Jika korang tidak punya anak dan ingin mengambil anak angkat, berhati-hatilah. Seeloknya kajilah dahulu latar belakang ibu bapa anak angkat yang akan diambil.
Ini kerana mengikut kajian saintis bahagian otak penjahat seperti pembunuh dan perogol mempunyai tompok kejahatan (evil patch) di dalam otak yang diwarisi dari keluarganya. Tompok kejahatan inilah yang menjadi punca kejahatan seseorang di mana 66% daripadanya akan diwariskan pula kepada generasi berikutnya.
Dr Gerhard Roth daripada University of Bremen, Berlin menyatakan bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray.
Mengikut Dr Roth, tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap penjenayah yang dikajinya.
Dr Roth menunjukkan bahagian jahat dalam otak manusia
Dr Roth menemui tompok hitam itu ketika membuat kajian terhadap penjenayah-jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama.
Yang paling mengejutkan ialah kajiannya menunjukkan perbuatan jahat juga boleh diwarisi daripada genetik. Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66% generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom kejahatan yang sama.
Sebab itulah agaknya dalam Islam seseorang yang mahu kahwin dianjurkan melihat empat perkara dalam diri pasangannya iaitu pegangan agama, keturunan, paras rupa dan kemampuan kewangan. Mengapa keturunan pun perlu dilihat?
Ini kerana Allah sebagai pencipta manusia lebih mengetahui mengenai titik hitam kejahatan ini sebelum Dr Ruth menemuinya....
Sumber info: MailOnline
sbb tu kut wujud pepatah,bapa borek anak rintik...nak tgk perangai mak bapak..tgk la perangai si anak2nya
ReplyDeletemacam-macam sekarang ni kan..takut plak..hehe
ReplyDeleteHmmm, takut pulak.
ReplyDeleteMakanya...saya blm berani ambil anak angkat.
ReplyDeleteWalau ada yg suruh. Takmo amik risiko, kalau amik anak sedara sendiri tu okey la.
tapi kita tak boleh menghukum anak itu disebabkan sejarah hitam mak bapak dia..kesian sbb bapak dia jahat...anak pun dilebel jahat...sepatutnya mereka diasuh agar beralih ke arah lebih baik walau membawa genetik yg jahat
ReplyDeleteX-tray pun dah boleh tahu orang tue jahat atau tidak...
ReplyDeletesemoga kita tergolong dari suku keturunaan yang baik2..insha Allah
ReplyDeleteorg putih ni suka mengkaji.
ReplyDelete