»

24 February 2013

Tengok Kak Ton, Comel Tak?


"Produk Kak Ton memang berkesan. Tengok Kak Ton, comel tak?"

"Comelllllllllllll..."

Tengok Kak Ton...comel tak?...Comelllllll...

Mungkin bagi kita, iklan produk kesihatan dan kecantikan ni dah mangli sangat (mangli: dialek Utara bermakna dah biasa sangat), kerana sejak beberapa minggu lalu hari-hari tersiar di TV3 (TV lain tak pasti ada ke tidak iklan ni).

Masa iklan ni mula-mula tersiar di TV, JR perhatikan semua ahli keluarga kami yang berada di depan TV senyum besar. Malah anak-anak JR bukan lagi senyum tapi mengutuk pula:

"Perasan betoi....."

"Hahahaha..dia ingat dia comey ka?"

"Tak comey pun, mak tok lagi comey.."

Rupanya iklan ni bukan saja jadi topik sinis dalam keluarga JR, tapi dalam media sosial pun ia turut diperkatakan:




**tengok kak ton comel tak**comel kak ton** bhahaha. sakit perut aku tengok iklan ni :D

"Tengok Kak Ton, comel tak?" "Comel Kak Ton" HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.. Ya Rabbi, ampunkan dosa aku sebab selalu kutuk bila tengok iklan ni.


 Tengku Faris Tg Khalid · 309,272 like this



Ada pula buat cerita kartun pasal Kak Ton:



Apa pun, bagi JR, mengambilkira usia Kak Ton (mungkin dah dekat 60 tahun?), dia masih boleh tahan comelnya... Nenek-nenek kita pada usia emas dah tak pikir lagi soal comel tak comel, mereka cuma pikir soal solat, pergi surau dan mengaji...

Memang iklan dibuat untuk memancing populariti produk. Tapi jika popular dengan   menjadikan diri sendiri sebagai bahan lawak, berbaloi ke?? 

26 comments:

  1. saya nak ketawa pun cam x sampai hati je....tp ayat tu mmg tak kena ...."comel tak?" ahahahaa....uuppss...!

    ReplyDelete
  2. ayat 'comel tak Kak Ton' jadi bahan lawak kat rumah saya hehe..anak2 kata,comel mcm plastik kak ton tu...

    mau tak comel...produk dia bkn 2,3 puluh ringgit tp 2,3 ratus sekotak...

    ReplyDelete
  3. tak nampak iklan ni lah..agak ketinggalan pula kami ya tak nampak iklan macam ni..atau memang Chanel lain kot...

    ReplyDelete
  4. hahahahha...tadi baru duk kutuk kak ton ni dengan kakak...
    ntah apa benda ntah...

    nak promosi produk tapi sekali tengok dah jadi macam riak plok dengan kecomelan tu..

    ReplyDelete
  5. hahaha... JR, deno baru je tengok iklan kakton tadi.. first time tengok dah gelak.. kalakar betul kakton nih...huhu^^

    ReplyDelete
  6. Buat pe nak kutuk die..takde faedah pun bukanye dia ada nyusahkan korang pun buat tambah dosa je..head kt blog hadis nabi..tapi tulisan dlam blog mengajak mengata/mendorong pembaca mengata orang..aduhai..sekadar teguran tuan..elok2 ambo cari hadis nabi dr abu hurairah termasuk lak dlam blog nie aduhai.."sampaikan padaku walau sebaris ayat"ada kt head blog tuan..tak elok tuan..setidaknya kak ton tu adalah sebahgian dari golongan yg telah menginfakan harta perniagaan nya ke bumi gaza/ salah seorang peniaga muslimah yg telah ke bumi gaza utk membantu dengan menyedekahkan sebahgian hartanya..itu ramai yang tak tau..termasuk ambo sendiri..ni pun baru ambo tau dari seorang sahabat yg telah pergi ke gaza.

    ReplyDelete
  7. ada juga org lslam yg riak di muka bumi ni spt kak ton rupanya..org kaya mmg suka riak dn mnunjuk2 kot

    ReplyDelete
  8. 0rg riak dgn wajah dan hartanya ada di mana2 sejak zaman Qarun hingga sekarang. 0rg2 spt ini ada di sepanjang zaman, dlm semua kaum dan semua agama. 0rg2 spt ini jika memberi derma, dia akan panggil wartawan, masuk dlm akhbar dan TV krn dia mahu semua org tahu dia suka berderma. Mereka tak akan menjadi seperti org Islam yg bila tangan kanan berderma, tangan kiri pun tak tahu..

    ReplyDelete
  9. kalau tengok iklan tue..memang kelakor...macam perasan jer kak ton...hihihi

    ReplyDelete
  10. Kak Ton tu kata comey kot dialek kelantan. dlm bahasa kita maksudnya..elok tak? lawa tak? and she is referring to her skin. Kak Ton ni Kelantan nya pekat..praktis tu nk bg dialek KL dia sempurna. Jadi maaf kan lah dia. she is a nice lady actually dan takde la kaya raya asal nya cuma sekarang dia agak senang saja.

    ReplyDelete
  11. Yup..dlm bhsa kelantan mksud comey tu bbeza..

    ReplyDelete
  12. Atvleast dia buat macam tu, strategi perniagaan dia. Alhamdulillah dia ada idea dia sendiri. Secara tak langsung, orang akan tengok iklan tu, and akan buat pelanggan mendekati barang Kak Ton. Lagi bagus dpd spesies manusia yang duk mengata dia comei ke comei ke nak terberak ke apa sebab tak tahan dgn iklan tu or wtv it is.

    ReplyDelete
  13. Mula2 suka iklan tu, tp lama2 tgk whi tiap jumaat dia je, naik menyampah. Sori.

    ReplyDelete
  14. xpyh la kutuk dia..cakap tua la xsedar diri la..kesian kat dia..klw setakat trol guna tagline dia tu xpa lagi ni sampai mengutuk perasan comel menyampah semua tu..hmm..bayangkan klw beliau ibu kita.. xrasa terguris ka hati? mungkin dia cuma nak jual produk dia bukan nak perasan semua tu..bersangka baik lebih baik dari mengutuk org..kita pon bukan sempurna, kdg2 riak kdg2 ada jgk rasa menunjuk cuma kita yg xsedar..

    ReplyDelete
  15. aduhai blog ape ni,nyesal nya msuk sni wt tmbh dosa je. .hmmmm

    ReplyDelete
  16. jgn kutuk-2 kak ton, dia kaya raya dah.. kita apa ada..?
    jom kita jadi kaya mcm kak ton
    FORMULA LUAR BIASA JANA PENDAPATAN!
    http://www.formulaluarbiasa.com/recommends/paisa

    ReplyDelete
  17. Sy senyum je tengok iklan tu. Tak rasa apa-apa.. Anggap gurau senda je..

    ReplyDelete
  18. strategi pemasaran kakton yang berjaya....

    nampak macam perasan tapi strategi pemasaran yang meletup satu malaysia....

    ReplyDelete
  19. gelak je dah ok..sbb mmg lawak..nk kutuk tu sukati korang ler..kalo kak ton tnya gua..mmg gua ckp comel giler tahap dewa gunung cengkih..watpe nk hipokrit ckp yer je..nk ckp tak, dia dah tua kesian plk..hahahahahhaa

    ReplyDelete
  20. Apa2 pun saya ucapkan tahniah byk2 kpd k.ton. Walau apa pun terjadji beliau sudah pun berjaya. Yg korg dok kutuk2 dia ni dapat apa?

    ReplyDelete
  21. Yang puji tu semuanya MAALAUNN DARI KELANTAN DARUL KELENTONG!!

    ReplyDelete
  22. Kawan2 kat tempat kerja suka panggil saya kak ton ngojes. Aishhh...

    ReplyDelete
  23. paan tuh??? baru tahu jugalohhh

    ReplyDelete
  24. Kak ton kartun

    ReplyDelete
  25. Kak ton mmg comey. Comey dari segi rupa, semangat dan budinya...saya ni pun teringin nk jadi usahawan berjaya macam dia. Bila kaya dapat pula buat jariah....

    ReplyDelete
  26. ada tengok rancangan dia ni..cara dia la tu tarik penonton ..kanak2

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....