»

09 December 2012

Kenduri Daging Gajah Di Stadium Bukit Jalil


Sekarang musim kenduri kawin. Kalau tak set dalam henfon memang tak boleh ingat tarikh kenduri yang berderet-deret tu. Kadang-kadang pergi kenduri cuma minum air seteguk dua untuk ambik hati taun rumah, nak makan nasi perut dah kata 'no, no, no, no....' sebab tak mampu lagi bertahan dengan kenduri yang banyak tu...

Dulu-dulu kalau kenduri kawin di sebelah Kedah ni, cuma ada lauk ayam dan daging lembu, tapi sekarang dah macam satu trend pula mesti ada lauk daging kambing. Dan biasanya jika dah ada lauk daging kambing ramai pula yang dah tak nak jeling daging lembu dan ayam lagi, kata mereka cemuih (jemu) selalu sangat makan daging lembu dan ayam..

Tapi malam ni kabarnya ada kenduri daging gajah pada pukul 8.45 malam. Dan ia bukan gajah sebarang gajah, ia spesis gajah perang (war elephants). Gajah perang pernah digunakan oleh Maharaja Abrahah untuk menghancurkan Kaabah pada zaman kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dulu. Memang kalau setakat manusia, kuda, singa atau harimau pun tak kan boleh menang bila menentang tentera war elephants ni. Tapi Allah menurunkan burung ababil untuk menghancurkan tentera gajah perang itu.




Malam ini pasukan bolasepak Malaysia yang dikenali sebagai Harimau Malaya akan menentang Thailand yang menamakan pasukan mereka Gajah Perang (War Elephants) dalam Piala AFF Suzuki 2012.

Persoalannya mampukah pasukan harimau mengalahkan tentera gajah perang?? Perlawanan kalah mati itu akan berlangsung dalam dua pusingan: pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Pusingan kedua pula akan berlangsung di Bangkok pada 13 Disember. 

Jika malam ini Harimau Malaya kalah dilibas Gajah Perang, peluang Malaysia untuk mara ke final hampir lebur. Kalau harimau cuma setakat seri dengan gajah perang, peluang masih ada tapi sangat tipis kerana bukan mudah nak menjinakkan sang gajah perang yang ganas itu di depan penyokongnya sendiri di Bangkok pada 13 Disember nanti. Malah kalau setakat menang 1-0, 2-1 atau 2-0 pun belum menjanjinjikan bekalan yang selesa untuk Harimau Malaya.

Jadi mau tak mau Harimau Malaya kena 'kenduri gol' ke atas Gajah Perang malam nanti. Harimau Malaya perlu melapah daging gajah perang, menyiat-nyiat semua tulang-tulangnya, mematahkan gading dan membuat gulai lemak belalainya. Jadi malam ini Harimau Malaya perlu menang dengan agregate 3-0, baru bekalan kita ke Bangkok selesa.

Cuma mampukah Harimau Malaya berkenduri gol mengalahkan Gajah Perang malam ni? Bagi JR, tak mungkin Harimau Malaya segagah burung ababil dalam mengalahkan gajah perang, tapi pengurus dan jurulatih Malaysia pasti ada ramuan tersendiri untuk membuat kenduri gol daging gajah malam ini....

6 comments:

  1. saya suka kenduri yg ada lauk pauk kg...ulam2an..sambal hehe...sbb saya tak makan daging/lembu/kambing/gajah hehe...

    ReplyDelete
  2. aisey men..ingat betol lah ada kenduri gajah...
    duk fikir sapa plok yg buat hidangan gajah tu...


    ReplyDelete
  3. Nampaknya kenduri daging gajah dekat Bukit Jalil tidak menjadi akibat kelalaian setelah selesa mendahului.

    ReplyDelete
  4. hahahaha..ingatkan betul la ada kenduri saji daging gajah..kalau ada dasyat...hahaha.

    ReplyDelete
  5. ish dging gajah...hahaha

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....