»

29 December 2012

Kisah Polis Dan Rogol Pelajar


Jika korang jenis spesis manusia yang suka menonton berita TV, antara berita terhangat minggu ini ialah kekacauan di India akibat kes rogol terhadap seorang pelajar perubatan perempuan berusia 23 tahun. Tiba-tiba saja akibat kes rogol itu rakyat India naik angin. Mereka menyerang polis yang didakwa tak ambil kisah tentang kes rogol yang sering berlaku di India. Malah dalam banyak kes polis tak mahu menerima laporan wanita dirogol. Bagi mereka kes rogol tak penting.


Itu yang buat rakyat India begitu marah dengan polis mereka. Nampaknya apa yang difilemkan dalam filem Hindustan: polis rasuah, polis buat kerja main-main, ketua polis berkawan dengan gangster benar-benar sebuah realiti di India.


Tapi sekali ni rakyat India dah tak sabar dengan kelakuan polis dan kerajaan yang tak ambil berat bagaimana nak mengatasi jenayah. Tunjuk perasaan diadakan di seluruh negara bagi mengecam polis dan kerajaan sejak seminggu lalu, selepas seorang pelajar wanita berusia 23 tahun dirogol sekumpulan enam lelaki di dalam sebuah bas, memukulnya dengan besi dan kemudian perogol mencampakkan gadis itu dari bas yang sedang bergerak laju.

Bayangkan kesakitan gadis itu - dirogol beramai-ramai dalam bas, dipukul dengan besi dan dicampak keluar dari bas yang sedang bergerak. Jadi tak heran bila rakyat India yang marah mengamuk meminta polis bertindak terhadap penjenayah. Menurut bilik kawalan polis di New Delhi seorang anggota polis telah meninggal dunia dan 100 orang termasuk 60 anggota polis cedera dalam pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan.

Dan bagaimana dengan mangsa rogol itu sekarang? Berita terbaru dari Singapura ialah mangsa rogol tersebut yang telah dihantar oleh kerajaan India bagi mendapat rawatan lanjut di Hospital Mount  Elizabeth Singapura telah meninggal dunia jam 4.45 pagi tadi.

Bagaimana jika kejadian yang sama berlaku di Malaysia adalah korang ingat rakyat Malaysia akan mengamuk meminta keadilan diberi kepada mangsa rogol seperti apa yang berlaku di India? Atau rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat sopan santun ini akan buat tak kisah atas apa yang berlaku dan sambil minum teh tarik di gerai tepi jalan berkata, "Ah..nak rogol pun rogollah, yang dirogol tu bukan anak bini aku, ada aku kisah??"

JR sendiri pernah mengalami beberapa kenangan tidak manis ketika membuat laporan polis. Pernah rumah JR kena samun tiga kali dalam tempoh setahun. Dalam kes samun kali kedua semua barang kemas isteri dan duit kami yang bernilai RM12,000 dikebas penyamun. Bila buat laporan polis, sambil senyum dan menyanyi kecil polis lelaki yang menerima laporan berkata: "Kes macam ni biasalah encik..ada kes lebih teruk dari ni pun berlambak setiap hari..." Ketika itu rasa nak tampar saja muka polis tu, mungkin bagi dia kes samun perkara biasa, RM12,000 tu nilainya kecil, tapi bagi rakyat marhaen macam JR menghadapi trauma disamun bukan perkara biasa dan hilang RM12,000 juga bukan perkara biasa..

Tahun lepas kereta JR dilanggar lari orang berdekatan R&R Seremban ketika pulang dari Batu Pahat. JR dapat mencatatkan nombor kereta yang menghentam JR. Bila nak buat laporan polis, polis tu seperti memperlekehkan laporan yang JR buat. Cara dia memberi nasihat seperti bermaksud jika buat laporan polis cuma membuang masa JR (atau buang masa polis?) kerana nanti perlu turun naik mahkamah di Seremban, sedang JR tinggal di Alor Setar. Tak baloi, katanya. Tapi bagi JR bukan baloi tak baloi masalahnya, tapi keadilan perlu ditegakkan.

Sampai sekarang JR tak tau apa jadi dengan kes langgar lari tu, sama ada polis siasat atau tidak kereta yang melanggar kereta JR itu, walaupun ketika membuat laporan polis, mereka berjanji akan menyiasat dan memberitahu JR perkembangannya. Mungkin fail laporan polis tu dah hilang atau dimakan anai-anai.....

3 comments:

  1. 1. Pernah alami macam kes pertama. Dah la tunggu IO ke rumah sampai malam, yang datang cuma fotografer je. Lepas ambik gambar pisau dengan bumbung yang jadi laluan pecah masuk, terpaksa dengar dia perli pulak.

    2. Sampai sekarang menunggu filem malaysia yang betul2 selari dengan realiti...

    ReplyDelete
  2. ya..betul2 mcm dalam filem kes kat India tu...

    ReplyDelete
  3. setiap musibah yg menimpa ada hikmahnya jay ar..
    Kalau ta di tempat jay ar..mungkin tindakkan yg sama ta lakukan...
    Ada hikmah dan tuhan nak duga jay ar tu..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....