»

01 January 2013

Sambutan 2013: Hiburan Vs Ilmu - Siapa Menang?


JR tak pasti sama ada malam tadi ada live di TV mengenai sambutan tahun baru 2013. Ini kerana anak-anak JR asyik menonton movie di TV yang mereka download daripada internet. Bila JR tanya di TV ada live sambutan ambang tahun baru ke atau tak, mereka jawab 'entah'. Seorang lagi kata 'kalau ada pun bulan best..boring tengok orang melalak di TV, tengok movie lagi best'.

Bila baca paper hari ni baru JR tau rupanya sambutan tahun baru 2013 di Dataran Merdeka malam tadi ada live di TV. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri masing-masing serta menteri-menteri kabinet turut hadir. Mengikut mStar  1,300 rakyat pelbagai kaum hadir. Baca di sini beritanya..


1,300 orang aje hadir tengok pesta hiburan bersama menteri-menteri di Dataran Merdeka?

Cuma JR tiba-tiba tersedak (baca paper sambil minum milo O) bila akhbar mStar (akhbar kerajaan) kata yang hadir sambutan tahun baru 2013 tu cuma 1,300 orang. Bukan ke biasanya ramai yang hadir di Dataran Merdeka? Lagi pun semua menteri hadir, ada konsert dari penyanyi-penyanyi terkenal lagi, ada countdown 2013, acara bakar duit (bakar bunga api)...tapi mengapa tak menarik minat orang ramai khasnya anak muda? Mengapa sikit sangat yang hadir?

Agaknya fikiran mereka dah dewasa dan tak minat lagi dengan hiburan melulu tu? Atau mereka pergi ke tempat lain.

Mungkin mereka ke sini kot:


120,000 hadir di majlis ilmu di Dataran Shah Alam malam tadi (sumber foto: www.budakbotak)

Di Dataran Shah Alam, Selangor malam tadi, Kerajaan Negeri Selangor  turut mengadakan sambutan tahun baru. Cuma berbeza dengan sambutan tahun baru di Dataran Merdeka yang dipenuhi acara hiburan, sebaliknya di Dataran Shah Alam seramai 120,000 orang (ada kata 140,000), kebanyakannya anak muda, menghadiri majlis ilmu yang diketuai oleh ikon remaja masa kini, Ustaz Azhar Idrus dan moderator, Ust Tuan Norhisham Tuan Padang. 

Antara acara sambutan ambang tahun baru di Dataran Shah Alam ini ialah persembahan sajak daripada pelakon Diana Amir dan Sembang Santai bersama Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Haslin ‘Bollywood’ bersama bekas jaguh bina badan Asia Datuk Malek Noor dan barisan artis terkenal Kamal Adli, Pierre Andre,  Aziz M.Osman dan Ali XPDC serta penyerang bolasepak Harimau Malaya Wan Zack Haikal.

Di bawah ni gambar-gambar majlis ilmu yang menarik 120,000 orang itu yang JR ambil dari lensa kamera Mohamadzan dan selangorku (kredit untuk mereka):


Bekas juara bina badan dunia, Datuk Malek Noor pun hadir


Abby Abady dan Diana Amir sembang santai bersama Ustaz Tuan Norhisham Tuan Padang.


Diana Amir menyampaikan sajak sambil diperhatikan oleh Aziz M.Osman dan Ali XPDC 


Artis Kamal Adli dan Pierre Andre pun hadir dalam majlis ilmu ni..


Penyerang sensasi Harimau Malaya, Wan Zack Haikal turut hadir

6
Solat berjemaah di Shah Alam, mengapa di Dataran Merdeka tak ada solat berjemaah?

Jadi sapa kata orang muda hanya berminat dengan majlis berbentuk hiburan dan maksiat saja? Ramai yang suka majlis berbentuk keagamaan dan ilmu sebenarnya, jika tak, tak kan hingga 120,000 yang hadir kan?

10 comments:

  1. Nampaknya majlis di shah alam lebih meriah dan berjaya menawan hati rakyat keseluruhannya. Terbaik.

    ReplyDelete
  2. Bestnya, tahun lepas pun ramai pergi ceramah ustaz azhar idrus. Tahun ni pun ada ceramah. Artis pun ramai yang ada. Memang seronok la, lagi meriah. Dapat Pahala, tak buang duit. Terbaik.

    ReplyDelete
  3. apa berlaku pada hadirin (kedua-dua acara) sebaik tamat program tu? harapkan yang baik-baik je...

    ReplyDelete
  4. Tapi sedih sebab kat Penang depa buat K-POP la pulak!

    ReplyDelete
  5. syukran alahmdulillah, ada kemajuan, hendaknya diteruskan amal2 yang baik. di tempat etuza, ada jg bakar2 panggang2 ayam tu, tunggu detik 12 malam, tapi etuza tak minatlah macam tu. Terima cal mak semalalam " tunaikan solat sunat" katanya..

    ReplyDelete
  6. detik 12 malam...saya dah bermimpi 2,3 episod dah...

    ReplyDelete
  7. Mmg jelas apa yg org muda mahukan. Tapi kerajaan macam buat2 tak faham je kehendak org muda. Sambutan kerajaan negeri selangor tu nampaknya lebih baik daripada sambutan di dataran merdeka. Cuma saya ternampak di kalangan audience, ada jugak percampuran lelaki dan wanita. Wanita bertudung labuh ada di kalangan penonton lelaki. *mungkin dtg bersama keluarga. Apa2 pun, antara 2 sambutan tu, nyata yang di Shah Alam lebih baik daripada yg satu lagi.

    ReplyDelete
  8. tu la..dok panggil artis terkinja2 melalak bukan itu yang rakyat nak..sebenarnya pemimpin kerajaan je yang kemaruk benda2 gitu..

    ReplyDelete
  9. sbnrnya naluri tiap insan nak kebaikan. ramai yg dahagakan program yg baik.

    Alhamdulillah skrg dah muncul program gini..sesuatu yg dinantikan selama ini. Harap pemimpin utama sedar..

    ReplyDelete
  10. memang bosan sanagt2 tengok rancangan tv..

    tengok menteri menyanyi suara ntah apa2 ntah

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....