Di dalam bilik air rumah korang ada pemanas air (water heater) tak?. JR sebenarnya tak suka bilik air dipasang pemanas air. Ini kerana anak saudara JR pernah terkana renjatan letrik akibat pemanas air. Nasib baiklah dia cuma tercedera sikit saja.
Banyak juga pernah dengar cerita dalam akhbar orang meninggal kerana pemanas air ini. Sebab itu JR tak galakkan pemasangannya di rumah. Tapi isteri JR tetap mahu pemanas air. Dia suka mandi guna pemanas air di waktu pagi kerana tak tahan dengan air sejuk. JR pula berbeza - lagi sejuk air lagi tinggi tahap kepuasan mandi!!
Sekarang dah dua kali pemanas air di rumah kami rosak. Bila dah dua kali rosak, JR enggan beli baru lagi. Tapi isteri sesekali merungut juga - pagi-pagi sejuk bila nak mandi wajib!!
Tapi sekarang JR ada satu idea bagaimana nak keluarkan bahang panas ketika mandi tanpa pemasangan pemanas air. Bahannya murah saja: sebatang lilin dan sebuah lighter.
Caranya begini:
Sempoi....Idea yang inovatif kan??
Sapa yang rumahnya belum ada pemanas air boleh tiru cara ini. Ini kira hadiah segmen JR untuk korang kerana selalu melawat blog ini....
Hahaha! Jimat kos. Bil pun tak melambung. Kalau black out pun tak payah meraba-raba masa mandi!
ReplyDeleteApa punya idea nih! Kreatif tak kena gaya.
ReplyDeleteIM memang tak guna pemanas air sebab banyak kalinya air di rumah IM suam-suam bila mandi pagi kesan dari kepanasan siang.
kreatif lagi berinovatif..kih kih kih
ReplyDeletesalam jay ar
ReplyDeleteTak boleh ikut ni.bahaya..
hahahahaha . keliaaaa .
ReplyDeletebolat pun x suka mandi air panas . kecuali kalau sehari suntuk kelas pagi ke petang . balik tu mandi air panas .
selesa :)
Dua tiga kali pasanng mau berlubang pulak paip air tu. Haha
ReplyDeletealamak..dari mana dapat semua ni Jr.merisaukan , inilah maya macam2 ada
ReplyDeletenak jugak....nak jugak..
ReplyDeletetak terpikir pun hee...
ReplyDeletetpi menjimatkan.. klu hitam bersihkan dg sabun semula yer hee..
hahahaha...memang jimat sangat2....
ReplyDeletemandi air sejuk lah best..badan rasa segar je
haha sempat ke panas air nya tu bang.... :D
ReplyDelete