Hari ini 13 Mei 2013. Cepatnya masa beredar!
Sebut 13 Mei ramai orang mengaitkannya dengan tragedi berdarah 13 Mei. Tragedi 13 Mei berlaku pada 13 Mei 1969 - 44 tahun lepas. Mesti korang belum lahir tarikh itu, mungkin ibu ayah pun masih budak-budak, entah-entah belum bersunat lagi masa tu...
Apa yang kebanyakan kita tahu mengenai tragedi 13 Mei 1969 hanya berdasarkan bahan sejarah. JR sendiri pernah membaca 2 buah buku mengenai tragedi 13 Mei. Yang pertama, buku yang dikarang oleh Tunku Abdul Rahman, PM pertama Malaysia:
Buku kedua karya Dr Kua Kia Song (buku ini dipinjam dari kawan):
Bila bercakap tentang 13 Mei teringat JR akan seorang pak cik di kampung kami bernama Pak Cik R (sekarang dah meninggal). Nama penuhnya tak payah sebutlah...
Semasa JR masih kecil Pak Cik R sangat popular di kalangan kanak-kanak di kampung kami di TG, SPU, Pulau Pinang. Pak Cik R seorang yang sangat suka kepada kanak-kanak. Kalau dia pergi ke pekan, mesti dia akan pulang dengan buah tangan untuk dibahagi-bahagikan kepada budak-budak kampung yang ditemuinya di tepi jalan, biasanya terdiri dari gula-gula dan biskut. Jika buah tangan yang dibelinya tak cukup dia rela berpatah balik untuk membeli tambahan buah tangan supaya semua kanak-kanak mendapatnya.
Semasa JR masih kecil Pak Cik R sangat popular di kalangan kanak-kanak di kampung kami di TG, SPU, Pulau Pinang. Pak Cik R seorang yang sangat suka kepada kanak-kanak. Kalau dia pergi ke pekan, mesti dia akan pulang dengan buah tangan untuk dibahagi-bahagikan kepada budak-budak kampung yang ditemuinya di tepi jalan, biasanya terdiri dari gula-gula dan biskut. Jika buah tangan yang dibelinya tak cukup dia rela berpatah balik untuk membeli tambahan buah tangan supaya semua kanak-kanak mendapatnya.
Begitulah kasihnya Pak Cik R kepada kanak-kanak. Kerana dia begitu sayang kepada kanak-kanak tak heranlah kami sangat menghormati Pak Cik R.
Tapi penghormatan JR kepada Pak Cik R sedikit tercalar apabila satu hari ada rakan JR beritau Pak Cik R pernah membunuh kanak-kanak. Apabila JR balik bertanya mak, walaupun pada mulanya enggan bercerita, tapi akhirnya mak JR mengesahkan memang Pak Cik R pernah membunuh dua orang kanak-kanak.
Mengikut cerita mak, kejadian itu berlaku pada tahun 1967 ketika terjadi pergaduhan kaum di Pulau Pinang (di sebut 'peristiwa hartal'). Sapa nak tau lebih lanjut mengenai peristiwa hartal di Pulau Pinang ni boleh semak di google..
Pak Cik R pada tahun 1967 tu masih sangat muda. Walaupun dia terkenal dengan perangai yang sangat budiman, tapi entah bagaimana dia berjaya dipengaruhi oleh beberapa orang samseng kampung untuk membakar kedai-kedai orang Cina di pekan kami. Walaupun Pak Cik R yang baik hati itu masa mulanya enggan pergi tapi selepas dicabar dia mengikut samseng-samseng itu mengamuk di pekan. Mereka membakar kedai-kedai orang Cina menyebabkan ramai yang melarikan diri.
Sebahagian samseng-samseng Melayu itu bukan saja mencuri barang-barang di kedai orang Cina, tapi kata mak JR mereka juga "mengacau" perempuan-perempuan Cina (bila dah besar baru JR tau "mengacau" yang mak JR katakan itu rupanya ialah "merogol").
Peristiwa paling sadis yang dilakukan oleh Pak Cik R dan rakan-rakan samsengnya ialah apabila mereka "mengacau" seorang perempuan Cina yang tinggal bersama 2 anak kecilnya di sebuah kedai. Selepas "mengacau" (memuaskan nafsu) terhadap perempuan Cina itu mereka membakar kedai yang di dalamnya masih ada penghuninya iaitu perempuan tersebut dan dua anaknya.
Ketika api sedang marak entah bagaimana kedua-dua anak perempuan itu berjaya meloloskan diri keluar dari kedai. Ketika itulah mengikut cerita ibu JR, Pak Cik R yang mahu menunjukkan keberanian di hadapan kawan-kawan, telah menarik tangan kedua-dua budak Cina tersebut dan menghumbankannya semula ke dalam api yang sedang marak. Akibatnya ibu dan dua anaknya itu meninggal dalam keadaan yang sangat tragis.
Ketika api sedang marak entah bagaimana kedua-dua anak perempuan itu berjaya meloloskan diri keluar dari kedai. Ketika itulah mengikut cerita ibu JR, Pak Cik R yang mahu menunjukkan keberanian di hadapan kawan-kawan, telah menarik tangan kedua-dua budak Cina tersebut dan menghumbankannya semula ke dalam api yang sedang marak. Akibatnya ibu dan dua anaknya itu meninggal dalam keadaan yang sangat tragis.
Selepas peristiwa itu Pak Cik R dan beberapa orang rakannya telah ditahan polis. Mengikut mak lama juga mereka dihukum penjara. Entah mengapa mereka tak dihukum mati kerana telah mengambil nyawa orang, JR sendiri tak tau dan ketika itu tak pernah bertanya mak JR.
Apa yang JR tau Pak Cik R sangat baik dengan budak-budak. Mungkin dia menyesali apa yang pernah dilakukannya dulu terhadap dua budak yang tak berdosa itu?
Apa yang JR tau Pak Cik R sangat baik dengan budak-budak. Mungkin dia menyesali apa yang pernah dilakukannya dulu terhadap dua budak yang tak berdosa itu?
Begitulah bila api perkauman ditiupkan. Manusia yang dihasut mudah hilang pertimbangan, orang budiman boleh jadi setan. Orang yang begitu baik hati, sangat menyayangi kanak-kanak seperti Pak Cik R, tiba-tiba bertukar perwatakan jadi setan yang sanggup membunuh perempuan dan kanak-kanak.
Biarpun tragedi hartal di Pulau Pinang dan 13 Mei di KL telah lama berlaku, tapi jadikanlah apa yang telah berlaku itu sebagai iktibar supaya ia tak berulang lagi di tanah air tercinta ini.
Allah jadikan kita berbagai bangsa adalah supaya kita berbaik-baik sesama kita dan bukan menyakiti antara satu bangsa dengan yang lain:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,supaya kamu berkenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)”. (Hujurat, ayat 13)
NOTA KAKI: Berdasarkan angka rasmi, tragedi 13 Mei 1969 telah menyebabkan hampir 200 orang mati, 500 cedera dan 40 orang hilang. Tapi mengikut angka tak rasmi dalam wikipedia 340 orang meninggal, 80% daripadanya orang Cina.
isu perkauman amat sensitif bg negara kita yg berbilang kaum ini,...harap tragedi itu tak berulang lagi,...takut wooo
ReplyDeletesangat2 sensitif..jgn seseklai dmainkan isu perkauman...bimbang tragedi berulang..
ReplyDeletepkcik R smpai begitu skali ? errrr dasyat !
ReplyDeletep/s: bolat habaq kat mama psal mmpi tu , mama kata tu ptanda ada sesiapa nk mninggal :'( wallahualam
salam jay ar.
ReplyDeleteTirana aduka suka pd kedamaian..
Tadi bia jumpa kawan Cina di ofis, IM bagitau dia..
ReplyDelete"Hopefully we keep our unity. Jangan terpengaruh dengan dakyah BN tentang 13 Mei. Forget it!"
Saya blm baca lg buku peristiwa 13 mei.
ReplyDeleteSadis sungguh cite pkcik R..
Sejujurnya, saya kesal sbb pemimpin utama yg mulakan ayat berbaur perkauman. Tapi mungkin malam tu dia terkejut & tak mampu kawal emosi. Saya yg menonton malam/awal pg tu pulak terkejut dgn ucapannya.
"Hopefully we keep our unity. Jangan terpengaruh dengan dakyah BN tentang 13 Mei". Org BN ke yg skrg ni buat demontrasi jalanan tak puas hati?
ReplyDeleteOrg BN ke yg terbalikkan bendera M'sia diTaiwan? Orn BN ke yg demontrasi kat S'pore? Org BN ke yg buat huru hara skrg menggangu ketentraman awam? Memalukan negara!! Org Melayu macam ni la yg menggadaikan negara. Melayu tak sedor diri!!! Maaf saya menegur kerana Melayu mudah lupa!
Mengapa org bn suka buat huru hara, ungkit2 13 mei utk mnakut2kan rakyat? Mgkin bn mudah lupa tp rkyat tak prnah lupa bngkai prkauman yg ada dlm bn.
ReplyDeleteBudak Kilang buat RM48,500 Part-Time!
ReplyDeleteMungkin anda tidak percaya, begitu juga dengan saya pada
mulanya. Mana mungkin budak kilang boleh buat duit sebanyak
itu dengan internet? Tapi...
Selepas beliau tunjukkan sendiri bukti akaun bank, saya
sendiri terpegun bagaimana seorang cikgu mampu menjana
RM48,500 dari rumah secara part time hanya dengan menggunakan
sistem yang sungguh luar biasa ini.
Apa?? Rupanya ramai lagi yang buat duit...
Hisham (RM107,850 +)..cikgu!
Nuraimi (RM25,50 +)... penyelia!
Norazlina (RM28,000 +).. kerani!
Akmar (RM38,000 +)..surirumah!
Masrule (RM48,500 +)..IT!
Syed (RM17,000+).. pensyarah!
Nazrim (RM10,500 +)..nurse!
Ramzi (RM5000+)..JKR!
Kamil (RM5800+)..pencen!
Purnama (RM8500+)..surirumah!
Zahid (RM8000+).. pensyarah!
Adizakry (RM4000+)..budak pejabat!
Fazlisyam (RM8000+)..pelajar!
Shamsul (RM4000+)..koje gomen!
Faiz (RM10,000+).. student kat Ireland!
Syahmi (RM4000+)..budak cyber!
Syahrul (RM4000+)..budak kilang!
Safian (RM2000+)..usahawan!
Anda boleh lihat keajaiban sistem PERCUMA disini:
--> http://www.formulaluarbiasa.com/recommends/paisa
Bukan itu sahaja, anda tentu akan terperanjat apabila melihat
bukti Mr. X menjana RM217,72.15 pada bulan Mei 2009 sambil
melepak di Starbucks dengan menggunakan sistem yang sama!