»

21 February 2013

Sadis: Kanak-Kanak Disimen Jadi Patung



Belum pun reda berita seorang kanak-kanak lelaki yang dilambung-lambung bagai anak patung oleh pembantu rumah Indonesianya baru-baru ini, hari ni JR terbaca satu lagi kisah mengenai kekejaman terhadap kanak-kanak.

Tapi berita dari Surabaya, Indonesia ini lebih kejam dari kes penderaan yang berlaku di negara kita itu. Budak tak berdosa itu bukan lagi dilambung bagai anak patung tapi dihempas sampai mati oleh jirannya kemudian disimen menjadi anak patung. Sadis!!!!

Baca beritanya:

Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan umum Karang Tembok, Surabaya pada Selasa malam, ketika anggota keluarga dan ratusan penduduk kampung mengebumikan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga setengah tahun, yang dibunuh dan disimen menjadi patung oleh seorang jirannya.

Laporan media tempatan menyebut pembunuhan kejam Fahri Khusaeni Romadhon itu terbongkar tengah hari semalam apabila penduduk yang mencari kanak-kanak itu menjumpainya di belakang rumah seorang jiran di kawasan Jalan Endrosono, Surabaya dalam keadaan sudah menjadi patung simen, setelah mencari sumber bau busuk dari rumah itu.
    
Tanpa memecahkan simen itu, mereka sudah mengenali bahawa ia adalah jasad Fahri kerana rupa bentuk 'patung' itu mirip ukuran badannya dan penemuan itu terus dilaporkan kepada polis.
    
Fahri dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu.
    
Polis sudah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes itu dan sedang menyiasat motif pembunuhan.
    
Seorang jurucakap polis Daerah Pelabuhan Tanjung Perak, Surabaya berkata suspek dipercayai membunuh dengan cara menghempasnya beberapa kali ke lantai.
    
Berdasarkan pengakuan suspek, dia nekad membunuh Fahri kerana berasa sakit hati dengan bapa kanak-kanak itu dan dengan alasan takut dibunuh, suspek membunuh anak jirannya itu terlebih dahulu.
    
- Bernama

8 comments:

  1. manusia semakin hilang kewarasan

    ReplyDelete
  2. manusia akhir zaman semakin ramai yg tak waras... =='

    ReplyDelete
  3. sadisnya...macam2 hal laa sekarang ini...xtau nak komen apa...mmg zalim laa manusia sekarang nie

    ReplyDelete
  4. Saikonya la jiran macam tu. Menakutkan.

    ReplyDelete
  5. Ini bukan manusia, bukan haiwan dan bukan syaitan...

    ReplyDelete
  6. memang sadis sangat2...tue tanda kiamat kecil yg ke berapa erk?kanak2 di dera dan mati..

    ReplyDelete
  7. kasihan betul2 tak normal..akal dah dikuasai..Allah tu maha tahu, kematiannya tu macam tu..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....