Entah di mana JR pernah dengar ungkapan ni. Kalau tak silap ada komik yang tajuknya lebih kurang macam tu. Satira politik.
Tapi terdengar ungkapan tu di surau lepas solat Isyak tadi - Malaysia Darul Kartun.
Kata mereka di surau tadi, sekarang memang dah nampak banyak yang kartun di Malaysia. Peristiwa di Lahad Datu sekarang pun ada unsur-unsur kartun sikit, termasuk kisah ketuanya (Azzamuddie Kiram) yang merupakan bekas pegawai tinggi kerajaan di Sabah berjawatan Penolong Pegawai Daerah Kudat, sebahagian penceroboh Sulu pula adalah pemegang kad pengenalan Malaysia dan dua hari lepas pula Datuk Amir Baha, Jeneral perang tentera Sulu ditahan polis bersama isterinya (tak disebut pula isterinya bernama Datin apa?). Antara yang kartun di sini, mana pernah berlaku dalam mana-mana pelusuk dunia orang berperang bawa bini sekali? Tapi Datuk Amir berperang membawa bini sekali, kartun betul. Mungkin sebab dia dalam kategori VVIP kot boleh bawa Datin sekali pergi berperang?
Dan kartun terbaru seperti yang ramai jamaah bincangkan lepas solat Isyak di surau tadi ialah mengenai pembubaran Parlimen. Mereka kata pada hari Khamis nanti Dewan Undangan Negeri Sembilan akan terbubar secara automatik mengikut undang-undang negeri. Pada 7 April pula Dewan Undangan Negeri Pahang pula terbubar secara automatik.
Tapi Perdana Menteri kita belum berani bubar Parlimen. Ia tak pernah jadi dalam sejarah Malaysia, Dewan Undangan Negeri bubar dulu kemudian baru Parlimen bubar. Selalunya selepas Perdana Menteri bubar Parlimen baru diikuti oleh pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Tapi sekarang dah terbalik kot: Dewan Undangan Negeri bubar dulu, Parlimen pula entah bila nak bubar. Sebab tu ada jemaah di surau tadi kata Malaysia ni negara Darul Kartun.
Tapi Darul Kartun pun Darul Kartunlah ye tak? Yang penting mereka yang buat kartun tu bahagia...
Permohonan Maaf: JR memohon ribuan maaf, thousand apologies, jika ada yang kurang senang bila sesekali bercakap soal yang bau-bau bacang dengan politik. Tapi apa nak buat, semua orang bercakap politik sekarang, JR pun terpaksalah juga bercakap....
Gudnite....
Ramai orang dah tak sabar ni... Masing2 muka dah macam pungguk merindu yang bertenggek atas dahan. Hehehee... (maaf jugak kalau kiasan tak kena)
ReplyDeletetak boleh lari dari bercakap pasal politik skrg...bila nak bubar...bila??
ReplyDeleteteringat entri JR pasal kerajaan xpired tu hehe
Kamu org2 Semenanjung kdg2 brcakap tanpa memahami masalah kami masyarakat pribumi Sabah. Sudah lebih 20 tahun masyarakat Sabah terpaksa menerima penjajahan daripada orang yang berasal dari selatan Filipina, mereka menguasai politik Sabah, mereka menjadi Ketua2 Bahagian Umno Sabah. Ini semua akibat dasar Umno yang memberi IC kepada orang2 Filipina selatan di zaman Dr Mahathir dulu. Sekarang bilangan masyarakat Filipina selatan di Sabah yang diberi IC Malaysia oleh kerajaan Umno sangat ramai, dari 3.2 juta rakyat Sabah, kira2 700,000 adalah mereka yang berasal dari Filipina.
ReplyDeleteSekarang masyarakat Filipina di Sabah sangat berani kerana mereka ada IC dan ada jawatan dlm Umno, mereka diberi betis mahu kepala.
Mungkin kamu orang Semenanjung tidak tahu, tapi kami org Sabah tahu siapa yang menjemput pengganas dari Sulu itu datang ke Sabah. Mereka datang kerana dijemput oleh Ahmad Malandi @ Mat Bom, Ketua Cawangan Umno Sg Nyamuk. Umnolah yang menjemput pengganas dari Sulu itu datang ke Sabah. Mat Bom dan Umno berjanji untuk memberi 100 hektar tanah adat di Lahad Datu kepada saudara2 mereka dari Sulu sebab itu mereka datang. Ketua pengganas, Agbimuddin Kiram itu sendiri ada hubungan darah dengan Mat Bom, Komander Musa yang terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Malaysia pula adalah besan Mat Bom.
Kami rakyat pribumi Sabah tidak akan memaafkan apa yang telah kerajaan Umno lakukan kepada rakyat Sabah. Waris-waris tentera dan polis yang terbunuh dan tercedera juga tentu tak dapat memaafkan malapetaka yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno di Sabah dari zaman Dr Mahathir hingga kini.
Kalau tiba pilihanraya kami tahu siapa yang akan kami tolak, pengkhianat2 negara yang berlindung di bawah nama Umno yang menyebabkan kematian polis dan tentera kita itu tidak akan diberi peluang lagi kali ini. Ini kalilah!!
INI Kalilah! NOW or Never!!
-RAKYAT SABAH TULEN
kenapa nk bubar parlimen ?
ReplyDeletedan komen diatas ni terbaiklah :)
Saya suka catatan ini.
ReplyDeletekalau semua dah jadi kartun susah lah...
ReplyDeleteCukuplah kita dikartunkan selama ini. Mari kita kembali menjadi hamba Allah yang rijal...
ReplyDeleteCukuplah kita dikartunkan selama ini. Mari kita kembali menjadi hamba Allah yang rijal...
ReplyDeletex tau sy nk komen apa. Tp N3 ini menarik perhatian Anonymous :)
ReplyDelete