Jika diminta memilih JR lebih suka memilih untuk solat Jumaat di masjid di mana khatibnya menyampaikan khutbah. Tapi kebanyakan masjid yang JR pernah solat Jumaat, khatibnya lebih suka membaca khutbah dan bukan menyampaikan khutbah..
Ada banyak perbezaan antara membaca khutbah dan menyampaikan khutbah. Bila khatib membaca khutbah, dia membaca teks khutbah yang telah disediakan oleh Jabatan Agama. Kadang-kadang bacaannya tersasul, terutama bila menyebut perkataan Inggeris yang khatib sendiri kurang mahir. Bacaan khutbah pula cuma mendatar, tak ada nada turun naik yang boleh mencelikkan mata makmum yang terlelap. Benda yang dikhutbahkan pun kebanyakannya dah boleh diteka: soal perlu buat baik dan menjauhi kejahatan di dunia, soal syurga dan neraka...
Tapi bila JR ke Masjid Al-Bukhary, Alor Setar kelmarin, nasib baik juga khatib jemputan mengambil tempat. Banyak kali juga khatib jemputan dipanggil menyampaikan khutbah di masjid Al-Bukhary. Tidak seperti khatib tetap yang gemar membaca khutbah, khatib jemputan tidak membaca khutbah, mereka menyampaikan khutbah. Mereka bercakap tidak berpandukan teks tapi berdasarkan ilmu agamanya. Dan yang menyebabkan jemaah tak terlelap ialah suara jantan khatib jemputan yang bergema sehingga menembusi dinding masjid, intonasi suara yang turun naik berdasar fakta yang diucap, bahasa tangan dan thema khutbah yang tak cuma berkisar tentang syurga-neraka dan baik-jahat.
Thema khutbah semalam ialah mengenai dilema pemilihan. Khatib kata setiap masa kita manusia sentiasa berhadapan dengan dilema pemilihan. Keluar rumah saja kita sudah hadapi dilema pemilihan hendak ikut jalan mana ke destinasi bagi mengelak kesesakan. Bila beli barang juga hadapi dilema pemilihan untuk barang terbaik dan harga berpatutan. Jika nak makan di luar juga hadapi dilema pemilihan untuk makanan terbaik dengan selera dan kesihatan.
Dan bila hidup dalam masyarakat, kita juga hadapi masalah dilema pemilihan. Kita memilih kawan yang terbaik dan pemimpin yang terbaik untuk memimpin komuniti kita.
Di sinilah kita diuji sama ada kita mampu membuat pemilihan berdasarkan tuntutan agama kita.
Khatib memberi contoh bila Nabi Yusuf diangkat Firaun menjadi Perdana Menteri Mesir beliau tidak menjanjikan kekayaan dan harta benda untuk rakyat Mesir. Beliau juga tidak berjanji untuk kuasa atau mendapat pengikut yang ramai jika beliau dilantik sebagai Perdana Menteri. Nabi Yusuf cuma berjanji untuk melaksanakan integriti - berpegang teguh kepada nilai-nilai amanah, keimanan, prinsip kejujuran serta moral yang tinggi. Rakyat Mesir tidak dijanjikan kekayaan, tetapi hidup mereka senang sepanjang pemerintahan Nabi Yusuf kerana beliau berpegang kepada prinsip integriti berdasarkan firman Allah.
Begitu juga bila Nabi Muhammad membawa agama Islam untuk penduduk Mekah. Nabi tidak menjanjikan harta benda jika penduduk Mekah memeluk Islam. Nabi cuma menjanjikan integriti - berpegang teguh kepada nilai-nilai amanah, keimanan, prinsip kejujuran serta moral yang tinggi berlandaskan firman Allah dalam al-Quran. Ia berbeza dengan pembesar Quraish yang memerintah Mekah yang menjanjikan kekayaan, harta benda, kemewahan dan kesenangan hidup kepada mereka yang mahu kekal dengan idealogi Quraish.
Ketika itulah penduduk Mekah berhadapan dengan dilema pemilihan - sama ada mahu memilih kekayaan, harta benda, kemewahan dan kesenangan hidup di bawah regim lama Quraish atau memilih prinsip integriti yang diseru oleh Nabi Muhammad berdasarkan firman Allah.
Pesan akhir tuan khatib ialah jangan silap membuat perhitungan ketika menghadapi dilema pemilihan. Siapa yang memilih kekayaan, harta benda, kemewahan dan kesenangan hidup; dia perlu menjawabnya di Mahkamah Allah nanti mengapa dia berbuat begitu kerana bila dia mati semuanya itu tidak bermakna lagi untuknya. Yang akan masih tinggal untuk dibawa ke akhirat ialah nilai-nilai integriti mengikut firman Allah dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW.
Nota: Dilema pemilihan isteri JR sekarang ialah nak masak apa tengahari ini??
betullll...baca dengan sampaikan different.....kalo baca je boleh ngantuk...=D
ReplyDeletesalam jay ar
ReplyDeleteYg pling penting dtg. Jgn tak solat jumaat tanpa alasan.bab khudbah ni..agak umum..kalau yg best memang sedap..tapi untk refresh tiap2 minggu ada terkandung di akhir khudbah.x kira sedap atau tidak
Saya dah daftar undi PRU-13. Pertama kali nak ngundi tahun ni.
ReplyDeleteTapi tak timbul soal dilemma pemilihan. Aku dah taw sape aku nak ngundi. Ubah tetap ubah....
pilihlah jalan kehidupan yang redhai oleh Allah, kalau kaya kena keluarkan zakat dan banyakkan sedekah jariah...
ReplyDeleteSebab khatib selalu baca teks tu yang buat org mengantuk tu. Takut sangat nak bagi org sampaikan khutbah tanpa teks.
ReplyDeleteBab dilemma pemilihan tu, sungguh sesuai untuk difikirkan2 di waktu2 terdekat ni kan JR? Supaya kita tak tersalah buat pemilihan. Nanti kena soal, kenapa pilih yang menjanjikan harta benda.