Pagi tadi JR dan isteri pergi ke Pasar Besar Alor Setar. Ia rutin biasa setiap weekend. Memang banyak juga borong barang, maklumlah untuk keperluan seminggu.
Dalam kereta, isteri merungut banyak barang naik harga, dari barang basah hingga barang tak basah. Sejujurnya JR tak perasan tentang kenaikan harga barang. Mungkin kerana JR tak hafal berapa harga bawang sekilo, berapa harga cili merah 100 gm, berapa harga susu setin minggu ini berbanding minggu lepas. JR cuma sediakan duit, isteri yang tentukan apa nak beli.
Perempuan...biasalah mereka cukup familiar tentang angka-angka pada harga ni. Lelaki (bukan semua) tau bayar saja, kena tipu pun tak sedar....
Tapi bukan saja isteri yang merungut tentang harga barang, di market tadi pun ada juga dengar ada yang kata banyak barang naik harga. Cuma JR nak tergelak bila ada yang buat kenyataan sinis, "Terima kasih kerajaan kerana hadiahkan kenaikan harga kepada pengundi.."
Minggu lepas memang dengar ada jiran kata harga susu tepung bayi dah naik harga. JR tak tau pula hal itu, maklumlah anak kecil pun dah berusia 14 tahun tak hisap dah susu tepung jenis tu lagi!
Petang ini belek-belek FB ada ternampak rungutan kenaikan harga barang lagi:
Busseroa Abd Jalil
Suami sy terlibat dlm bisnes jual brng ke oversea. Sjk smlm semua brng dh x blh nk pos. Kos pos meningkat hmpir 8 kali ganda. Klu dulu kos pos rm10 skrng dh jd rm70++. Ingatkn kos antarabngsa yg naik. Bila chck blk kos antarabngsa sama. Kos pos malaysia yg meningkat. Siap ada surat kbnran dr kementerian utk kenaikn hrga trsebut. Satu soaln je saya nk tanya... Apasal kenaikn harga semua benda di malaysia sjk seminggu ni mcm pesta lakk??? |
Masalahnya mengapa lepas pilihanraya ni banyak rungutan harga barang naik? Benarkah ia sebagai hadiah kerajaan untuk kita yang mengundinya??
sampai satu ketika, saya cuma salahkan kerajaan sebanyak 25% je (hal penguatkuasaan yang lemah dan undang2 tak ketat), pengguna tak peka yang mudah ditipu 25%. selebihnya saya akan salahkan peniaga sebab mereka memang pandai ambik kesempatan dalam apa saja keadaan.
ReplyDeleteramai yang andaikan harga barang akan naik lepas pilihanraya. maka, mereka pun sengaja naikkan harga dengan tujuan kesalahan tidak dilihat pada mereka semata-mata.
ini cuma pendapat, kalau ada pendapat lain lagi, boleh la kongsi.
Kalau kementerian yg jaga barang (Kementerian Hal Ehwal Pengguna) tak buat kerja, tak kisah salah peniaga atau salah kementerian yg tak buat kerja, pengguna spt kitalah yg tanggung akibatnya...
ReplyDeletepehh naik melambung tinggi tinggi !
ReplyDeleteB.....> Barang
ReplyDeleteN.....> Naik
BN: Barang Naik
Banyak negara di dunia k'jaan jatuh krn tak mampu kawal harga brg. Awas :)
B.....> Barang
ReplyDeleteN.....> Naik
BN: Barang Naik
Banyak negara di dunia k'jaan jatuh krn tak mampu kawal harga brg. Awas :)
Ini semua salah pengedar dengan tokey kedai yg naikkan harga.... Mengambil kesempatan.... Haih!
ReplyDeletekita kenelah berjimat2...
ReplyDeleteterpaksa lah berjimat cermat lepas ni
ReplyDeleteBudak Kilang buat RM48,500 Part-Time!
ReplyDeleteMungkin anda tidak percaya, begitu juga dengan saya pada
mulanya. Mana mungkin budak kilang boleh buat duit sebanyak
itu dengan internet? Tapi...
Selepas beliau tunjukkan sendiri bukti akaun bank, saya
sendiri terpegun bagaimana seorang cikgu mampu menjana
RM48,500 dari rumah secara part time hanya dengan menggunakan
sistem yang sungguh luar biasa ini.
Apa?? Rupanya ramai lagi yang buat duit...
Hisham (RM107,850 +)..cikgu!
Nuraimi (RM25,50 +)... penyelia!
Norazlina (RM28,000 +).. kerani!
Akmar (RM38,000 +)..surirumah!
Masrule (RM48,500 +)..IT!
Syed (RM17,000+).. pensyarah!
Nazrim (RM10,500 +)..nurse!
Ramzi (RM5000+)..JKR!
Kamil (RM5800+)..pencen!
Purnama (RM8500+)..surirumah!
Zahid (RM8000+).. pensyarah!
Adizakry (RM4000+)..budak pejabat!
Fazlisyam (RM8000+)..pelajar!
Shamsul (RM4000+)..koje gomen!
Faiz (RM10,000+).. student kat Ireland!
Syahmi (RM4000+)..budak cyber!
Syahrul (RM4000+)..budak kilang!
Safian (RM2000+)..usahawan!
Anda boleh lihat keajaiban sistem PERCUMA disini:
--> http://www.formulaluarbiasa.com/recommends/paisa
Bukan itu sahaja, anda tentu akan terperanjat apabila melihat
bukti Mr. X menjana RM217,72.15 pada bulan Mei 2009 sambil
melepak di Starbucks dengan menggunakan sistem yang sama!
Xtau naik ka turun tapi pagi td cik abg kami p market Pelabuhan Klang beli ikan selar, IKAN SELAR, sekilo 16 rgt..ada 8 ekoq saja..erm..harap2 kat Pendang x sampai la harga ni..kalo tak naya mak ayah & pak cik mak cik yg dok keja motong nak beli lauk..
ReplyDelete