Baru sebentar tadi JR terbaca kisah ini yang ditulis oleh Imam Muda Asyraf. Kisah yang ada nilai moral yang begitu tinggi.
Kerana ia ada nilai moral yang tinggi maka JR kongsikan kisah ini kepada sahabat-sahabat blogger sekelian. Semoga ia bermanfaat untuk korang:
Oleh: IMAM MUDA Asyraf
Dalam minggu ini sudah 5 kali saya ulang alik ke KLIA. Terasa macam pramugara. Tp harus sedar diri. Tak cukup inci.
Satu peristiwa yg membuatkan saya begitu kagum dgn seorang brader yg sy temui di surau KLIA.
Dlm salah satu harinya, sy solat di surau trsebut. Kemudian sy berselisih dgn seorang brader yg keluar dr surau dgn memakai kopiah. Kemudian sy terus masuk ke surau tanpa pedulikan beliau. Namun, ketika sy pergi ke rak buku di surau tersebut, sy terlihat tergantungnya beberapa kopiah yg seakan2 menyamai kopiah yg dipakai brader sebentar td. Dlm hati sy terfikir, "Entah2 brader tu curi kopiah surau"...
Namun, sy cuba perbetulkan sangkaan sy. Mungkin itu kopiah beliau sendiri.
Nak jadi cerita keesokan harinya, ketika sy di KLIA utk menyambut sedara pulang dr umrah, sy dipertemukan sekali lg dgn brader berkopiah yg sama dgn brader kelmarin. Sy tidak pasti adakah ini jodoh pertemuan atau sekadar kebetulan. Yg pasti sy bkn ahli "dua alam".
Sy terus menyapa beliau. "Aik!!..bukan kelmarin kita jumpa di surau ni ker? Awak tinggal maner?"
Jawab beliau, "Sy tinggal di Batang Kali Selangor. Sy dtg sini sebab kelmarin sy terlupa. Bila sy solat, sy pakai kopiah surau. Lepas tu terlupa nk pulangkan semula. Sebab tu sy dtg sini nk pulangkan semula kopiah"...
Terkejut biawak sy dibuatnya. Batang Kali bukannya dekat dengan KLIA. Dahla brader tu dtg semula ke KLIA naik motor shj. Beliau sanggup bawa motor berpuluh2 kilometer sekadar utk memulangkan kopiah cabuk yg diambil tanpa sedar.
Inilah contoh brader yg beriman. Dia tahu itu bukan miliknya.
Benarlah org yg beriman ia tak pernah tergugat utk mengambil harta yg haram. Walaupun ia bernilai 10sen sekalipun.
Itulah perbandingan org yg beriman. Krn persoalan halal dan haram, seorang manusia sanggup bersusah payah memulangkan sesuatu yg bkn haknya, walau sebesar kopiah sekalipun. Berbanding org yg jauh dr keimanan. Ia langsung hilang rasa gentar. Walau yg diambil haknya org lain bernilai jutaan ringgit.
Ya Allah, jadikan kami insan yg warak.. Insan yg 'risau' tentang halal haram sesuatu perolehan...
mungkin itu boleh dikategorikan sebagai wara' yakni menjaga dosa-dosa kecil...
ReplyDeletesaya dah semak kat google map, kalau dari batang kali ke klia (ikut highway) jaraknya lebih 90 km! fuh, kalau saya, letak je kopiah tu kat mana2 surau. tapi ye la, itu pemikiran orang lepas tangan macam saya ni mana nak sama...
ReplyDeleteassalam,
ReplyDeletememang susah nak jumpa orang macam ni...sanggup tu..jauh2 ulang alik kerana sebuah kopiah usang...