»

28 September 2013

Pengantin Remaja PMR


Korang yang lelaki masih ingat apa korang buat pada usia 15 tahun? Korang yg pompuan pd usia 14 tahun buat apa, dah punya BF ke di usia tu? Maklumlah budak pompuan lebih cepat matured dari lelaki, ramai budak lelaki pada usia 15 tahun masih bersuara macam budak-budak, pompuan pula usia 14 tahun majoritinya dah berubah fizikal, dah kena mandi wajib...

JR masih ingat ketika berusia 15 tahun, JR sedang belajar dalam Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang.  Ketika itu JR cuma ingat bagaimana nak lulus SRP (sekarang PMR) dengan pencapaian terbaik. Tak pernah sedikit pun terdetik dibenak JR untuk menjadi suami pada usia semuda itu!

Tapi lain halnya dengan Ahmed Soboh (15 tahun) dan Tala (14 tahun), dua remaja dari Beit Lahiya, Semenanjung Gaza yang mencipta sejarah tersendiri bagi diri mereka pada awal minggu ini:

The newlyweds are pictured in Tala's house which bears the damage from an airstrike four years ago
Pengantin remaja Ahmed Soboh (15 tahun) dan Tala (14 tahun) berkahwin pada awal minggu ini

Tala feeds Ahmed his breakfast at their house two days after their marriage near the Israel border
Si-isteri menyuap makanan ke mulut suami

The couple watch a video of their wedding party. They live in a three-room home with nine relatives
Pengantin remaja ini sedang menonton video perkahwinan mereka


Newlywed Tala Soboh, 14, washes dishes at the home of her husband Ahmed two days after their marriage
Ketika anak perempuan JR sedang membuat homework sekolah, Tala yang seusia dengannya sedang memasak untuk suami dua hari lepas kahwin....


The teenage couple hold hands as they walk in the sea at the beach
Romantik..pengantin remaja sedang bermain ombak di tepian pantai

Bagaimana suami yang berusia 15 tahun mampu menyara hidup isterinya? Si-suami cuma membantu ayahnya bekerja sebagai tukang sapu jalan. Kedua pengantin itu kini tinggal bersama ibu bapa si-suami dalam sebuah rumah usang yang mempunyai 3 bilik dan diduduki oleh 9 ahli keluarga yang lain.

JR tak mahu membayangkan kesyahduan malam pertama pengantin remaja ini. Ngeri, cuak dan mungkin geli hati bila membayangkannya....

(Sumber info dan foto: dailymail)

10 comments:

  1. Alhamdulillah, mereka berjaya mendirikan sebuah masjid. Tapi perempuan tu nampak macam dah besar & lebih dewasa.

    ReplyDelete
  2. dah ada keje ke lelaki tu...?

    ReplyDelete
  3. Masa form 3, IM gila menulis sajak.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..jodoh kahwin muda, banyak hikmahnya. Semoga bertambah rezeki mereka. Sy umur 15 tahun masih di bangku sekolah dan baru2 nk kenal cinta monyet.

    ReplyDelete
  5. Masa saya form 3 (15thn), ustaz saya kawin dgn prmpuan umur 16thn...org kampung dia di kelantan. Kami terkejut, tapi ustaz kata isterinya matang dah...tak mcm kami2.

    ReplyDelete
  6. mungkin atas sebab perbezaan budaya, ada yang anggap perkara macam ni bukan janggal. macam kat Afghanistan, budak 10 tahun pun boleh kawin dengan lelaki umur 50!

    kalau tak silap, kat Malaysia pun pernah ada kes macam ni kan?

    ReplyDelete
  7. Rasulullah mengahwini saidatina Khadijah pada usia 25 tahun dan mengahwini saidatina A'aishah pada masa saidatina berusia 9 tahun. Pada hemat saya berkahwinlah pada umur apa pun yang pasti jalanan hidup kita ini adalah ktentuan Allah jua.

    ReplyDelete
  8. Adakalanya untuk mengelakkan maksiat, tu yang elok kawin awl tu.

    ReplyDelete
  9. bagus tu jodoh awal...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....