»

26 January 2013

Rahsia Iddah: Saintis Yahudi Memeluk Islam


Setiap kali solat lima waktu, pernah tak korang terfikir mengapa solat Subuh cuma 2 rakaat, solat Maghrib 3 rakaat dan solat-solat lain 4 rakaat? Semuanya ada rahsianya.

Tak apalah, JR tinggalkan dulu rahsia bilangan rakaat solat lima waktu kerana JR pasti semua kita tau jawapannya.... 

Sekarang JR nak pergi bab iddah (edah) pula. Mengapa Allah menetapkan seseorang wanita yang bercerai perlu melalui tempoh iddah selama tiga bulan? Mengapa Allah tidak menetapkan selama sebulan, dua bulan atau lima bulan? Mengapa perlu tiga bulan? 

Segala perintah Allah ada rahsianya, hanya mereka yang berfikiran tajam dan bijak mencari akan menemui jawapannya:


Robert Guilhem adalah seorang pakar genetik dan tokoh Yahudi di Albert Einstein College of Medicine, New York, Amerika Syarikat.

Sebagai seorang ahli akademik dalam bidang perubatan, Guilhem tertanya-tanya mengapa Islam mensyariatkan setiap wanita yang diceraikan perlu menunggu sehingga habis iddah atau tiga kali suci daripada haid atau selama tiga bulan untuk membolehkan dia berkahwin semula. Hal ini ada disebut dalam kitab suci al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 228.

Berbanding dengan kepercayaannya dan juga gaya hidup masyarakat moden yang memperlihatkan agak ramai wanita kini tidak setia kepada hanya seorang lelaki, dia semakin berminat untuk mengkaji hukum yang masih diamalkan secara patuh oleh umat Islam di seluruh dunia.

Daripada kajiannya yang diterbitkan dalam societyberty.com, Guilhem mendapati, dalam setiap hubungan seks, lelaki akan meninggalkan tanda khusus pada pasangan wanitanya. Jika pasangan itu tidak bersetubuh dalam tempoh beberapa lama, tanda itu akan hilang secara perlahan-lahan antara 25 hingga 30 peratus.

Kemudian kata Guilhem lagi, tanda itu akan hilang secara keseluruhan setelah tiga bulan pasangan itu tidak melakukan hubungan kelamin. Selepas tempoh itu dan tanda atau sisik khusus suaminya hilang, perempuan yang diceraikan itu berada dalam keadaan sedia untuk menerima tanda daripada lelaki lain pula.

Itulah yang berlaku. Guilhem kemudian melakukan dengan mencari pembuktian lain di sebuah penempatan Muslim Afrika di Amerika Syarikat. Dalam kajiannya, dia mendapati setiap wanita yang telah berkahwin di perkampungan itu hanya mempunyai satu tanda daripada satu-satunya  pasangan mereka sahaja (bermakna wanita Islam yang berkahwin di sana cuma pernah mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki saja iaitu suami mereka).

Dia kemudian menjalankan kajian yang serupa di kawasan penempatan bukan Islam. Ternyata hasil yang didapati sangat berbeza. Wanita di kawasan penempatan bukan Islam didapati mempunyai tanda daripada dua hingga tiga lelaki. Ertinya, mereka menjalin hubungan seks dengan lelaki selain suami mereka sendiri.

Tidak cukup dengan itu, pakar berkenaan turut menjalankan kajian yang sama di rumahnya sendiri - ke atas isterinya sendiri. Malang si Guilhem!! Penemuan kajian itu walaupun berjaya, amat mengecewakannya. Ini kerana dia mendapati isterinya mempunyai tanda daripada tiga lelaki. Dan daripada tiga anaknya, hanya seorang daripada benihnya sendiri.

Usai kajian yang luar biasa itu, Guilhem akhirnya mendapati bahawa Islam bukan hanya semata-mata kepercayaan tetapi adalah satu sistem kehidupan yang mampu menjamin martabat manusia, termasuk wanita untuk sentiasa menjaga maruah mereka dalam kehidupan sosial. 

Dia akhirnya melafazkan syahadah dengan sepenuh-penuh keyakinan.
(Sumber: Sinar Harian 25.1.2013)


Robert Guilhem

6 comments:

  1. Islam itu Benar....Nice info JR...Lama tak singgah sini..

    ReplyDelete
  2. Ooo informasi berguna,... tq share

    ReplyDelete
  3. setelah lama tidak bertandang... hampir dua tahun rasanya...

    mudah-mudahan sentiasa sihat... Amiinn..

    ReplyDelete
  4. salam Jay Ar...
    Post yang mantap...padat.....amat berguna pada pembaca....
    Terima kasih Jay Ar sudi kongsikan...

    P/s ada info ttg saguhati yang TA katakan tempoh hari..moga terjawab keraguan Jay Ar...
    Happy blogging....

    ReplyDelete
  5. tq JR....Islam mmg agama yg suci

    ReplyDelete
  6. islam memang mementingkan kesucian..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....