»

25 January 2013

Jangan Letak Pelita Atas Bumbung Rumah


Letak pelita atas bumbung rumah? Ada ke orang pernah buat macam tu? Kalau pelita yang sedang menyala tu tumbang apa macam....terbakarlah rumah tu!

Sebenarnya kata-kata "jangan letak pelita atas bumbung rumah", adalah sebahagian dari kata-kata Imam Shafie. Kata-kata lengkap Imam Shafie ialah "Jangan letak pelita atas bumbung rumah, tapi letaklah pelita di dalam rumah"

Maksud Imam Shafie dengan kata-katanya itu ialah seseorang yang ada ilmu janganlah menyimpan di dalam kepalanya saja tapi sebarlah ia, kongsilah ia  untuk masyarakat.

Tapi berapa ramai mereka yang ada ilmu menyebarkannya untuk masyarakat? Cikgu memanglah kerjanya menyebarkan ilmu. Begitu juga ustaz yang mengajar di sekolah, itu tugas mereka menyebar ilmu.

Tapi ada juga ilmuan agama yang walaupun belajar tinggi hingga ke Al-Azhar, ada Ph D dan ada macam-macam lagi degree dan sijil tanda pengiktirafan sebagai ilmuan agama, tapi mereka tidak suka menyebarkan ilmu mereka ketika masyarakat sangat memerlukan penglibatan mereka. Mereka lebih cenderung berdiam diri, seperti kata Imam Shafie mereka cuma menyimpan pelita atas bumbung rumah.

Mereka tak mau menggunakan ilmu mereka bagi membetulkan masyarakat yang tersasar. Mereka tak mau menegur masyarakat yang terkhilaf walaupun ada hadis yang berkata: "berkatalah yang benar walaupun pahit".

Malah ada yang demi periuk nasi rela menyembunyikan kebenaran, walaupun mereka tau perbuatan itu salah:

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui." (Al-Baqarah:42) 

Catatan: Entri ini JR tulis berdasarkan intipati khutbah Jumaat yang didengari di masjid sebentar tadi..

8 comments:

  1. hari ni solat di masjid dalam wilayah, isinya macam lari sikit daripada tajuk...

    ReplyDelete
  2. share resepi kat blog pun sebahagian dari ilmu juga... :)

    ReplyDelete
  3. mulut terkunci sbb takut dicop menyebelahi mana2 parti..:)

    ReplyDelete
  4. Menulis tentang pengalaman hidup diri sendiri ke dalam blog adalah perkongsian ilmu yang praktikal dan tak ada dalam silibus mana-mana universiti...

    ReplyDelete
  5. JR, kalau tak tahu maka lebih baiok berdiam diri, itu satu nilai ilmu juga. tapi kalau kita tahu dan nyata kita adalah saksi utama tu yang kena tampil ke hadapan . Bila kita berterus terang ada yang kecam ada yang marah...tetapi Allah bangga dengan kita..insha Allah

    ReplyDelete
  6. betul tue jr...masing2 buat bodoh utuk kepentingan mereka..

    ReplyDelete
  7. saya sudah confuse mana satu yg betul "fitnah yang datang dari bumbung-bumbung rumah" atau "jgn letak pelita atas bumbung rumah"....saya rasa saya patut sambung pengajian dlm bidang hadith klau cmni.ANyway, thanks for sharing.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....