»

24 January 2013

Tak Serik, Awei Nak Buka Kelab Malam Lagi!!!


Tak faham JR dengan orang Melayu yang bernama Awei ni. Korang kenal Awei penyanyi rock berbadan gempal dan berambut tocang tu kan?

Beberapa bulan lepas heboh juga dunia artis Malaysia dengan berita Awei buka sebuah kelab malam di Ipoh. Kelab malam tu bernama Malai Rock Station. Nama pun kelab malam kan, paham-paham aje lah, mana ada kelab malam yang hidangkan teh tarik atau ais bandung atau ABC? Juga mana ada kelab malam yang penyanyinya bertudung dan menyanyi lagu nasyid kan??

Lalu keluarlah beberapa gambar sensasi mengenai aktiviti kelab malam di Ipoh yang diusahakan oleh Awei tu:





Belum pun reda kisah kelab malam kepunyaan Awei di Ipoh tu, hari ni keluar lagi satu berita mengenai Awei nak buka kelab malam, bukan satu, tapi tiga kelab malam lagi:







HIBURAN

Awie Bakal Buka Tiga Lagi Kelab Malam
Awie
PETALING JAYA: Ketika tindakan penyanyi dan pelakon Awie membuka kelab malam di Ipoh, Perak dipertikaikan segelintir pihak, vokalis kumpulan Wings itu sebenarnya sudah merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan membuka tiga lagi cawangan baharu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dia tidak akan mengendahkan kritikan orang sebaliknya mahu mengembangkan kelab malam berkenaan yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi.
“Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.
“Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh,” katanya ketika dihubungimStar Online di sini, Rabu.
Awie berkata demikian sebagai mengulas laporan beberapa portal susulan perasaan tidak puas hatinya dengan pihak media yang bertanyakan perkara tersebut semasa malam gala filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dekat sini malam Selasa lalu.
Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti.
“Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?
“Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?” jelasnya dalam nada kesal.
Inilah bistro milik Awie yang terletak di Ipoh. Gambar petikan beritasemasa.com.
Tambahnya, perniagaan pusat hiburan bukanlah sesuatu yang baharu dan sudah ramai ahli perniagaan Melayu lain turut menjalankan perniagaan berasaskan hiburan seperti itu.
“Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.
“Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?
“Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?” soalnya yang berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi.
Sementara itu, mengenai watak Husin dalam filem sekuel kepada Hantu Kak Limah Balik Rumah yang dilakonkannya itu Awie berkata, komitmen pada kali ini adalah lebih mencabar kerana dia perlu menterjemahkan Husin yang berada dalam kedukaan selepas diisytiharkan muflis.
“Penceritaan filem kali ini lebih bersahaja tetapi berat. Watak Husin tidak jauh berbeza berbanding filem pertama Hantu Kak Limah Balik Rumah sebelum ini.
“Cuma pada kali ini dia kurang ceria kerana berada dalam keadaan murung dan bersedih selepas diisytiharkan muflis,” katanya yang baharu menamatkan penggambaran filemZombie Kilang Biskut.
SALAM MAULIDUR RASUL KEPADA AWEI!!!!

8 comments:

  1. salam jay ar
    Erm..sebenarnyakan..hehehe

    ReplyDelete
  2. aduhai... takde mende lain ke nak buat..

    ReplyDelete
  3. diorang keliru ni. mana halal, mana haram...

    ReplyDelete
  4. Amboi Awei... Kalo dah buat tu satu la nampak jahil dia. Jawapan dan komen dia tu pun memang takleh diterima. Dia ingat kalo dia kata dia tak reti jual nasik lemak sebab tak reti nanti tak kena soal ke, "kalo tak reti kenapa tak belajar?". Dah la ada niat nak buka kat Pahang.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. biarlah rezeki yg disuap ke mulut anak isteri dr rezeki yg halal tanpa syak wasangka.....insaflah

    ReplyDelete
  7. tak kan dia tak terfikir perasaan orang2 Melayu, saya tak pernah pijak kelab ni.tengok ja pun dah tahu kesan2 buruk..

    ReplyDelete
  8. tuelah pelik...tapi benarkan...awie memang poyo...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....