Korang ada pengalaman terjumpa duit yang bukan milik korang? Apa korang buat selepas menemuinya? Apa lagi jika jumlahnya banyak, beratus ribu ringgit, apa korang nak buat: lapor kepada polis atau jadikan duit beratus ribu ringgit tu sebagai hak milik sendiri....menganggap ia sebagai rezeki terpijak..
Atau korang akan menjadi seperti pemandu teksi ni:
Pemandu teksi pulangkan 3 juta bath
2 Januari 2013
BANGKOK - Seorang pemandu teksi mengambil keputusan untuk memulangkan empat kotak berisi 3 juta bath (RM300,000) kepada kakitangan trak penghantaran tunai selepas menjumpainya di tepi jalan raya dalam ibu kota, awal pagi kelmarin.
Pongsin Jirakulthawornpat, 45, berkata beliau menjumpai kotak berkenaan sewaktu melalui Jambatan Rama III.
"Saya dapati, kotak-kotak ini amat berat dan bimbang akan menyebabkan kemalangan, jadi saya bawanya pulang ke rumah.
"Pada keesokan pagi, saya dapati kotak-kotak ini mengandungi wang tunai dan dipunyai Syarikat Brink," katanya merujuk kepada syarikat keselamatan dan perlindungan di negara itu.
Sementara itu, seorang daripada kakitangan syarikat, Tossaphorn Rewnak, 35, mengakui kumpulannya telah kehilangan beg berisi kotak duit berkenaan sewaktu melakukan penghantaran tunai ke mesin juruwang automatik (ATM) Bank Komersial Siam, jam 1.45 pagi. - Agensi
Pongsin Jirakulthawornpat, 45, berkata beliau menjumpai kotak berkenaan sewaktu melalui Jambatan Rama III.
"Saya dapati, kotak-kotak ini amat berat dan bimbang akan menyebabkan kemalangan, jadi saya bawanya pulang ke rumah.
"Pada keesokan pagi, saya dapati kotak-kotak ini mengandungi wang tunai dan dipunyai Syarikat Brink," katanya merujuk kepada syarikat keselamatan dan perlindungan di negara itu.
Sementara itu, seorang daripada kakitangan syarikat, Tossaphorn Rewnak, 35, mengakui kumpulannya telah kehilangan beg berisi kotak duit berkenaan sewaktu melakukan penghantaran tunai ke mesin juruwang automatik (ATM) Bank Komersial Siam, jam 1.45 pagi. - Agensi
Lepas baca berita di atas, cuba baca pula satu lagi berita....juga mengenai duit:
Cuma cerita pertama di atas (kisah pemandu teksi yang baik hati) berlaku di Thailand, negara yang selalu digambarkan orang sebagai negara ramai samseng, popular dengan aktiviti pelacuran dan banyak berlaku kekacauan..
Cerita kedua di bawah ni pula berlaku di Malaysia negara yang selalu kita kata negara aman makmur, kaya raya dan penduduknya sentiasa berbudi bahasa:
Rabu, 19 Januari 2011
SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.
"Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.
Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.
Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.
Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.
Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.
Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.
(Sumber: Metro Online)
Soalan cepumas daripada JR: Jika korang terjumpa wang sebanyak RM300,000, apa agaknya korang nak buat? Adakah korang akan bertindak seperti pemandu teksi Thailand itu atau menjadi seperti segelintir orang Malaysia dalam cerita di atas?
walau 10sen pun tetap HARAM, takleh amik. Jadi darah daging..byk kesan buruknya.
ReplyDeletesaya penah nampak org sibuk angkut air tin/botol. Lorinya tergolek kat h/way. Ada tu satu family..dgn mak (bertudung) pun join. Memalukan.
sejujurnya jawapan saya-takkan amik hak org...haram tetap haram..
ReplyDelete``biasa terpijak duit syiling ja kt rumah hehe...~~
entahlah hahaha..bahaya, malu, saya memang tak ambil, sure, sebab memang tak nak lah duit macam tu,buang rezeki lah etuza kan. Sama lah ada etuza nampak duit rm 100.00 di tepi jalan masuk sebuah supermarket di Keningau, jauh baru nak tunduk nak pastikan duit kertas tul2, tiba-tiba satu kaki pijak hampir langgar etuza. Lelaki tinggi tu ambil dan masukkan ke poket. Hahaha..lantaklah dia...aku tak kisah pun..
ReplyDeleteJR situasi tu agak beda, yg kat malaysia, agaknya kalau diorang tak kutip pun akan ada orang lain kutip..so tu mereka ambil peluang..
ReplyDeleteTak berani nak cakap takut kata-kata makan tuan..he..he..
ReplyDeleteSemuanya bermula dengan NAFSU. Yang Thai punya story tu dia pandai kawal nafsu dia. Berbeza pula dengan situasi yang dibawah tu. Yang dibawah tu, mereka membiarkan NAFSU mengawal diri mereka. Makanya begitulah yang terjadi. Sikap seperti itu tidak boleh dibandingkan dengan keadaan sesebuah negara.
ReplyDeletekalau duit syiling, tak ambik sebab public phone susah nak cari sekarang...
ReplyDeletenampak jelas..yg dok berebut kutip syiling bertaburan tu adalah lelaki,..perempuan rasanya...tak mungkin..
ReplyDeleteKalau saya insyaAllah saya tak amik. Walaupun seposen. Rakyat Malaysia yg berebut tu, didikan agama dah la kurang, moral pun kurang. Ni rasanya ada kaitan dgn sistem pembelajaran di sekolah. Nampaknya tak berkesan.
ReplyDeleteLawak pulak tengok situasi dekat Malaysia tu. Tapi tu la realiti sebenarkan. Takut jugak kalau terkena dekat diri sendiri nanti. Mesti menggigil jumpa duit berjuta.
ReplyDeleteHukum jumpa barang, masih kabur lagi dalam undang-undang sivil. Tapi kalau JR nak tahu hukum dan caranya, ada dalam kitab bab jumpa barang. Ada yang boleh ambil dan ada yang tidak, malah banyak syaratnya.
ReplyDelete