»

07 January 2013

Alhamdulillah Dia Tak Jadi Datang...


Malam tadi JR terlihat di TV  berita tentang satu ribut tropika ganas dikenali dengan nama Sonamu diramalkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia sedang menuju ke negara ini. Ribut selaju 60 - 70 km sejam itu diramal menuju ke arah negeri-negeri Pantai Timur -  Kelantan, Terengganu dan Pahang dari arah Laut China Selatan mulai  hari ini (Isnin) hingga Rabu.

Menurut Jabatan Meteorologi, ribut itu dijangka mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan rendah di negeri-negeri berkenaan dan laut bergelombang yang mungkin menjadi ancaman kepada kawasan tepi pantai.


Menakutkan kan? Bayangkan kelajuan ribut 70 km sejam, bukan saja bumbung rumah boleh terbang, malah anak kecil yang digendong juga boleh hilang dibawa angin!

Bila JR buka beberapa blog banyak yang menokok tambah berita itu dengan ramalan-ramlaan liar seperti akibat ribut ganas itu akan berlaku tsunami di Pantai Timur, malah ada kata ribut itu juga akan berkembang melanda pantai Barat Semenanjung, termasuk Kedah. Yang bercakap tu bukan dari sumber  Jabatan Meteorologi, tapi ialah bloggers yang suka tengok muka orang pucat bila mendengar ramalan mereka yang berlagak seperti ahli nujum pak belalang tu.

Tapi syukurlah, baru sebentar tadi JR tonton TV yang menyatakan ribut itu yang sekarang masih berada di Laut China Selatan telah menjadi semakin lemah dan ribut kencang sekuat 60 - 70 km sejam seperti yang diramalkan sebelum ini tak akan menjadi kenyataan. Tapi penduduk diingatkan hujan lebat beserta petir mungkin masih akan berlaku..

Apapun bagi JR kita masih perlu berhati-hati. Bila Allah mau menduga hambaNya, Dia tak perlu memberi amaran, bencana boleh diturunkanNya dengan tiba-tiba seperti ribut Greg yang melanda Sabah dulu...

Sisipan Berita:


Korang pernah dengar tentang ribut Greg? Mereka yang tinggal di Sabah, apa lagi di Keningau pasti tak dapat lupakan serangan ribut Greg pada 26 Disember 1996 dengan kelajuan 80 km sejam yang menyebabkan 200 orang terbunuh ditelan banjir besar akibat ribut ganas yang tak dijangka berlaku itu. Baca berita ini:


Pada mulanya ia hanya desiran angin yang sesekali mengutuskan rasa nyaman di kalangan penduduk beberapa daerah terutama di Keningau, Sabah.

Kemudian, desiran angin mula disertai hujan yang lebat mencurah. Dentuman guruh dan paluan kilat mengiringi bertalu-talu. Seterusnya dalam kegelapan malam, ketika jam menunjukkan sekitar 4 pagi pada 26 Disember 1996, angin itu mula berdesir semakin laju sehingga mencecah 80 kilometer sejam.

Rumah dan kediaman di beberapa daerah sekitar Sabah terutama di Keningau mula runtuh dilanda kelajuan angin berkenaan; pelbagai objek mula berterbangan, air sungai mula melimpah dan banjir kilat besar berlaku.

Angin sudah menjadi sesuatu yang menakutkan pada malam itu, ia sudah menjadi ribut ganas. Kebanyakan penduduk yang sedang tidur ketika itu terjaga dalam ketakutan.

Suasana terus menjadi kelam-kabut dan riuh-rendah suara jeritan penduduk yang cemas tenggelam dalam ribut yang semakin menggila. Seolah-olah alam sedang mengamuk malam itu, tidak pernah petaka sedahsyat itu berlaku di kawasan terbabit sebelum ini.

Segera penduduk meluru keluar dari rumah dalam himpitan perasaan penuh cemas dan takut. Meredah ribut dengan paluan angin dan tikaman air hujan tanpa henti, mereka berlari untuk mendapatkan perlindungan.

Pada malam itu, satu tragedi yang paling dahsyat direkodkan berlaku di negara ini, tidak pernah tragedi seteruk itu sebelum malam berkenaan.

Ribut Tropika Greg melanda Sabah dengan kawasan paling teruk terjejas adalah Keningau manakala Kota Kinabalu, Papar, Sipitang, Tuaran, Beaufort hanya mengalami kerosakan kecil.

Bencana alam itu mengorbankan mangsa paling ramai dalam sejarah tragedi bencana alam di Malaysia; lebih 200 mangsa terkorban dan 102 lagi hilang dalam ribut yang berlaku selama kira-kira lima jam, bermula jam 1 pagi dan berakhir sekitar 6.30 pagi.


(Sumber: Berita Minggu 28.12.1996)



Semoga Allah melindungi kita dari dugaan yang kita tak mampu menghadapinya....

6 comments:

  1. alhamdulillah....
    takut jugak moga duk kat pantai timur

    ReplyDelete
  2. walau pun tak jadi, tetap jugak kena bersedia. ribut yang tiba hanya akan menyapa apabila hampir... tak gitu?

    ReplyDelete
  3. memang ngeri tu greg di Keningau, sungai kecil ja tu..sesungguhnya kalau Dia dah takdirkan sekelip mata saja..marilah ambil iktibar dan selalu ingat padaNya

    ReplyDelete
  4. sesekali alam mengamuk,sbg peringatan kpd manusia yg leka..

    ReplyDelete
  5. JR perasan tak, kalau bencana yang diramalkan berlaku, biasanya tak berlaku pun. Tapi yang kita langsung tak jangka dan takde sape ramal tu lah yg akan berlaku dgn dahsyat.

    ReplyDelete
  6. jay ar./
    Kalau blog tulisan mereka tak ditokok tambh tanpa fakta yg menyokong tulisan mereka,tak sedaplah dibaca.
    Hehehehehe
    Tirana ingat 5 sblm dtgnya 5.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....