Hari ni bila terjaga tidur tengok jam dah dekat pukul 7.00 pagi. Penangan tidur lewat malam tadi, layan movie Batman di TV bersama anak-anak! Alamak solat Subuh belum lagi, jerit hati JR! Cepat-cepat selak kain langsir, tengok hari masih gelap..alhamdulillah masih ada waktu untuk solat Subuh kerana sekarang pukul 7.30 pagi baru matahari terbit.
Lalu cepat-cepat ambil air sembahyang (mengapa rasa janggal jika sebut air solat??), nasib baik tak perlu mandi hadas, jika tidak mungkin terlewatlah Subuh JR pagi ni.
Jangan main-main dengan waktu solat, terutama solat Subuh:
SEKSA MENINGGALKAN SOLAT
"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orang-orang yang bersembahyang." (AlMudathsir:42,43)
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:-
Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.
Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.
Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.
Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.
Isyak:
Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini (bumi Allah) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak gerinya adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.
saya mesti terjaga jam 5 pagi,walau tak on alarm...sbb dah mmg waktu tu time bangun..walau hari cuti...
ReplyDeletealhamdulillah jam 5.30 pagi,mandi dan solat sunat subuh sblm azan berkumandang...
muhasabah diri....
ReplyDeleteentri tuan yang terbaik; simple dan menyegarkan jiwa ini yang masih lalai...
ReplyDeleteita memang dah set jam kul 6...
ReplyDeletekalau tak set jam..takde sapa nak kejut..huhu