»

15 December 2012

Sati (Sehidup Semati): Sanggup Ke????


Sebenarnya entri ni JR nak publish petang semalam. Tapi tak jadi untuk beri laluan kepada entri lain. Jadi JR peram sekejap, harap-harap bila keluar hari ni entri ni tak jadi pekasam atau budu atau cincalok..(Kalau jadi pun tak pa jugak sebab JR memang suka makanan jenis-jenis peram..)

Petang semalam hujan lebat di Alor Setar (la ni pun ujan jugak..). JR tak ke mana-mana petang semalam. Tanpa hujan pun JR tak akan ke mana-mana kerana petang semalam kaki JR kurang sihat..

Sambil lepak-lepak di hall rumah petang semalam, ternampak di TV3 dokumentari menarik:  'Dunia Tersembunyi'. Sejujurnya JR jarang ada masa tengok TV kecuali waktu malam. Tapi siaran 'Dunia Tersembunyi' petang semalam  dengan tajuk 'sati (satee)'  mengingatkan JR kepada subjek sejarah India yang dipelajari semasa di sekolah menengah dulu.

Korang pernah dengar tentang sati atau satee? Bukan sate benda cucuk-cucuk yang dipanggang dalam bara arang tu, tapi sati

Bagi yang tak tau apa itu sati , kalau korang tanya orang Hindu pasti mereka tau jawapannya. Tidak pun tanya cikgu yang ajar subjek sejarah, rasanya mereka tau juga kot..

Sati sebenarnya ialah amalan budaya Hindu kuno. Mengikut amalan agama  Hindu kuno itu jika suami meninggal dunia, isterinya perlu juga mati bersama-sama suami. Upacara membakar mayat suami akan diikuti dengan upacara  isteri yang dibakar hidup-hidup bersama mayat suaminya. 

Sati..isteri kena ikut suami mati..

Mengikut dokumentari yang JR tonton petang semalam,  tradisi ini mula diamalkan sejak 700 tahun lalu terutama di bahagian utara India. Ia dilaksanakan mulanya atas dasar kerelaan, tapi lama-lama ia menjadi adat yang dipaksa kepada setiap isteri. Kalau suami mati, isteri juga wajib mati bersama! Isteri akan disiapkan dan kemudian dia dihumban ke dalam api untuk mati bersama mayat suaminya.

Jika ada isteri yang enggan mati bersama mayat suami, dia akan ditangkap dan dipaksa untuk mati sebagai tanda kesetiaan sehidup semati.

Tapi bagaimana jika si-isteri berjaya melarikan diri dari mati dibakar hidup-hidup bersama mayat suami? Si-isteri yang menjadi janda dan enggan mati bersama mayat suami akan dihina seumur hidup sebagai pembawa nasib malang dan akan disisihkan masyarakat dan juga keluarga sendiri.

Tapi adat isteri yang wajib mati bersama suami ini tak wujud lagi sekarang di India. Pada 1987 seorang isteri yang kematian suami telah dibakar hidup-hidup di sebuah kampung di Rajashtan, India, yang masih berpegang kepada adat 'sehidup semati' ini. Ia menimbulkan kemarahan aktivis-aktivis wanita India yang meminta Kerajaan mengharamkan adat kuno itu. Akhirnya kerajaan negeri Rajasthan mewujudkan undang-undang yang membawa hukuman berat kepada sesiapa yang masih berpegang kepada adat sati.

Oleh itu kepada pasangan yang bercinta jangan mudah bercakap mengenai janji sehidup semati. Bayangkan isteri yang menjerit dan melolong apabila mereka ditangkap dan dihumban hidup-hidup dalam unggun api bersama mayat suami mereka...

4 comments:

  1. erk... peliknya adat tuu... ish3

    ReplyDelete
  2. siannyer lah..
    buat nyer ada anak2..jenuh lah budak2 tu dah mak mati kena humban..

    apa punyer adat pun tak tahu lah

    ReplyDelete
  3. baru cr tahu....memang syirik adat mereka...

    ReplyDelete
  4. Hmm baru tau pasai sati ni sbb sbjek titas uni. Ni msyarakat jahiliyah pnya adat . Nasib skrg dh tkde

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....