»

27 October 2013

Kisah Seks, Gula dan Garam


 
Mula-mula depa kata gula menyebabkan kencing manis, sebab tu harga gula perlu dinaikkan.
 
JR setuju juga dengan kata-kata itu walau bukan 100%. Orang dapat kencing manis bukan saja disebabkan makanan dan minuman yang dicampur dengan gula, tapi juga makanan lain yang mengandungi kandungan  glukos yang tinggi termasuk nasi. Jadi kalau kerajaan betul-betul jujur nak elakkan rakyat mendapat kencing manis kerajaan perlu buat kempen termasuk kempen mengurangkan rakyat makan nasi. Atau naikkan harga beras 3 kali ganda supaya orang tak mampu makan nasi dan cuma makan sayur dan air suam saja bagi mengelakkan risiko kena kencing manis.

Kemudian semalam ada pula yang berkata gula bukan saja boleh menyebabkan kencing manis tapi boleh menyebabkan seseorang itu lemah tenaga seks. Oleh itu untuk menjadikan seseorang itu kuat seks, mereka perlu mengurangkan pengambilan gula:

Tentang kaitan seks dan gula ini pun JR setuju jugalah. JR pun pernah terbaca tulisan pakar yang berkata aliran darah yang lemah akibat penyakit kencing manis boleh menyebabkan seseorang itu lemah seks. 

Tapi jika ramai masyarakat kita kurang nafsu seks kerana penyakit kencing manis, kuranglah juga kes rogol, mencabul dan buang anak haram di negara ini. Jadi baiknya pun ada juga!!
 
Cuma yang JR hairan mengapa kerajaan cuma naikkan harga gula kononnya untuk elakkan rakyat dapat kencing manis. Bukankah selain dari kencing manis, ada satu lagi penyakit kronik yang sangat bahaya dan ramai pengidapnya di negara ini iaitu darah tinggi yang boleh menyebabkan strok, sakit jantung dan kegagalan buah pinggang? Mengapa kerajaan tak naikkan harga garam untuk mengelakkan rakyat kena penyakit darah tinggi, jantung dan sakit buah pinggang?

6 comments:

  1. alasan je tu...suka sangat naik harga barang

    ReplyDelete
  2. Apa salahnya mereka berterus terang, kenapa subsidi gula dikurangkan. Tak perlu guna alasan macam ni. Ohya, macamana nak terus terang kalau banyak kebocoran. Hehheee...

    ReplyDelete
  3. terus terang cakap macam takde kena mengena...kerajaan takkan mampu mengubah nasib seseorang melainkan orang tu nak berubah sendiri..
    carilah alternatif lain selain mengurangkan subsidi..macam buat gym percuma ke dan macam2x lagi.

    ReplyDelete
  4. yang hakikatnya penaikkan harga gula 30 (yer?) tuh takkkan beri effect pun pd ornag yg memang sukakan makanan manis..mcm perokok ttp jgk beli rokok wpun harga naik berganda...yg merasa kesan adlh orang miskin yg berkira sgt bila nak mengeluarkan duit sbb kurang mampu..bila gula naik mesti lps nie dorang buat air teh akan kurangkan brg sesudu gula tuh jimat..wallahua'lam.

    ReplyDelete
  5. Entahlah...tak tau apa nak jd dgn pemimpin masa kini...kdg2 apa yg mereka ckpkan pd rakyat,umpama rakyat ni budak2 tadika je...budak tadikapun pandai bersoal jawab blk.....hehehe...

    ReplyDelete
  6. Ala.. Alasan je kerajaan nak buat duit. Dekat situ je alasan mudah nak bagi dekat rakyat. Rakyat yang tak tahu apa-apa terus percaya bulat-bulat.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....