Cuba korang teka - sapa Presiden atau Perdana Menteri termiskin di dunia? Cepat...
JR bilang dari 1 hingga 10, sapa dapat menjawab dengan tepat akan mendapat hadiah 10,000 tunai....
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 9 1/2....10......pritttttttttttttt....
Masa dah sampai, wisel dah berbunyi!!
Ada yang dapat menjawab dengan tepat?
Nampaknya tak ada!
Jadi terlepaslah korang untuk mendapat hadiah wang tunai 10,000...maksud JR 10,000 Rupiah (RM3.20).
Sapa yang tahu Presiden atau Perdana Menteri termiskin di dunia?
Yang pasti dia bukan Barrack Obama presiden Amerika, David Cameron Perdana Menteri Britain atau Datuk Seri Najib Perdana Menteri Malaysia yang semua orang tahu mereka bukan dari kalangan orang miskin dan tidak pernah menunjukkan gaya hidup seperti orang miskin (apa lagi isteri mereka).
Presiden termiskin di dunia ialah:
Jose Mujica
Jose Mujica ialah presiden termiskin di dunia, walaupun negaranya bukan negara miskin. Dia ialah presiden Uruguay, sebuah negara di Amerika Selatan. Jika korang peminat bolasepak tentu korang dah biasa dengan nama Uruguay, Uruguay salah satu kuasa bola dunia yang terkenal juga, penyandang juara Copa America 2011 dan pernah menjadi juara dunia World Cup sebanyak dua kali.
Jose Mujica adalah seorang yang sangat disayangi oleh rakyat Uruguay, kerana dia, isteri(Rosmah Mansor) dan keluarganya sangat merendah diri dan cuma hidup seperti rakyat berpendapatan rendah biasa, walaupun dia presiden sebuah negara. Cara hidupnya yang seperti orang miskin itu tidak disenangi oleh orang-orang kaya serta musuh politik di negaranya dan dia pernah beberapa kali cuba dibunuh oleh mereka. Bagi orang-orang yang tak puas hati dengannya seorang presiden sebuah negara tak patut hidup seperti orang miskin, seorang presiden patut hidup dengan penuh kemegahan, bergaya, ranggi dan bermewahan.
Jose Mujica adalah seorang yang sangat disayangi oleh rakyat Uruguay, kerana dia, isteri
Apa yang membezakan Presiden Jose Mujica berbanding presiden atau Perdana Menteri lain di dunia? Inilah fakta kehidupan Jose Mujica:-
i) Mujica cuma menggunakan 10% daripada gajinya untuk keperluan hidup, manakala 90% lagi dimasukkan ke dalam tabung negara untuk didermakan kepada rakyat berpendapatan rendah di negaranya (sanggupkah Perdana Menteri kita, Menteri-Menteri, Menteri Besar dan wakil-wakil rakyat kita buat begitu?).
ii) Pendapatan Jose Mujica sebagai presiden ialah USD12,500 (RM38,731) sebulan. Tapi dia cuma mengambil USD1,250 (RM3,873) untuk perbelanjaan dia dan isterinya (mereka tak mempunyai anak), manakala selebihnya USD11,250 (RM34,858) dimasukkan ke dalam tabung negara untuk dimanfaatkan kepada orang-orang miskin serta pengusaha kecil di negaranya.
Mujica hanya mempunyai sebuah kereta volkswegen buruk (Bandingkan dengan menteri-menteri kita!!)
iii) Presiden Mujica tak mahu tinggal di istana presiden yang megah, mewah indah dan disediakan orang gaji itu. Sebaliknya dia cuma hidup bersama isteri di dalam sebuah rumah usang dan hanya memiliki sebuah kereta Volkswagen Beetle yang berharga USD1,945 (RM6,026)..(bandingkan koleksi kereta-kereta mewah di pekarangan rumah menteri-menteri kita..)
Dia cuma tinggal di rumah buruk bersama isterinya (bandingkan dengan rumah pemimpin-pemimpin kita!!)
iv) Bagi orang luar sukar untuk mereka percaya lelaki beruban dan hanya berpakaian biasa ini adalah Presiden Uruguay yang amat disayangi rakyatnya. Beliau telah menjadi presiden negara itu sejak 2010 sehingga ke hari ini.
v) Mujica dilahirkan pada 20 Mei 1935. Bapanya Demetrio Mujica adalah lelaki berbangsa Sepanyol dan ibunya bernama Lucy Cordano berketurunan Itali. Keluarga ibunya adalah pendatang miskin dari Piemonte, Itali.
vi) Sebahagian besar kehidupan Mujica diabadikan untuk membantu orang miskin sehingga dia terlupa untuk berkahwin. Beliau akhirnya berkahwin pada 2005 dalam usia 70 tahun dengan Lucia Topolansky.
Rakyat sangat menyayangi presiden miskin mereka
vii) Presiden Mujica dan isteri menetap di kawasan ladang di pinggir bandar Montevideo dan bagi menampung kehidupannya yang sederhana itu isterinya melakukan aktiviti menanam bunga chrysanthemum untuk dijual.
viii) Menariknya, Lucia tidak mengeluh dengan keputusan suaminya untuk meneruskan kehidupan seperti rakyat miskin tanpa kemewahan duniawi. "Beliau enggan tinggal di dalam istana presiden yang mewah atau menggunakan orang gaji. Saya kagum dengan prinsip hidupnya" kata Lucia (Bagaimana dengan isteri Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Menteri Besar dan Wakil Rakyat kita jika 90 peratus gaji suami mereka kena potong, tidak merungut seperti Lucia ke atau....atau....atau...?)
ix) Banyak pihak di negaranya yang panas punggung apabila Mujica dilantik menerajui negara dengan alasan 'seorang berperwatakan miskin tidak layak digelar presiden'.
x) Tidak mengalah dengan kritikan pihak bangsawan di negaranya, Mujica yang dilabelkan sebagai individu berpengetahuan luas amat disukai rakyat kerana memiliki sifat kepimpinan melalui teladan.
xi) Aktivis kemanusiaan antarabangsa melaporkan, corak kepimpinan Mujica amat telus di mana beliau mengimplementasikan kehidupan sederhananya yang sangat mudah.
"Beliau menunjukkan contoh terbaik dengan meneruskan kehidupan mudah dan berbakti dengan alam tanpa mewujudkan jurang darjat dalam masyarakat walaupun bergelar pemimpin negara," katanya.
Kalau di Malaysia ada calon pilihanraya seperti Jose Mujica, JR pasti akan menyokongnya tak kira apa agamanya. JR akan tetap menyokongnya walaupun yang ditentangnya ialah seorang calon beragama Islam yang berperangai seperti kebanyakan YB-YB yang ada di negara ini - berlagak dengan kereta dan rumah besar, sombong (kecuali dekat musim pilihanraya berpura-pura merendah diri), mementingkan isteri dan keluarga sendiri, tidak pernah melawat kawasan (kecuali dekat pilihanraya) dan tidak menunjukkan ciri-ciri pemimpin yang beragama (tak pernah nampak bayang di masjid atau surau, kecuali musim kempen pilihanraya).
Teringat kisah Khalifah Umar Al-Khatab, pemimpin Islam yang digeruni itu. Satu hari wakil kerajaan Parsi mahu menemui Umar. Puas mereka mencari istana khalifah Umar tapi tak ditemui. Akhirnya seorang penduduk Madinah menunjukkan rumah kecil yang didiami Umar. Wakil kerajaan Parsi sangat terkejut kerana seorang ketua negara besar dan ditakuti dunia cuma tinggal di sebuah rumah kecil. Dan mereka lebih terkejut apabila mendapati Umar yang ketika itu sedang berehat berbaring dan tertidur di atas pelepah kurma.
Jose Mujica pasti tak pernah kenal Umar Al-Khatab. Yang kenal Umar Al-Khatab ialah kita orang-orang Islam yang kebanyakannya menyintai kemewahan hidup dan sangat kedekut untuk berderma.....
NOTA: Info ini JR ambil dari pelbagai sumber, tiga hari juga untuk kumpulkan maklumat mengenai Jose Mujica ni.
Di negara Islam di Timur Tengah juga ada seorang pemimpin yang gaya hidupnya sangat sederhana seperti Jose Mujica. Kalau JR kata kagum dengan pemimpin Islam itu, takut nanti orang ingat JR ini Shiah pulak....
NOTA: Info ini JR ambil dari pelbagai sumber, tiga hari juga untuk kumpulkan maklumat mengenai Jose Mujica ni.
Di negara Islam di Timur Tengah juga ada seorang pemimpin yang gaya hidupnya sangat sederhana seperti Jose Mujica. Kalau JR kata kagum dengan pemimpin Islam itu, takut nanti orang ingat JR ini Shiah pulak....
Wah..kagum!
ReplyDeleteTak tau pun pasal dia ni..mmg elok JR share.
Ingatkan sultan sulu.. kih3..
ReplyDeleteada lagi sorang presiden ni. negara islam.. kt timur tengah.. tak ingat siapa.. rasanye dia pun hidup sederhana je. mmg pemimpin mcm ni patut kita kagumi.. :)
ReplyDeletetok guru Nik aziz pun tinggal kát rumah kecik, rumah kg...
ReplyDeletejauh benor beza nyer dengan pemimpin kite...
ReplyDeletekalau kat sini mau meroyan agak nye..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletemacam2 cerita dunia ..saya pasti dia pemimpin yang sangat dikegumi disana..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesorry berulang ayat sama komen saya ni Jay ..bersihkan ya
ReplyDeletejemput join kertas soalan bhasa jawa di blog ta.jay ar ada hadiah menarik.
ReplyDeleteRasanya kena kreatif dlm menberikan jawapan.sebab hadiahnya lumayan. Jika jay ar berkelapangan tq