawab juga, "Dak...Ni anak nombor satu..."
"Oooo..." itu saja kata-kata pembantu gerai sambil meninggalkan meja pasangan di sebelah JR tanpa memohon maaf.
Korang pernah menghadapi masalah yang sama: tersilap cakap?
Peristiwa itu mengingatkan JR kepada satu peristiwa pergi makan kenduri di rumah kawan kira-kira dua tahun lepas.
Isteri tuan rumah yang buat kenduri bertanya kepada tetamunya seorang wanita 30an yang baru datang bersama seorang lelaki berusia 50an yang kelihatan seperti bapanya: "Awat tak bawa suami bersama?"
Wanita itu nampak agak tersipu-sipu sebelum menjawab perlahan, "Ini suami sayalah ni..."
Rupaya lelaki yang mungkin disangka tuan rumah sebagai bapa wanita itu sebenarnya ialah suaminya.
Walau sifat peramah itu baik, tapi bila terlebih ramah kadang-kadang kantoi juga...
jgn terlalu peramah n busy bodi sangat taklah menyusahkan diri sendiri..hehe
ReplyDeleteBeberapa tahun lalu (mungkin 7 atau 8 tahun lalu), kakcik ditegur oleh pekerja 7E 'cucu ke?' sewaktu kakcik datang ke situ dengan anak bongsu kakcik. Iya, kakcik melahirkannya waktu usia kakcik 40 tahun!
ReplyDeleteHehehe.....zaman sekarang ni byk perkara yg kita tk boleh dugakan....?ada wanita 40an kawin dgn lelaki 30an...baik diam dr bertanya...hehehe......
ReplyDeletesorg biras saya bertanya pd tetamu yg datang kerumah mak mertua kami...berapa bulan dah ni...bila due??
ReplyDeletedgn ramahnya(biras saya ni terlebh ramah) dia bertanya bila dilihat perut tetamu wanita tu seperti org mengandung...
"dakk aih...tak mengandung pun.."
dua2 tersipu malu...
salam
ReplyDeleteAdoi gitu la pulak..
Sebab tu kata org tua2 cakap siang pandang2 cakap malam dengar2, bukan apa kalau terlajak cakap takut ada yg kecik hati dak pun kita yg malu sendiri. Saya dah biasa dah bila jalan dgn suami org pandang sepesen dan kalau gi tempat yng org tak kenal suami saya cepat2 saya kenalkan supaya tak timbul soalan2 yg pelik2.
ReplyDeleteperamah ni kena ikut situasi jugak..xleh nak main redah je..heheheh
ReplyDeleteSilap hb boleh kena penampar Jepun..he..he..
ReplyDeletesalam blogging , lama tak masuk blog jr , owh menarik topik tu ..done kilk :)
ReplyDeletekekadang tgk je kita faham sendiri ..tak perlulah ramah sgt kan..nnt org marah pulak
ReplyDeleteNak bertanya kena selidik dulu serba sedikit. Risau jugak kantoi yang makan dalam macam ni. Hehe
ReplyDeletecikda pun kena.. ada 2 situasi.
ReplyDelete1. jalan dengan anip org kedai tanya adik akak ke nih... hahahah kembang hidung..
2. ipar bawak balik baju ngandung nak kasi kat cikda..dia ingat cikda ngandung... huwaa... terus kembang kempis hidung cikda...