Pagi tadi ke Market Besar Alor Setar. Biasanya pergi dengan isteri, tapi kerana hari ini isteri kerja dan JR pula tak kerja, pergi sorang sajalah.
Lepas beli sedikit barang keperluan yang terdiri dari ayam, ikan dan sayur, perut bernyanyi lagu rock pula. Lalu JR melangkah ke gerai makanan yang berkembar dengan market...
Nak sarapan apa? Yang ada di sini cuma nasi berlauk (orang Utara memang suka makan nasi berlauk untuk sarapan), bihun sup, bihun goreng, mi goreng, roti surai dan roti canai.
Tiba-tiba teringat nak makan roti canai. Dah lama tak makan roti canai kerana ia adalah makanan yang sedaya upaya cuba JR elakkan. Maklumlah umur pun bukan muda remaja lagi, perlu berhati-hati dalam pengambilan makanan berminyak.
Di gerai market ini cuma ada 2 penjual roti canai, satu di sebelah hujung berkembar dengan padang mainan kanak-kanak. Satu lagi yang terletak berdekatan jalan masuk. Tapi hari ini penjual roti canai berdekatan jalan masuk tak datang berniaga.
Lalu JR pesan roti canai di gerai berkembar padang mainan kanak-kanak. Malangnya JR tak boleh tulis nama penjual roti canai itu di sini, bukan kerana tak dibenarkan oleh penjual roti canai, tapi ketika menulis ni JR dah lupa namanya!! Sindrom cepat lupalah ni, makumlah usia semakin meningkat, hahahaha....
Lepas makan JR menghulurkan wang RM1 kepada penjual roti canai, kerana itu adalah harga standard sebiji roti canai di Alor Setar. Lagi pun roti canainya yang berbentuk empat segi itu agak besar, gebu dan tak rasa berminyak, mustahil ia kurang dari RM1..
"Encik...encik, ada duit lebih ni..." panggil penjual roti canai ketika JR berpusing nak meninggalkannya.
"Harganya bukan seringgit ka?" tanya JR
"Enam kupang (60 sen) saja, harga sama sejak 6 tahun dulu..." jelas penjual roti canai yang dah berusia agak-agak lebih 60 tahun itu.
Enam tahun tak naikkan harga?? Bagusnya peniaga ini.....
Tak sangka pula masih ada roti canai 6 kupang di Alor Setar. Ingatkan paling murah RM1...Itulah dah lama tak pekena roti canai, ingatkan semuanya berharga RM1. Ingatkan paling murah pun 8 kupang (80 sen), seperti yang JR pernah beli untuk anak isteri di Jalan Tanjung Bendahara rupanya lebih murah dari itu pun ada..
Tapi roti canai dekat market ni cuma 60 sen.. Korang pernah jumpa roti canai yang lebih murah dari 60 sen??? Mungkin 40 sen atau 30 sen sebiji??
huiiiiiyyyy...ada lagi noh roti canai harga 6 kupang...tempat lain tak dapat oooo...paling mahal roti canai saya makan adalah rm1.20 sekeping.....hehehe
ReplyDeleteKalau peniaga tu boleh juai 6 kupang maknanya dia masih boleh untung la... Mudah2 an makin murah rezeki peniaga u..
ReplyDeleteYang IM tahu di kantin ofis IM, roti canai telor RM1.20
ReplyDeleteLa ni, IM dah start kurang makan roti canai. takut juga...
ehe..mmg murah ler klau 6kupang jer...
ReplyDeletesaya sll makan free je sbb hubby selalu buat sendiri kat rumah hewhewhew...
saya tak pernah tau harga roti canai hehe...sbb makan ramai2..bayar sekali dgn minuman..
ReplyDeletemurah nyer...
ReplyDeletekat ita roti canai kosong 0.80