Korang dah sarapan ke pagi ni? JR baru saja sarapan. Memang pagi-pagi perut JR sukar nak terima makanan, lepas pukul 10.00 baru ada sedikit rasa lapar.
Untuk orang dapur yang sedang berfikir nak masak apa tengahari ni, apa kata jika korang cuba menu enak ni: belalang goreng berempah.
Cara nak buat belalang goreng berempah mudah saja:
Bahan-Bahan:
1. Secawan besar belalang kunyit atau belalang padi
2. Serbuk cili berempah dari apa-apa jenama yang ada di kedai runcit atau supermarket
3. Serbuk kunyit dan sedikit garam
4. 4 sudu besar minyak masak
Cara membuatnya:
1. Bersihkan belalang kunyit atau belalang padi
2. Gaulkan belalang tersebut dalam serbuk cili berempah
3. Boleh tambah sedikit kunyit dan garam secukup rasa, jika perlu
4. Goreng belalang hingga garing
5. Angkat untuk dihidangkan
Mudah aje kan? Budak 10 tahun pun boleh buat!
Tapi sebelum nak sediakan hidangan yang sangat lazat ni JR nak tanya dulu korang, korang pernah makan ke belalang goreng?
Apa...ada yang kata jijik dengan belalang? Tak kan makanan yang dimakan oleh Rasulallah pun korang kata jijik?
Hadis sahih mengenai makan belalang:
"Daripada Abdullah bin Aufa r.a: Aku ikut perang bersama Rasulallah S.A.W sebanyak tujuh peperangan dan kami selalu makan belalang". (Hadis sahih Muslim: 3604)
Sebenarnya JR masa kecik, maklumlah orang kampung..., memang sangat suka makan belalang. Kami budak-budak zaman tu mana ada komputer, laptop, malah rumah yang tak ada TV pun masih banyak ketika itu. Kadang-kadang masa tengahari sementara nak tunggu masakan mak siap, kami budak-budak berpakat menangkap belalang kunyit atau belalang padi. Kemudian balik rumah ambil kuali dan sedikit minyak masak. Cari sedikit kayu kering untuk dijadikan api. Lepas itu masak ramai-ramai belalang di bawah pokok.
Rasa belalang goreng memang sangat sedap...kenikmatan yang menakjubkan...belum cuba belum tau!!!
Yang lebih menggamit selera, korang tau apa??
Yang lebih menggamit selera ialah ketika belalang ini digoreng ia mengeluarkan aroma yang sangat harum menusuk kalbu yang tak terbanding dengan kata-kata. Apa lagi bila makan belalang goreng di bawah rimbunan pokok di tepi sawah dengan hembusan bayu sepoi-sepoi bahasa....sungguh menyelerakan..
Tapi itu cuma nostalgia semasa kecik. Bila teringat aroma lazat belalang goreng, terasa nak masuk terowong waktu kembali ke zaman kanak-kanak dulu!
Tapi kebanyakan kita sekarang tinggal di kawasan perumahan, mana nak dapatkan belalang kunyit atau belalang padi yang cuma ada di kawasan berdekatan bendang yang belum tercemar dengan baja kimia? JR dah pergi banyak pasar malam di KL, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah, tapi belum pernah terjumpa orang jual belalang goreng. Kalau ada memang sure JR nak beli punya. Makanan Nabi...sapa yang nak tolak jika ada rezeki?
Belalang...harganya RM30 sekilo (Pix: sinarharian)
Korang tau mengapa tiba-tiba JR menulis entri mengenai belalang goreng? Ini kerana tiba-tiba pagi ni JR terbaca cerita mengenai belalang goreng dan belalang goreng berempah yang masih menjadi makanan kegemaran penduduk Kg. Teratak Batu, Pasir Puteh, Kelantan, di dalam akhbar Sinar Harian.
Untuk makluman korang, makanan eksotik ini bukan saja enak malah mengandungi khasiat yang mampu menyelesaikan beberapa masalah kesihatan seperti sembelit, buasir dan dapat menjadi penawar gigitan binatang berbisa.
Kalau korang nak cuba merasai makanan yang sungguh sedap ni, korang yang kebetulan orang Kelantan atau saja-saja nak bercuti di negeri Tok Guru sempena musim cuti-cuti Malaysia ni, korang boleh membelinya di pasar malam atau pasar minggu Kg Teratak Batu, Pasir Putih. Harga jualan belalang padi dan belalang kunyit goreng cuma RM5.00 untuk 100 gram dan ia dikatakan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Pembeli sedang mendapatkan belalang di pasar minggu Kg. Teratak, Pasir Puteh (pix: sinarharian)
Atau jika korang nak beli belalang ni mentah-mentah untuk dibawa balik dan menggorengnya di rumah ia dijualnya pada harga RM30 sekilogram.
Tapi itulah masalahnya...kena pergi ke Pasir Puteh pula untuk dapatkan makanan eksotik yang ada aroma dan kelazatan tersendiri itu....
Atau korang pernah dengar ia ada dijual di tempat lain??
owah..betul2 pula ada dijual belalang goreng ni, sama juga masa zaman kanak2 ...rangup
ReplyDeletetak lalu nak makan...ingat satria baja hitam..hahaha
ReplyDeletePatutla IM dah lama tak nampak belalang kunyit la ni...
ReplyDeletemmg boleh di makan....
ReplyDeletetp sy x lalu nk makan hehehee
Heee~
ReplyDeleteSuka tengok orang makan. Tapi tak berani cuba. Tapi memang banyak serangga yang banyak protein kan?
Tapi masih tak berani cuba. Huhu
kalau belm masak rasa geli tengok...tapi bila dah masak, makan garing2 rasa sedap jugak kan..pernah makan ms kecik2 dulu
ReplyDeletemasa saya kecik2 dulu...lps musim menuai..acara menangkap belalang ni sungguh meriah...
ReplyDeletebiasanya kanak2 yg cari,tangkap...bawak balik..
tp mak saya tak pernah masak...dan saya tak pernah makan hehe...tak lalu..
Tak tergamak plak nak makan. Huhuhu...
ReplyDeletexmolah...banyak lgi benda sedap boleh makan
ReplyDeleteerkk . kesian dekat belalang . heheh
ReplyDeleteTak pernah makan pun belalang ni. Dekat kl mana nak carikan. Tapi utk 1st time macam saya ni macam tak lalu pulak nak makan. Hehe
ReplyDeletemasa kecik2 dulu ita selalu makan..ikut kawan2 redah kampung...
ReplyDeletesekarang ni rasa tak lalu nak makan
kecik2 dulu pernah makan hihihi....rasanya cam udang kering..
ReplyDeleteBESTNYA..LAMA TAK MAKAN
ReplyDeleteHi, nak tanya.
ReplyDeleteKat mana ada jual belalang dan kirim ke Selangor?
Terima Kasih :)
belalang memang bijak.. sampai bapaknya dapat kawin dengan puteri raja.. nasib kau lah belalang..
ReplyDeleteCmne nk beli belalang goring yg sedap tu....
ReplyDelete