Masa JR di Tingkatan Lima di sebuah sekolah menengah di Penang dulu, kami mempunyai seorang guru besar yang mempunyai dua karekter berbeza - serius dan lawak.
Setiap kali perhimpunan sekolah, guru besar kami ini sangat serius. Ucapannya selalu tegas dan kadang-kadang seperti tanpa belas kasihan. Jika ada murid yang menghadapi masalah disiplin, dia sendiri yang merotan mereka ketika perhimpunan di hadapan guru-guru dan murid-murid lain. JR sendiri pernah sekali kena rotan di hadapan perhimpunan gara-gara menconteng papan hitam ketika cikgu keluar kelas!
Itu sisi tegas cikgu besar yang nama ringkasnya ZAABA itu. Tapi satu sisi lagi, cikgu besar ini adalah seorang joker yang agak hebat. Ketika di Tingkatan Lima, jika ada cikgu yang tak dapat masuk kelas dia akan menggantikannya. Subjek yang selalu dia ajar ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
Biasanya sebelum mula mengajar guru besar akan buat lawak dulu. Itu seperti dah jadi trade marknya. Dan kerana trade marknya yang menghibur itu ramai murid suka bila dia mengajar.
Satu hari cikgu Zaaba tanya kami: "Sapa kat sini yang rumahnya tepi rel keretapi?"
Beberapa orang murid mengangkat tangan.
"Berapa orang adik beradik kamu?" tanyanya.
Masing-masing menjawab, ada yang lima beradik, ada yang enam beradik, ada yang tujuh dan yang paling ramai 11 beradik. Kebanyakannya ramai adik beradik.
"Kamu tau tak, mengikut satu kajian, suami isteri yang tinggal tepi rel keretapi mempunyai anak yang ramai? Sebab itu penduduk India antara yang paling padat dan ramai di dunia, sebab di India ramai penduduknya tinggal tepi rel keretapi..." jelas cikgu besar.
"Mengapa orang yang tinggal tepi rel keretapi ada ramai anak??" tiba-tiba tanya Norida, Penolong Ketua Kelas.
"Hahahaha..." cikgu Zaaba ketawa, "Itu yang cikgu nak tanya kamu. Tapi kamu juga boleh tanya kawan-kawan kamu di sini yang tinggal tepi rel keretapi mengapa ibu bapa mereka mempunyai anak yang ramai?"
Tapi semua kawan-kawan kami dalam Tingkatan 5 Alfa yang kebetulan rumahnya tepi rel keretapi menggeleng-geleng kepala, tanda mereka pun tak tau mengapa adik beradik mereka ramai.
"Tak apalah jika kamu tak tau. Balik rumah pikir sendiri. Jangan tanya ibu bapa, nanti mereka marah. Esok jika ada sesiapa yang bagi jawapan yang paling tepat akan dapat hadiah..." janji cikgu Zaaba.
Korang tau tak mengapa kebanyakan orang yang rumahnya dekat rel keretapi mempunyai ramai anak?
Siapa yang tau jawapan, sila beri sebab-sebabnya.
Esok, insyallah, JR akan beri jawapannya....
pesan orang tua, jangan duduk atas penyapu lidi nanti anak ramai. mungkin lebih kurang ada kaitan dengan tinggal sebelah rel keretapi kot. anak jadi ramai berderet-deret macam gerabak keretapi...
ReplyDeleteHmm..tak tau la nak pikir cmne. Nak cari logik..
ReplyDeletealaa.. kena tunggu esok ke? hahaha.. terfikir lebih kurang sama mcm smbotak.. sbb keretapi selalunya panjang berderet2.. so, family yg tinggal tepi rel keretapi selalu nmpk keretapi byk gerabak. tersemat kt kepala nk anak ramai. haha. tu yg anak ramai gak.. huhuhu..
ReplyDeletehahaha mungkin sebab bunyi keretapi tu mnghairahkan ? hahahaha
ReplyDeletehehe..sama mcm cikgu saya cakap dulu2...
ReplyDeletebila semua student jwb tak tau
ini jawapan cikgu tu..
"keretapi tu bunyi kuat,bising...so org yg tgh tido boleh terjaga..bila terjaga,susah nak tido semula..so dot dot dot la.."
dulu2 tak faham,dh kawen baru faham hehe
Hihihi..lawak la kam.. Betul la tu kot...
DeleteSlm..
ReplyDeleteSaya budak baru di dunia blog..
Do follow me http://iniblogmaynisafarouk.blogspot.com/
:)
Rumah IM juga tak jauh dari landasan keretapi. Dan adik beradik IM ada 8 orang.
ReplyDeleteTak terfikir pula apa kaitan antara keduanya itu.
Yang IM tahu bila mak IM bawa kami jalan-jalan, orang akan kata...
"Wah, panjangnya gerabak kamu ni..."
ermmmm.....dah keteapi panjang..anak pun jadi berderet macam keretapi lah..
ReplyDeletehahahhaahha
salam jay ar
ReplyDeleteBerteka teki pulak jay ar nie.hehe
Tak sabar nk tunggu esok.hehehe
Tak tau jawapanya.sebab dpn umah ta tak de landasan ketapi. Tapi ramai gak ada 12 cuba cerita..
kenan ngan keretapi gamaknya berderet-deret jew..hahah....tak rela berumah dekat rel ketapi....
ReplyDelete