»

01 January 2013

Azam Tahun Baru...Mengapa Perlu Mengarut?


Selalu rasa lucu dan nak tergelak bila datang tahun baru adalah saja azam itu azam ini yang kita dengar daripada orang...  

Beberapa tahun dulu, di awal tahun, ada seorang rakan tempat kerja JR buat survey dengan 10 rakan rapat, dia pergi tanya azam mereka. Dia catatkan apa azam mereka dalam buku nota yang selalu ada dalam poketnya. Enam bulan kemudian dia pergi jumpa 10 rakan-rakan itu tanya balik sama ada azam tahun baru mereka dah tercapai. Malangnya hanya seorang yang berkata azam tahun barunya - untuk kawin - telah tercapai. Seorang lagi yang azam tahun barunya untuk membeli rumah sendiri berkata dia terpaksa menangguhkan azam itu ke tahun depan kerana duit tidak mencukupi. Manakala lapan orang lagi dah tak ingat apa azam tahun baru mereka atau memberi jawapan tentang azam tahun baru yang 100% berbeza dari apa yang mereka katakan di awal tahun!!!

Itu yang membuat JR selalu nak tergelak dengan azam tahun baru. Ia sungguh mengarut!! Memang ada yang betul-betul berazam dan cuba mencapainya, tapi kebanyakan azam hanya satu idea karut...

JR sendiri sejak berumur 1 hari tak pernah ada azam tahun baru. Tanpa azam tahun baru pun, Allah masih membekalkan kita oksigen untuk dihirup dan keyakinan untuk meneruskan hidup. Dan dunia tak pernah pun kiamat kerana JR dan sebahagian kita tak punya azam tahun baru. Betul kan??

Sebenarnya pada pandangan JR, sikap menanam azam tahun baru cumalah sekadar ikut-ikutan, orang sibuk bercakap tentang azam tahun baru, kita pun terikut-ikut kononnya nak berazam juga. Hinggakan ada yang malu  bila ditanya apa azam tahun baru kerana idea itu tak pernah terlintas  dalam fikiran mereka sebelumnya. Lalu bila ditanya tentang azam tahun baru akan keluarlah idea-idea spontan  yang kadang-kadang sangat mengarut dan tak mungkin tercapai. Dan bila beberapa bulan kemudian ditanya tentang azam tahun baru yang pernah dikatakan dahulu, mulalah mata terkebil-kebil sebab dah tak ingat...

Sebenarnya masyarakat kita sudah di peringkat mudah merasa malu jika ketinggalan dari mengikuti idea-idea yang kononnya  terkini seperti azam tahun baru. Orang memasang azam, kita juga mahu berazam. Lalu bila ditanya kita pun mencipta azam tahun baru yang sebenarnya cuma secebis mimpi di siang hari.

Bagi JR, jika pun nak berfikir tentang azam, biarlah sesuatu yang bersifat harian dan bukannya setahun sekali.  Katakan pada diri setiap hari bahwa esok adalah lebih baik dari hari ini. Kita tak perlu menunggu akhir tahun untuk bermuhasabah diri, tiada salahnya setiap malam sebelum memejam mata, elok diingati kembali apa yang telah dilakukan  sepanjang 24 jam sebelumnya. Kiranya  ada yang tak kena, ada yang kekurangan, esok harus kita perbaiki.

Tapi jika korang masih terikut-ikut untuk membina azam tahun baru, silakan. Asalkan apa yang diazamkan jadi kenyataan tahun berikutnya atau sentiasa mengingati azam itu dan bekerja keras untuk mencapainya, ia memang sangat baik. Tapi jika azam tahun baru cuma angan-angan yang tak akan pernah diingati lagi selepas itu, jadilah seperti JR yang tak payah membuang masa untuk berfikir tentang azam-azam mengarut tu... 

Apa yang penting lakulah yang terbaik supaya hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini, insyaallah...

Nota: Entri ini cuma pandangan peribadi JR. Maaf kepada mereka yang memasang azam tahun baru, semoga korang sentiasa mengingati dan cuba mencapainya....

5 comments:

  1. tak perlu tunggu th baru utk buat perubahan dlm hidup kita...

    ReplyDelete
  2. azam baru cik oda ialah meng-carry forward segala azam yang tak pernah nye nak capai sejak dalam perut lagi. heh.

    ReplyDelete
  3. Azam ni sbnrnya kena ada jangka pendek & panjang. Kena tulis..baru bersungguh. kalau tak mmg skdr ikut2 jelah, org buat azam kita pun nak jugak.

    ReplyDelete
  4. Nasib la saya tak pernah berazam setiap kali tiba tahun baru ni. Malas nak fikir. cuba jadi yang terbaik je setiap hari.

    ReplyDelete
  5. Tak perlu thnbaru untk melakkan perubahan....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....