»

29 December 2012

Selamat Datang Ke Kelab Obesiti


Reaksi pertama JR bila jumpa kawan-kawan lelaki JR (terutama yang dah lama tak jumpa) yang didapati "mengandung" 5 hingga 9 bulan ialah dengan "menumbuk manja" atau mengusap perut mereka.

Dan kawan-kawan yang ditumbuk perut itu biasanya akan ketawa selepas menerima "belaian manja" sebegitu. Tapi itu biasalah, bila dah kawin bentuk fizikal badan turut berubah. Makan cukup (sebenarnya lebih dari cukup!) kurang masa untuk bersenam (main game internet ada masa pula!), metabolisme yang semakin berkurangan sejajar dengan peningkatan usia adalah antara faktor ramai lelaki "mengandung" anak yang tak pernah lahir-lahir tu.

JR selama ini menyangka JR tak akan menghadapi masalah obesiti. Maklumlah hampir setiap hari berjoging (kecuali Jumaat dan Sabtu), selalu cuba mengelakkan makanan berlemak dan berkalori tinggi hingga isteri selalu kecik hati kerana masakan lazat-lazat yang dimasaknya disentuh sikit-sikit saja, malam pula  jarang-jarang makan (kalau rasa kebulur sangat cuma makan 2 keping roti), JR rasa tak akan menghadapi masalah obesiti. Kawan-kawan pula selalu memuji masih dapat mentained badan sama seperti dulu menyebabkan JR selalu rasa diangkat bakul.

Dengan ketinggian 1.68 meter, berat badan yang paling ideal bagi JR (mengikut info sihat KKM) ialah antara 52-65 kg. Tapi bila diukur berat badan sebentar tadi, berat badan JR ialah 68 kg. Dah terlebih 3 kilo rupanya!! Walaupun di rumah memang ada alat timbang badan, tapi JR jarang-jarang menggunakannya kerana biasanya berat badan JR adalah sekitar 62-65 kg saja. Tak sangka pula ia dah naik perlahan-lahan...Mungkin sekarang musim kenduri kot, pernah pergi makan kenduri 6 rumah satu hari...Atau memang faktor metabolisme yang semakin menurun...

Jadi sekarang JR dah boleh masuk kelab obesiti. Tapi kadang-kadang pikir apa nak risau sangat dengan masalah obesiti jika Timbalan Menteri Kesihatan yang selalu menegur rakyat Malaysia supaya mengamalkan gaya hidup sihat pun bukan dalam golongan slim, betul tak?

Timbalan  Menteri Kesihatan (kiri)

Sapa berminat nak joint kelab obesiti bersama JR, boleh hubungi nombor talian berikut:

017-4**6**4

Keahlian kelab percuma..Antara kegiatan kelab yang dicadangkan ialah 

i)   peraduan makan nasi beriani paling banyak 
ii)  peraduan tidur paling nyenyak  
iii) peraduan duduk depan TV dan PC/laptop paling lama

Jika berminat nak masuk kelab ni, jangan lupa hubungi JR. Banyak jawatan AJK masih kosong belum diisi...... 

2 comments:

  1. hahaaa! alamak, baru nak cerita pasal sindrom suami mengandung ni...

    ReplyDelete
  2. Aku pun nk joint jugak...

    -Romtimur

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....