Cerita 1: Ketika itu usia JR 10 tahun. Suatu hari JR dan rakan bernama Man pulang ke rumah kira-kira setengah jam lepas waktu Maghrib kerana gila bermain bola di padang sekolah. Untuk pulang kami perlu melalui di depan rumah aruah Pak Kob yang baru meninggal seminggu yang lalu.
Ketika tiba di depan rumah aruah Pak Kob tiba-tiba kami yang berjalan kaki rasa sangat aneh kerana ternampak seseorang seperti Pak Kob sedang berdiri atas tangga rumahnya. Bila kami memerhatikannya, dalam kegelapan ternampak dia membuka pintu memasuki rumah. Kami terkejut, kerana kami tau Pak Kob dah seminggu mati dan dia tidak punya waris di kampung itu.
Cerita 2: Masa JR mula-mula kawin dengan isteri dulu, isteri menceritakan kisah datuknya yang mempunyai ramai isteri. Salah seorang nenek tiri isteri JR sangat cantik berketurunan diraja Kedah. Malangnya kata isteri JR, datuknya tak pernah berjaya meniduri isterinya. Setiap kali dia cuba mendekati isterinya seperti ada tangan yang menamparnya, walaupun tangan yang menamparnya itu tak pernah kelihatan. Dan setiap malam datuk kepada isteri JR walaupun tidur sebilik dengan isterinya tapi bila bangun dia mendapati berada di tempat lain: di dapur, di ruang tamu atau dalam bilik air.
Bila ditanya isterinya, wanita itu meminta maaf kerana katanya walaupun suaminya dah lama meninggal tapi setiap malam 'aruah suaminya' akan pulang untuk menidurinya. Dan 'aruah suaminya' yang dah meninggal itu akan marah jika melihat ada lelaki lain yang cuba mendekati isterinya. Kerana itulah datuk isteri JR tak pernah berjaya meniduri isterinya..
Kerana tak tahan dengan gangguan itu lepas 10 hari berkahwin, datuk isteri JR menceraikan isterinya.
Tapi benarkah suami yang meninggal boleh pulang untuk meniduri isterinya?? Dan benarkah roh orang yang dah mati boleh pulang ke rumahnya seperti aruah Pak Kob yang JR ceritakan di atas?
Dan ini jawapannya dari ustaz:
Soalan:
Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya:
i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?
Hamimah Abdullah
Banting, Selangor.
Jawapan:
Puan,
Menjawab soalan pertama, di sini ada dua episod daripada soalan ini, pertamanya, mendatangi isteri setelah suaminya meninggal iaitu ‘tidur bersama’, mungkin berlaku sebagai suatu mimpi indah atau keduanya, benar-benar berlaku dalam keadaan sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya yang terdahulu.
Kalau berlaku itu atas nama mimpi, memanglah ia sesuatu yang mungkin, lebih-lebih lagi berlaku kepada isteri yang amat menyayangi suaminya yang telah pergi menemui Allah lebih dahulu daripadanya.
Adapun mendatangi isteri dalam maksud ia benar-benar sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya maka ini adalah tidak mungkin dan tidak boleh berlaku kerana orang yang telah meninggal telah berpindah ke alam baqa’ – alamul khulud – yang bermula daripada kubur.
Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),”Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia.”
Adapun yang berlaku setelah yang didakwa oleh banyak orang, khasnya kepada saya, puan mesti yakin bahawa itu bukanlah suami yang sebenar.
Kalaupun berlaku sungguh, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qareen. Qareen ini memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51 yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang menghadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen.
Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan.
Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami terdahulu.
Oleh sebab itu puan tidak seharusnya mempercayai bahawa ‘dia’ adalah suami puan, kerana suami puan yang sebenarnya telah kembali ke rahmatullah.
(Dipetik dari kitab: “Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan – Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din”).
JR ppp penah gak dengar citer ni.. tapi tak tahu le betul ke tak kan?? emm macam seram jer dgr :P
ReplyDeleteCemana plak dgn jin belaan ke yang menyerupai tuan dia yg dah mati? Aihh.. siap bergaul lagi...
ReplyDeleteMinta diajuhkan dari berlaku dalam keluarga IM. tak mahu sesangat!
ReplyDelete