»

19 May 2013

Di Persimpangan Dilema - Matrik Atau Diploma?


JR rasa kebanyakan lepasan SPM sedang menghadapi masalah yang sama seperti anak keempat JR ni. Nak pilih yang mana satu? Mana satu idaman kalbu?

Kira-kira dua minggu lepas Fahmie (F) anak keempat JR menerima tawaran untuk memasuki Kolej Matrikulasi Pahang yang terletak di Gambang. Sesi pengajian akan bermula pada 27 hb Mei 2013. Tak lama lagi la tu...

Dua hari lepas pula F menerima tawaran dari UPU (Unit Pusat Universiti) untuk memasuki UiTM. Hari ini bila semak baru dapat tahu dia dapat di UiTM kampus Arau, Perlis.

Sekarang dia sedang pening memikirkan nak ke Kolej Matrikulasi Gambang atau UiTM Arau.

Kalau ambil matrik cuma belajar setahun, kemudian boleh sambung ijazah. Kalau ambil diploma kena belajar 3 tahun sebelum menyambung ijazah...rugi dua tahun.

Anak kedua JR juga dulu menghadapi dilema yang sama. Dia dapat Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah dan UiTM Arau, kedua-duanya bidang kejuruteraan. Pada mulanya dia nak pergi ambil diploma sebab berdasarkan pembacaannya dalam internet ramai yang membuat cerita yang menyeramkan tentang matrik. Kena belajar gila-gila dalam matrik, jadaul belajar terlalu padat hingga nak mandi tak sempat, ada budak jadi tak siuman kerana tak tahan dengan tekanan dan lain-lain. Semuanya menakutkan!!!

Tapi akhirnya anak nombor dua JR itu memilih matrik, dia kata dia mahu melawan cabaran. Memang belajar setahun di sana JR dapat merasai kesakitan yang dihadapinya. Bila sesekali balik, termasuk cuti semester yang sangat singkat itu, sentiasa ada assignment yang perlu disiapkannya. Bila cuti Raya pun hatinya sentiasa teringat assignment yang belum siap. Katanya pelajar di sana juga semuanya ulat buku, sebab kalau tak jadi ulat buku, kita akan jadi ulat bangkai, maksudnya gagal

Tapi nasib baik anak nombor dua itu dapat menamatkan pengajian dengan jaya dengan pointer yang agak lumayan. Sekarang dia sedang berada di semester 4 di UTHM, Johor. Bulan September nanti dia akan memasuki Tahun Tiga. Malang sekali bagi rakan-rakan yang memilih diploma, ketika dia sudah berada di Tahun Tiga, mereka baru nak mendaftarkan diri di semester 1 Tahun 1. 

Sekarang F anak keempat JR sedang berasap kepala nak pilih matrik atau diploma. Dia di persimpangan dilema...

Bila F tanya pandangan JR, dia nak pilih matrik atau diploma, JR beri pro & cons matrik dan diploma. JR tak mau memaksa, sebab JR takut tersilap. Jika daya ketahanannya tinggi dia boleh ikut jejak abang nombor dua yang ambik matrik (sekarang buat ijazah di UTHM Johor). Kalau tidak yakin, dia boleh ikut langkah abang nombor tiga yang ambil diploma (sekarang di UTeM Melaka)

Antara Pro & Cons Matrik dan Diploma:

MATRIK
Pro:
i) Pengajian cuma setahun, lepas tu boleh sambung ijazah
ii)Kerajaan tanggung pengajian sepenuhnya, tak perlu pinjaman PTPTN
iii)Cepat dapat kerja, lepas dapat ijazah terus boleh cari kerja...
Cons:
i) Jadual belajar sangat ketat, sebab nak habiskan semua subjek dalam setahun. Kepala selalu berasap, rasa nak pecah...
ii) Peraturan di asrama juga khabarnya agak ketat bagi melahirkan pelajar terbaik yang dapat sambung ke peringkat ijazah.
iii) Jika dapat pointer yang rendah, alamat tak dapat sambung ke peringkat ijazah, kena patah balik ambil diploma pula, lepas tu baru boleh sambung ijazah, rugi berganda...
iv) Kelulusan matrikulasi tak laku untuk pasaran kerja. Ini kerana kelulusan Kolej Matrikulasi tidak menerima sijil, yang ada cuma slip peperiksaan matrikulasi.

DIPLOMA
Pro:
i) Pengajian tiga tahun, ada masa untuk honeymoon di awal tahun.
ii)Kelulusan diploma boleh digunakan untuk memohon kerja, tidak seperti slip peperiksaan matrikulasi yang tak boleh digunakan untuk minta kerja.
Cons:
i) Perlu dapatkan pinjaman PTPTN untuk biayai pelajaran (tidak seperti matrik yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan)
ii) Perlu belajar selama tiga tahun (36 bulan) sebelum menyambung ijazah. 
iii) Lambat dapat kerja kerana lepas belajar 3 tahun untuk diploma kena sambung untuk ijazah pula...

Apa pun, anak JR kena buat keputusan sehari dua ni ke mana dia nak pergi. Kalau masih buntu di persimpangan dilema, JR nasihatkan dia buat solat istikharah....

9 comments:

  1. ya ada pro dan kontranya...antara nak pilih jalan singkat dan jalan jauh. jalan jauh nampaknya lebih selamat tapi menelan belanja yg banyak. kalau dia boleh kuatkan semangat, masuk je matrik.. :)

    ReplyDelete
  2. IM biarkan anak IM yang pilih. Diploma dulu, baru ijazah. Akhirnya, habis belajar, ada hutang PTPTN RM45k...

    ReplyDelete
  3. anak sedara ita pun tengah duk dalam dilema jugak ni antara matrik n diploma...
    sekarang tengah pening2 lalat..

    ReplyDelete
  4. yg kata matrik susah adalah yg malas belajar...sbb peratus yg gagal kat matrik adalah sgt rendah..jgn lah takut dgn kata2 sampai mandi pun tak sempat..nak makan pun tak semapt...hehe cuba tanya lect matrik,En shaiful zaidi(laguna merbok )

    anak saya dulu pun mcm tu jugak,ramai yg suruh dia amik dip kejuruteraan...tp dia pilih matrik..alhmadulillah pointer dapat 3.85..sekarang th 2 UMP Gambang..

    ReplyDelete
  5. benar..yg kata matrik susah adalah yg malas belajar,masih honeymoon,tak dak lecture/ibubapa yg push suruh study & tersilap pilah kwn.
    anak saya masa dulu pun dlm dilema juga dpt ofer uitm kos aktuari sains dan matrik.alhamdulilah dia pilih matrik.dpt pointer 4flat,skrg wat medic kat USM kubg kerian

    ReplyDelete
  6. 2-2 ada pro n kon. kita boleh nasihat tapi yg nak membawak dan menempuhnyanya F sendiri. rasanya dah tiba masanya F buat keputusan yg memberi impak besar dlm hidupnya.

    cikda doakan moga F diberi petunjuk nak pilih yg mana satu.. Amin2x..

    ReplyDelete
  7. Ank sulung sy sekrg buat medic d uitm. Seblum ni buat diploma jugak d uitm. Dia jugak dpt tawaran medic d india tpi dia pilih buat d msia shj. Selama 3 thn diploma dia trpaksa kerja kuat sbb nk maintain cgpa. utk maintain cgpa setiap sem buknlh mudah! Brmcm2 cabaran dn dugaan yg d tempuh. Cabaran bljr, dugaan dgn rakan2, cabaran menyewa rumh, gangguan dri komuniti d rumh sewa ( yg cultural shocked tgok ank2 dara) Hmm..pelikkn tapi itulh kenyataanya.
    Sekrg ni ank kedua sy pilih matriks. Ank sulung sy yg suruh adikny ambil matriks dan tidak diploma kerana bljr trlalu lama dan dr pengalamny pljr lelaki tdk serius beljr (ramai yg main2). Ramai jugak pljr diploma yg tdk dpt sambung ( d peringkt ijazah)buat kursus yg mereka ambil masa dploma . Contoh..pljr farmasi (diploma) bila degree d tawar kn kursus kesusasteraan, applied chem dll. Walau apapun, solat istikharah adalh jln yg terbaik.

    ReplyDelete
  8. anak sya dpt diploma uitm..matrik johor dan dia dah gi interview IPG tesl..dia nk gi matrik.sya ikut jela pilihan dia.klu dpt tesl nnti fikir blik kot.

    ReplyDelete
  9. Budak Kilang buat RM48,500 Part-Time!

    Mungkin anda tidak percaya, begitu juga dengan saya pada
    mulanya. Mana mungkin budak kilang boleh buat duit sebanyak
    itu dengan internet? Tapi...

    Selepas beliau tunjukkan sendiri bukti akaun bank, saya
    sendiri terpegun bagaimana seorang cikgu mampu menjana
    RM48,500 dari rumah secara part time hanya dengan menggunakan
    sistem yang sungguh luar biasa ini.

    Apa?? Rupanya ramai lagi yang buat duit...

    Hisham (RM107,850 +)..cikgu!
    Nuraimi (RM25,50 +)... penyelia!
    Norazlina (RM28,000 +).. kerani!
    Akmar (RM38,000 +)..surirumah!
    Masrule (RM48,500 +)..IT!
    Syed (RM17,000+).. pensyarah!
    Nazrim (RM10,500 +)..nurse!
    Ramzi (RM5000+)..JKR!
    Kamil (RM5800+)..pencen!
    Purnama (RM8500+)..surirumah!
    Zahid (RM8000+).. pensyarah!
    Adizakry (RM4000+)..budak pejabat!
    Fazlisyam (RM8000+)..pelajar!
    Shamsul (RM4000+)..koje gomen!
    Faiz (RM10,000+).. student kat Ireland!
    Syahmi (RM4000+)..budak cyber!
    Syahrul (RM4000+)..budak kilang!
    Safian (RM2000+)..usahawan!

    Anda boleh lihat keajaiban sistem PERCUMA disini:


    --> http://www.formulaluarbiasa.com/recommends/paisa


    Bukan itu sahaja, anda tentu akan terperanjat apabila melihat
    bukti Mr. X menjana RM217,72.15 pada bulan Mei 2009 sambil
    melepak di Starbucks dengan menggunakan sistem yang sama!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....