»

29 March 2013

Kuliah Jumaat: Solat Dalam Gereja


Cepatnya masa berlalu. Sekejap saja dah tiba Jumaat. Ketika jari-jemari JR sedang menari ni, JR sudah mandi. Sekejap lagi lepas berpakaian selengkapnya JR akan ke Masjid Bukhary (dibina menerusi peruntukan bilionaire Syed Mokhrtar Al-Bukhary). Memang Masjid Bukhary Alor Setar tempat biasa JR bersolat Jumaat kerana selain tak jauh dari rumah, ia mempunyai ruang solat yang besar dan selesa serta mudah dapat parkir.

Masa JR bekerja di KL dulu, setiap kali datang Jumaat perlu bersesak-sesak untuk cari tempat parkir di masjid (biasanya JR bersolat di Masjid Damansara), kemudian bersesak-sesak pula untuk mencari saf ketika bersolat. Kalau lambat terpaksa bersolat di luar masjid di tengah terik matahari. Tapi di Masjid Bukhary ruang solat sentiasa mencukupi, JR selalu dapat bersolat di dalam dewan solat tak jauh dari mimbar masjid..

Masalah ruang masjid tak mencukupi untuk bersolat berlaku di mana-mana. Di negara Barat lagi ketara, pertumbuhan drastik masyarakat Islam dan ruang solat yang sempit menimbulkan masalah untuk orang Islam bersolat dengan sempurna.

Dalam hal ini JR tertarik dengan langkah sebuah gereja di Scotland yang memberi ruang untuk umat Islam bersolat di dalamnya. St John’s Episcopal Church di Aberdeen, Scotland menjadi gereja pertama di United Kingdom yang  membuka premisnya untuk umat Islam menunaikan ibadah solat. 

Gereja Episcopal St John di Aberdeen mengalu-alukan beratus-ratus umat Islam untuk bersolat lima kali sehari di dalam premis itu kerana masjid berdekatan tidak mampu menampung jumlah jemaah yang sebahagiannya terpaksa menunaikan solat di luar masjid.


Rev Ishak poobalan (kanan sekali) bersama imam masjid dan pegawainya

Dengan itu Rev Ishak Poobalan menyerahkan sebahagian daripada dewan gereja kepada Ketua Imam, Ahmed Megharbi dan orang Islam menunaikan solat di situ. 

Rev Poobalan berkata (sumber info: Mail Online..) tidak lengkap imannya sebagai seorang Kristian jika beliau tidak menawarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan  walaupun bukan beragama Kristian. 

Beliau berkata: "Sembahyang tidak salah. Tugas saya ialah menggalakkan orang ramai untuk menunaikan sembahyang. Masjid itu begitu penuh pada kebanyakan masa, ada orang yang terpaksa menunaikan sembahnyang di luar dalam keadaan kesejukan dan ditimpa hujan." 

Hukum Shalat di Dalam Gereja

Soalnya bolehkah orang Islam bersolat di dalam gereja?

Mengikut pandangan ulamak, umat Islam dibolehkan bersolat di dalam gereja dengan syarat tidak ada gambar dan patung di dalamnya. Ia adalah seperti hukum rumah orang Islam yang tak dibenarkan meletakkan gambar dan patung di dalamnya kerana malaikat tidak akan memasuki premis yang di dalamnya ada gambar dan patung.

Ibnu Qudamah rahimahullah berkata: “Tidak mengapa solat di gereja yang bersih. Yang memberi keringanan hal itu adalah Hasan, Umar bin Abdul Aziz, As-Sya’bi, AL-Auza’i, Said bin Abdul Aziz, diriwayatkan juga dari Umar dan Abu Musa. Sementara yang menyatak makruh solat dalam gereja adalah Ibnu Abbas dan Malik jika di dalam gereja ada gambar. Bagi kita bahwa Nabi sollallahu’alaihi wa sallam sendiri pernah bersolat di dalam Ka’bah dan di dalamnya ada gambar dan berhala, kerana ia termasuk dalam sabda Nabi sollallahu’alaihi wa sallam:

( فأينما أدركتك الصلاة فصل , فإنه مسجد ) " انتهى من "المغني" (1/ 407).

“Dimana saja kamu berpeluang solat, maka solatlah kerana (di sisi Allah) ia adalah masjid.” ( Sumber kitab ‘Al-Mugni, 1/407).


Untuk selanjutnya baca di sini....

NOTA KAKI: Rasanya di Malaysia kita tak perlu solat di dalam gereja kerana bilangan masjid dan surau di negara ini lebih dari mencukupi. Cuma masalahnya di Malaysia ini ialah masjid dan surau selalu sepi, tak ramai yang berjemaah untuk solat lima waktu, kecuali ketika solat Jumaat dan solat Raya baru ramai orang....

9 comments:

  1. toleransi antara agama semakin baik

    ReplyDelete
  2. Di luar negara terutama negara eropah, tempat solat bagi orang islam memang terhad.

    ReplyDelete
  3. masjid bukhary mmg cantik,luas dan selesa...kawasan luarnya juga cantik...nyaman..

    ReplyDelete
  4. oh baru tahu . eh JR kawasan mana ye ? dekat dgn smk tnku sofiah ke ?

    ReplyDelete
  5. baru tahu ada gereja membuka ruang untuk Islam bersolat. Inilah keharmonian yag benar2 terjalin. Subahanallah

    ReplyDelete
  6. kat malaysia masjid banyak tapi orang yang kurang...
    time raya je lah kalau bersesak pun...

    ReplyDelete
  7. Masa saya di sekolah asrama kat UK dulu, reverand father membenarkn malah menggalakkan pelajar islam menggunakan chapel sekolah utk solat jumaat dan solat biasa.

    ReplyDelete
  8. kt sini takda lg macam tu

    ReplyDelete
  9. jay ar
    I like so much this post.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....