»

04 November 2012

Siapa Aarif Rahman Aktor Kacak Hongkong Tu??


Korang minat tak tengok filem aksi dari Hongkong? 
Satu masa dulu JR sangat suka tengok filem-filem aksi Hongkong. Masa itu sangat minat dengan Jackie Chan, Jet Lee, Donnie Yen, Zhang Ziyi dan banyak nama lagi. Satu lagi nama yang terkenal juga Bruce Lee tapi lebih banyak mengetahuinya dari bahan sejarah kerana Bruce Lee telah lama meninggal.

Bagaimana pula dengan pelakon filem aksi Hongkong bernama Aarif Rahman?? Korang minat tak dengan Aarif Rahman??

Aarif Rahman

Sejujurnya JR memang tak berapa kenal dengan Aarif Rahman. Tunku Abdul Rahman JR taulah, kalau tak tau mana pula boleh lulus subjek sejarah masa sekolah dulu.

Pernah dulu sekali JR dengar nama Aarif Rahman sebagai hero filem 'Bruce Lee My Brother', tapi JR tak ambik pot pun siapa aktor Cina Hongkong yang namanya macam Melayu ni:

Aarif Rahman: Hero filem aksi Hongkong

Hingga semalam ketika sedang bersantai di depan TV9 ada satu paparan kisah mengenai filem aksi Hongkong lakonan Aarif Rahman yang terbaru: 'Cold War'.   Tengok saja sedutan filem tu, tiba-tiba hati JR dah jatuh cinta, terasa sangat-sangat nak tonton filem itu kerana aksi ngeri di dalamnya kelihatan sangat-sangat real dan mendebarkan!

cold war poster Siapa Ariff Rahman Berlakon Cerita Hong Kong Ni?
Aarif Rahman antara hero filem Cold War

Tapi sekali lagi terpacul soalan: siapa hero macho kacak Cina bernama Aarif Rahman yang berlakon dalam filem Cold War tu? Mengapa namanya Aarif yang bermakna pintar dan Rahman yang bermakna pemurah (merujuk kepada sifat Allah)? Mengapa ibu bapanya tak beri nama Cina seperti orang Cina lain tapi memilih nama Arab??

Tapi kata orang apa ada pada nama. Zaman sekarang bukan boleh kira sangat dengan nama. Di Indonesia ramai yang nama macam Islam, tapi agamanya Kristian. Ada pula yang nama macam Kristian tapi agamanya Islam. Di negara Arab seperti Lubnan dan Mesir juga begitu, nama Abdullah dan Ahmed tapi agama mereka Kristian. Salah seorang hero Hollywood dulu namanya Omar Shariff tapi agamanya Kristian. Di Malaysia zaman 90an dulu ada seorang jaguh renang terkenal namanya Nurul Huda Abdullah, tapi dia keturunan Cina Kristian.

Nurul Huda Abdullah

Jadi apa ada pada nama kan??

Tapi jika korang nak tau juga siapa pemilik nama Aarif Rahman ini, korang tak payah klik kat carian internet kerana JR dah buat survey mengenai hero baru filem Hongkong ini:
Aarif Rahman memulakan kariernya dalam bidang seni pada pada awal tahun 2009 sebagai penyanyi.  

Ada lagi info mengenai Aarif:
  Aarif Rahman

Aarif mempunyai darah kacukan Melayu-Arab-Cina sebelah bapanya, manakala ibunya  seorang warganegara Hong Kong keturunan Cina. Aarif, 25, turut dikenali dengan nama komersial Aarif Lee dan nama Mandarinnya, Li Zhi Ting (李治廷). Aktor berketinggian 175 cm (5' 6") ini fasih menguasai bahasa Cantonese, Mandarin, Inggeris, dan Jerman. Bahasa Melayu mungkin haram sepatah pun dia tak tau, maklumlah Melayu tu cuma keturunan bapanya...
Anak bongsu daripada tiga beradik ini pernah melanjutkan pengajian dalam bidang fizik di Kolej Imperial London. Sekembalinya dari London Aarif mengeluarkan album sulung berjudul Everything pada  2010.
Aarif mula mencuri tumpauan dalam bidang lakonan bila membintangi filem Echoes of the Rainbow, Frozen dan filem box-office Bruce Lee My Brother.
Filem terbaru Aarif yang akan ditayang di pawagam  pada 8 November ini ialah Cold War di mana Aarif berlakon bersama-sama pelakon aksi popular Hong Kong: Andy Lau dan Aaron Kwok.
Dalam filem itu Aarif memegang peranan sebagai Billy Cheung iaitu seorang Ketua Penyiasat Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah (ICAC) Hong Kong.
Billy dalam filem ini diminta menyiasat pergerakan dua anggota polis bernama Sean Lau (Aaron Kwok) dan Waise Lee (Tony Leung) yang bersaing untuk mengetuai operasi menyelamat sebuah van berisi senjata yang telah dirompak. Kedua-dua angggota polis ini pula dalam masa yang sama disyaki menjadi dalang beberapa kes jenayah.

Boring tak mengikuti info hero kacak kita tu?

Kalau boring...ini ada berita baik bagi gadis-gadis yang mungkin meminati Aarif Rahman: Aarif masih belum berpunya!!

Jadi kepada mereka yang berminat boleh menghantar permohonan untuk menjadi pacar Aarif dengan menyertakan resume lengkap mengenai data-data peribadi korang kepadanya di alamat berikut:
Mr Aarif Rahman @ 李治廷
香港文華東方酒店

17 comments:

  1. Im lebih suka tengok superman ke, spiderman ke dari tengok filem aksi hong kong..

    ReplyDelete
  2. baru tahu... terima kaish atas info ini :)

    ReplyDelete
  3. pertaa kali dgr nama mamat ni..pertama kali tgk rupa dia...boleh tahan ensem hehe...saya jenis tak amik pot pasal hiburan...pasal artis...kdg2 baca sepintas lalu...

    ReplyDelete
  4. Ingatkan memang mamat melayu la yang berlakon dekat sana. Skali memang orang Cina.. Haha

    ReplyDelete
  5. Saya pertama kali dengar nama aktor ni juga. Lama tak layan movie hongkong.

    ReplyDelete
  6. nama dan muka dah hensem . kalau tambah iman lgi hensem . hewhew

    ReplyDelete
  7. laa..br tau ada hero nih,,sll layan jakie chan jer...

    ReplyDelete
  8. Saya tak tau lansung psl artis ni hehehee

    ReplyDelete
  9. Wah, keturunan boleh tahan hebat. Tapi betul lah... nama tak melambangkan agama.

    ReplyDelete
  10. I juѕt like the valuable information you ρrovide
    in уоur аrticleѕ. Ӏ will bookmark уouг blog аnԁ tаke a loοk at once more right here regulaгly.
    I am quitе ceгtain I'll be told plenty of new stuff proper right here! Best of luck for the following!

    Here is my page; Ipad Repair Cheras

    ReplyDelete
  11. I јust liκе thе valuable information you рroviԁе in yοur artісlеs.

    I will bookmarκ your blog anԁ take a look аt
    once moгe right here гegularly. I am quite certain Ι'll be told plenty of new stuff proper right here! Best of luck for the following!

    Also visit my homepage :: Ipad Repair Cheras

    ReplyDelete
  12. Нi! This is my fiгst сomment
    here so I just wanteԁ to give a quіck shout
    out anԁ say I genuinеly еnjoу гeading thrоugh уouг pоsts.

    Can you rеcommеnd any othеr blogs/websitеs/forums that go over the same topiсs?
    Thаnks a lot!

    Alѕο ѵisit my web-ѕitе macbook repair

    ReplyDelete
  13. Τhanks fоr your mагvelous pоsting!
    I quіte enјοyeԁ reaԁing it, уou will bе
    a great аuthог. I will mаke certaіn tо bookmarκ yοur blog and may cοme baсk in the
    forеsеeablе futuге.
    I want to encοuragе уou tο ԁefinіtely
    contіnue your gгeat pοstѕ, haѵe a nice evеning!


    Also viѕit mу webpаgе - ipad repair cheras

    ReplyDelete
  14. first kenal aarif rahman memang ingat dia org melayu berlakon kat china ...rupa-rupanya memang aktor sana pun..haha

    ReplyDelete
  15. Kenal dengan dia ni.. muslim and does not eat pork tp dengar cerita ada anjing.. harap tak betul citer ni. Walaupun x retired BM harap Islam lah dia sampai mati..

    ReplyDelete
  16. Kenal dengan dia ni.. muslim and does not eat pork tp dengar cerita ada anjing.. harap tak betul citer ni. Walaupun x retired BM harap Islam lah dia sampai mati..

    ReplyDelete
  17. Baru kenal arif ni berlakon making family
    Mmg ensem

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....