Malam Jumaat datang lagi!!
Ada dua perkara yang orang selalu buat pada malam Jumaat. Pertama perkara baik seperti mengisi malam dengan bacaan ayat suci al-Quran, bacaan yasin dan tahlil. Kedua perkara tak baik apabila masih ada yang percaya malam Jumaat adalah penghulu segala malam untuk hantu keluar kacau orang. Sebenarnya iblis ni kalau nak kacau dia tak kira hari. Kerjanya pun dah termaktub dalam al-Quran dan hadis suka kacau manusia, apa peduli dia tentang hari Jumaat atau Sabtu?
Yang JR nak ceritakan malam Jumaat ini ialah tentang perkara tak baik. Ia ada kaitan dengan perangai iblis yang memang tak pernah puas melayan nafsu. Dan bagi iblis dalam melayan nafsu serakah kemaluan malu diletak ke tepi, sebab perkara nombor satu ialah memenuhi NAFSU.
Baca di bawah ni:
Lari tak tahan deraan seksual suami
10 Januari 2013
AMPANG - “Saya lihat depan mata ayah memaksa emak melakukan seks dan emak akan dipukul kalau enggan berbuat demikian,” luah kanak-kanak lelaki yang berusia 11 tahun, menceritakan penderitaan ibunya.
Dia berkata, lelaki itu (ayahnya) akan menghentak kepala serta memukul ibunya setiap kali wanita itu enggan mengadakan hubungan seks.
Menurutnya, dia tidak mahu tinggal lagi bersama lelaki itu kerana bimbang akan menjadi mangsa rogol satu masa nanti.
“Sekarang saya, emak dan adik menumpang di rumah saudara kerana mahu mengelak penderaan dilakukan ayah,” katanya ketika di Pejabat Dun Teratai bersama keluarganya bagi mendapatkan bantuan dan perlindungan, di sini, kelmarin.
Sementara itu, ibu mangsa, yang berusia 39 tahun memohon pihak bertanggungjawab mengambil perhatian mengenai perkara ini seterusnya menyelamatkan dia daripada keganasan suaminya.
Menurutnya, dia menjadi mangsa lelaki itu sejak 2003 dan akan didera sekiranya permintaan tidak dipenuhi.
“Suami akan mengeluarkan senjata tajam mengugut akan mencederakan anak-anak jika dia tidak dilayan.
Disebabkan tiada pilihan saya terpaksa memenuhi kehendaknya setiap hari walaupun depan anak,” katanya.
Dia berkahwin dengan lelaki itu sekitar 2000 ketika melancong ke Malaysia dan dikurniakan dua anak sepanjang perkahwinan mereka.
Sementara itu, Adun Teratai, Jenice Lee Ying Ha yang membantu mangsa membuat laporan polis berkata, akan mendapatkan perlindungan bagi membela nasib mereka.
Gila ke ape ni...dah tak tahan sangat sampai depan anak pun nak buat seks? Pergi la masuk bilik, kau nak buat 5 round ke 10 round ke lantaklah, tapi mengapa nak tunjukkan perbuatan suci memalukan tu di depan anak? Budak-budak tu masih kecik..nanti bila besar budak lelaki tu jadi perogol bersiri atau kalau anak pompuan bila besar jadi ratu filem lucah nak salahkan sapa?
Tak paham aku dengan sesetengah orang ni. Agaknya kena makan ubat kot supaya nafsu depa boleh kontrol sikit.
dulu2..masa kecik2...selalu diusik abg/kakak..malam jumaat ada hantu...roh org ati akan balik haha...nak ke toilet yg terletak kat luar rumah pun tak berani...
ReplyDeleteMemang giler
ReplyDeletememang jahat giler..
ReplyDeletetak malu langsung
Tu kira nasib baik anak dia tak jadi mangsa. Kalo dia terpa je kat anak dia.. huhu.. nauzubillah.
ReplyDeleteish2..macam2..
ReplyDeleteish3.. memang gila sex tuu..
ReplyDelete