»

25 December 2012

Akhirnya Lady Gaga Jadi Milik JR!!!


Tak sangka pula akhirnya makhluk ramping itu menjadi milik JR, menjadi sebahagian dari anggota keluarga JR. Isteri pula tak kisah bila dimadukan dengan Lady Gaga, kerana dia sendiri yang meminangnya. Makhluk bontot besar yang dulu selalu tayang wajah antiknya di hall rumah JR kini pindahkan ke dapur, biar dia menjadi orang dapur sampai lingkup...

Sebenarnya seperti yang JR cakap dalam blog ni beberapa hari lepas, JR agak terkebelakang dalam teknologi TV. Dulu JR ingat TV cuma ada dua jenis:

i)  TV jenis flat bontot besar dan heavyweight macam Rosmah yang ada di ruang tamu rumah JR:


ii) TV jenis slim dan ringan macam Rihanna yang menghiasi banyak rumah kawan-kawan dan saudara mara JR:
Tak tau pulak JR bahwa TV slim dan ringan yang banyak ada di rumah orang tu pun ada banyak kategorinya. Lepas isteri cadangkan nak tukar TV baru untuk diletak di ruang tamu, baru JR survey dan lepas tu baru tau rupanya TV bertubuh ramping ni pun terbahagi kepada beberapa kategori. Betapa out of datenya aku kerana ingat semua TV slim tu sama saja:

i) TV plasma: ini TV ramping yang mula-mula keluar di pasaran Malaysia tapi kini dah dianggap teknologinya sebagai agak ketinggalan zaman. Sebab tu harganya pun agak murah kerana orang dah kurang berminat dengan TV jenis ni...

ii) TV LCD: TV ni lebih jimatkan letrik berbanding plasma, ada yang mahal ada yang murah bergantung kepada function yang ada di dalamnya. Kalau yang saiz 32" tu sekarang boleh dibeli dengan harga di bawah RM1,000, malah RM600 lebih pun ada bergantung kepada jenama dan function yang ada di dalamnya.

iii) TV LED: (sebenarnya bukan full LED, cuma backlight LED), harganya mahal sikit dari TV LCD. Harganya juga tak sama mengikut jenama dan function yang ada di dalamnya. Jika cuma nak beli TV setakat boleh tengok rancangan hiburan, berita, main game dan musik, harganya antara RM1,200 - RM1,400 atau mungkin murah lagi di sesetengah lokasi.

Tapi jika nak TV yang ada banyak function termasuk boleh dicucuk USB untuk melihat movie yang didownload dari internet, harga TV nya mahal dari LED biasa, jika di Alor Setar berdasarkan survey JR paling murah pun untuk saiz 40" - 42" ialah RM1,600 untuk TV jenis ni. 

iv) Smart TV, ini antara teknologi terbaru dunia TV masa kini. TV ini boleh disambungkan terus dengan sistem internet. TV ni bukan setakat boleh tengok rancangan di RTM, TV3 sampai TV9 dan astro, tapi juga dapat berfungsi sebagai komputer, hanya dengan memegang button, sambil baring-baring atas sofa rumah kita dah boleh layari blog, facebook, twitter, google, youtube dan lain-lain dalam TV. Mesti puas punya layari facebook, twitter atau blog dalam 'komputer' besar bersaiz 40", 50" atau 80" tu!!!

v) TV 3D, ini adalah TV teknologi terkini zaman ini. Kerana ia masih sangat baru, harganya pun boleh tahan juga. Pendek kata kalau tak ada RM5,000 jangan mimpi untu miliki TV 3D, kecuali beberapa jenama yang menjualnya pada harga RM2,800 ke RM3,000++  tapi masih gunakan plasma dan bukan LED...

Dan berbalik kepada JR yang bercadang nak beli TV ramping 40" ke atas, JR buat banyak survey sebelum membelinya. Bagaimana JR buat survey nanti diceritakan kemudian, insyaalllah...

Mula-mula kami memang cadang cuma nak beli TV LED full HD, tapi bincang punya bincang dengan isteri kitorang buat keputusan untuk beli smart TV.

Dan mulai petang semalam sahlah smart TV LG 42" model  42LS5700 berharga RM1,880 tu  menjadi milik kami apabila makhluk ramping tu dihantar ke rumah kami dan kini berdiri dengan kakunya di atas almari di ruang tamu... Mengikut survey JR, harga RM1,880 untuk smart TV tu adalah antara yang berpatutan jika melihat kepada application dan function yang ada di dalamnya.

Sekarang  dengan TV baru bersaiz 42" ni kami sekeluarga boleh tonton rancangan di TV sambil boleh juga melayari Facebook, Twitter dan boleh tonton movie dari internet sepuasnya.

LG 42LS5700

Memang dari segi adunan warna, mutu suara, kepelbagaian fungsi TV baru kami ni ternyata lebih hebat dari Samsung 29" bontot besar yang diletakkan di ruang tamu sebelum ini. TV LG model 42LS5700 ini juga support DTS sound,  jadi mutu soundnya sungguh bagus..bila tengok movie sound nya meletup-letup macam betul-betul terasa macam ada dalam panggung wayang!

Dengan harga belian RM1,880 untuk smart TV LG 42LS5700 dan jaminan selama 2 tahun, JR rasa ia merupakan pembelian yang agak berbaloi juga....

Nota Kaki: Apa kena mengena entri ni dengan Lady Gaga pulak? Tak ada kena mengena pun...cuma bagi JR, LG tu bermakna Lady Gaga....

9 comments:

  1. Lady Gaga pun Lady Gaga lah ;)
    Wah, ada TV baru,.. syok tu 42' lagi

    ReplyDelete
  2. wow..smart tv! besar pulak tu.

    saya pun kira baru gak beli tv LED yg boleh cucuk USB tu. Tgh promo kat Carrefour dpt kurang rm1k.
    sblm ni tv akuarium..^_^

    ReplyDelete
  3. mak aih, kalau tengok tajuk... orang rumah pun boleh berdesing cuping telinga. rupa-rupanya, hahaa...

    ReplyDelete
  4. IM masih kekal dengan tv retro.

    ReplyDelete
  5. bulu roma kat muka pembaca berita pun boleh nampak ,kan hehe...

    ReplyDelete
  6. Laa.. lady Gaga tu tv LG ke? Pandai2 je JR bagi nama penuh dia. Barangan LG mmg bagus dan harga pun agak berpatutan. Kalo dgn harga yg JR sebut tu, rasanya mmg berbaloi la. Sbb saiz pun 40". Bulu roma kat muka pelakon pun dah boleh nampak.

    *mana JR tau rihanna tu ringan?

    ReplyDelete
  7. Nasib baik ada sentuh sikit kenapa Lady Gaga.. Kalau tak pelik jugak. Hehe.. Sekarang ni TV besar2 ni dah macam biasa pulakkan.

    ReplyDelete
  8. Lady Gaga ni puas hati pakai . jangan risau :)

    ReplyDelete
  9. waaa.....suda beli tv baru yaa :)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....