Masa mula baca berita tu (baca di sini..), JR ingat kempen meminta orang Melayu boikot barang dari negara China. Kan orang Melayu sendiri ramai beli barang dari negara China, termasuk barang elektronik, kereta Cherry, malah sejadah juga diimport dari China.
Tapi rupanya ia bukan kempen meminta orang Melayu boikot barang negara China, tapi kempen meminta orang Melayu boikot barang dan produk yang diusahakan oleh orang-orang Cina Malaysia. Mengapa minta orang Melayu boikot barang yang dijual oleh orang Cina?
Rupanya kempen boikot barang orang Cina itu dibuat cuma kerana ramai orang Cina menyokong pembangkang dalam PRU-13.
Itu saja sebabnya sampai nak buat kempen meminta orang Melayu memboikot syarikat, kedai, pasaraya dan produk orang Cina Malaysia? Sampai begitu sekali bahana PRU-13?
Cuma JR tak faham mengapa bila orang Cina tak mau pangkah BN, orang Melayu diminta boikot barang yang dijual oleh orang Cina? Habis bila ramai orang Melayu Kelantan sejak 22 tahun dulu tak pangkah BN dan ramai orang Melayu Terengganu dalam PRU-13 tak pangkah BN, mengapa pula tak minta orang Melayu Kelantan dan Terengganu boikot barang Melayu??
BN itu sendiri parti berbilang kaum, ada 13 komponen parti di dalamnya. Dari 13 komponen parti di dalam BN, cuma 2 parti (Umno dan Parti Pesaka Bumiputra Sarawak) yang berteraskan Melayu, yang lain-lain parti bukan Melayu (parti kaum Cina, India dan parti berteraskan etnik Bumiputra Sabah dan Sarawak). Jadi mengapa nak minta Melayu saja memboikot barang orang Cina, mengapa tak minta orang Cina MCA, orang India MIC, orang Kadazan PBS dan orang Dayak Sarawak memboikot barang Cina juga?
Sebagai seorang Islam, JR lebih prefer jika ada pihak nak buat kempen-kempen boikot benda-benda ni:
i) Kempen boikot kedai nombor ekor Magnum, Toto dan syarikat perjudian lain sewaktu dengannya.
ii) Kempen boikot Genting Highland kerana ia ada kaitan dengan syarikat perjudian.
iii) Kempen memboikot rokok selaras dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 23.3.1995 bahawa rokok diharamkan mengikut Islam...
iv) Kempen memboikot barangan Yahudi yang tak pernah menjadi-jadi tu...
Jika ada NGO yang nak kempen boikot benda-benda tu, JR tanpa prejudis akan menyokongnya, bukan 100% tapi 200%!!
i) Kempen boikot kedai nombor ekor Magnum, Toto dan syarikat perjudian lain sewaktu dengannya.
ii) Kempen boikot Genting Highland kerana ia ada kaitan dengan syarikat perjudian.
iii) Kempen memboikot rokok selaras dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 23.3.1995 bahawa rokok diharamkan mengikut Islam...
iv) Kempen memboikot barangan Yahudi yang tak pernah menjadi-jadi tu...
Jika ada NGO yang nak kempen boikot benda-benda tu, JR tanpa prejudis akan menyokongnya, bukan 100% tapi 200%!!
"Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas ‘Ajam (yang bukan Arab), atau ‘Ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Hadis riwayat Ahmad dan al-Baihaqi).
“Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah (perkauman) atau marah kerana ‘asabiyyah (perkauman) maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Riwayat Muslim)
saya suka membandingkan layanan oleh kaum cina dan melayu...jika kekedai cina,kita disambut,dilayan...custumer always right...pastu ucapan terimakasih tak lekang dari bibir mereka..dihantar kita kedepan pintu premis...
ReplyDeletemelayu? ada..tp jarang2...
Setuju dgn pendapat JR. kalau nak boikot dgn sebab2 tertentu tu mmg wajarlah. Kalau sbb kecewa tak undi dia, itu tak profesional namanya. Dah demokrasi, suka hati la nak undi sape pun.
ReplyDeleteIni idea paling bangang aku pernah dengar. memalukan bangsa saja.Yg Umno Sabah terima derma taukeh Cina dari Hongkong sebanyak RM40 juta akhir tahun lepas tu boleh pula? Mengapa Umno tak mau boikot duit RM40 juta yg diberi oleh taukeh Cina tu???
ReplyDeleteCina bagi RM40 juta bedal, kemudian nak boikot barang Cina, alehhh dasar muka tembok....
Orang yang berfikiran racis sahaja yang berkata macam ni.
ReplyDeleteMereka masih juga ke KFC, membeli produk Garnier dan Shell.
Kenapa tak boikot Petron?
hehe, betul tu. sempit sangat diorang ni.
ReplyDeletetiap kali dengar perkataan `boikot', mesti tersengih...
Tapi kalau boleh bukan lagi elok dapatkan barang daripada orang islam (bukan melayu) ke bro JR? Tu kalau ada pilihan la. hehe
ReplyDeleteKan bagus kalo semua Melayu Islam pakat BOIKOT makanan haram, syubhah..lagi baik.Bab-bab politik ni habis caca-marba.. : Pictures Can Make Us Smile
ReplyDeleteBukannya boikot tapi kalau ada pilihan eloklah beli barangan org Islam/Melayu diberi keutamaan untuk menolong org2 Melayu. Bukannya boikot pekedai Cina sampai nak beli beras pun susah, maksudnya barangan Cina, lebih tepat barangan dari company Cina.
ReplyDeleteAda senarai barang2 dari company Cina.
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2013/05/boikot-kedai-cina-sampai-bankrap.html
Pada pandangan saya, memang niat nak tolong Melayu, selalunya 1st choice tapi kadang2/selalunya mutu kerja org Melayu sambil lewa, contoh kalau buat renovation rumah, kerja2 org Melayu tak kemas, ada problem, baru2 ni cat kereta kat kedai Melayu, banyak sangat complaint cat tak rata.
Org Melayu kena ubah sikap, macamana nak tolong org Melayu kalau buat kerja macam taik!!
Baik pergi kedai Cina, kerja kemas tapi mahal sikit.Niat dihati memang nak tolong org melayu kalau boleh.
Budak Kilang buat RM48,500 Part-Time!
ReplyDeleteMungkin anda tidak percaya, begitu juga dengan saya pada
mulanya. Mana mungkin budak kilang boleh buat duit sebanyak
itu dengan internet? Tapi...
Selepas beliau tunjukkan sendiri bukti akaun bank, saya
sendiri terpegun bagaimana seorang cikgu mampu menjana
RM48,500 dari rumah secara part time hanya dengan menggunakan
sistem yang sungguh luar biasa ini.
Apa?? Rupanya ramai lagi yang buat duit...
Hisham (RM107,850 +)..cikgu!
Nuraimi (RM25,50 +)... penyelia!
Norazlina (RM28,000 +).. kerani!
Akmar (RM38,000 +)..surirumah!
Masrule (RM48,500 +)..IT!
Syed (RM17,000+).. pensyarah!
Nazrim (RM10,500 +)..nurse!
Ramzi (RM5000+)..JKR!
Kamil (RM5800+)..pencen!
Purnama (RM8500+)..surirumah!
Zahid (RM8000+).. pensyarah!
Adizakry (RM4000+)..budak pejabat!
Fazlisyam (RM8000+)..pelajar!
Shamsul (RM4000+)..koje gomen!
Faiz (RM10,000+).. student kat Ireland!
Syahmi (RM4000+)..budak cyber!
Syahrul (RM4000+)..budak kilang!
Safian (RM2000+)..usahawan!
Anda boleh lihat keajaiban sistem PERCUMA disini:
--> http://www.formulaluarbiasa.com/recommends/paisa
Bukan itu sahaja, anda tentu akan terperanjat apabila melihat
bukti Mr. X menjana RM217,72.15 pada bulan Mei 2009 sambil
melepak di Starbucks dengan menggunakan sistem yang sama!