Malam Jumaat datang lagi. Ia malam penuh berkat.
Tapi ada satu versi lagi menyatakan malam Jumaat malam yang menyeramkan.
Ye ke malam Jumaat malam yang menyeramkan?
Kalau begitu JR nak hidangkan satu cerita seram. Ia kisah benar yang berlaku di
Korang tau di mana Uberaba? Cuba buka peta dunia, cari di mana Uberaba. Jika tak tau tanya Kaka, bintang bola Brazil, dia tau di mana Uberaba.
Dan ini cerita seramnya tu:
Seorang ibu dari Uberaba, Brazil terkejut besar apabila menerima panggilan telefon daripada anaknya yang telahpun meninggal dunia sebulan lalu. Dia sendiri yang menyaksikan dan bersama-sama adik perempuannya mereka mengesahkan itulah mayat anaknya, tapi tiba-tiba suatu hari anaknya yang telah meninggal itu menelefonnya.
Si-ibu hampir pengsan menerima panggilan itu. Mana mungkin anaknya boleh membuat panggilan telefon dari dalam kubur?
Si-ibu hampir pengsan menerima panggilan itu. Mana mungkin anaknya boleh membuat panggilan telefon dari dalam kubur?
Ibu tersebut, Luzia de Matos menyatakan pagi itu anak lelakinya Gilsimar de Souza 35 tahun memberitahu mahu ke klinik. Tiba-tiba berlaku kemalangan di antara sebuah lori dan pengguna jalan raya di jalan yang sama anaknya lalui. Ketika membuat pemeriksaan ke atas mayat itu, si-ibu mengesahkan itu adalah anaknya. Dia terkaku dan tidak dapat bergerak kerana sangat terkejut kehilangan anak lelakinya secara mengejut.
Lalu anaknya dikebumikan di sini:
Lalu anaknya dikebumikan di sini:
Di sinilah mayat de Souza dikebumikan
Tapi tiba-tiba sebulan selepas kematian anaknya, de Matos menerima panggilan telefon dari seorang lelaki yang suaranya sangat mirip dengan anaknya memberitahu dia adalah de Souza dan dia 'sihat-sihat sahaja'.
Di dalam kubur pun boleh 'sihat-sihat sahaja'? Dalam kubur anaknya ada aircond dan dia dilayan baik oleh bidadari kot?
Si-ibu sungguh terkejut dan sangat keliru lantas meletakkan telefon kerana tak percaya akan menerima panggilan telefon dari kubur!
Di dalam kubur pun boleh 'sihat-sihat sahaja'? Dalam kubur anaknya ada aircond dan dia dilayan baik oleh bidadari kot?
Si-ibu sungguh terkejut dan sangat keliru lantas meletakkan telefon kerana tak percaya akan menerima panggilan telefon dari kubur!
de Souza...mati dilanggar lori
de Matos...terkejut terima panggilan dari anak yang telah meninggal
Rupanya anaknya de Souza pada hari 'kematian'nya telah pergi ke Pusat Pemulihan untuk mengubati ketagihan dadah. Selepas sebulan di sana dan merasai dirinya telah pulih semula dia membuat panggilan telefon untuk membuat 'kejutan' kepada ibunya. Dan panggilan itu benar-benar mengejutkan ibunya. Nasib baik dia tak diserang sakit jantung!!
de Souza juga terkejut kerana tak menyangka dia sudah mempunyai kubur sendiri walaupun masih hidup di dunia..
de Souza juga terkejut kerana tak menyangka dia sudah mempunyai kubur sendiri walaupun masih hidup di dunia..
Kini si-ibu sedang merancang untuk mengadakan parti bagi meraikan anaknya yang 'mati hidup semula' itu. "Saya melompat dan ketawa penuh gembira. Saya sangat ingin memeluk anak saya..." beritahu de Matos.
Siapa yang mati itu agaknya?
ReplyDeletehehhe..ntah kenapa..sejak dulu,..asal malam jumaaat...dikatakan seram....sampai nak baca entry nih pun tunggu siang...hihihi...camana leh tak cam tu...ish....siapalah yg dalam kubur tu yew
ReplyDeleteLaa..mak dia silap cam mayat.
ReplyDeleteMlm jumaat..dah diterap dari dulu dgn seram. Skrg dah kurang kot..
memang pelik...siapa yg mati tue?
ReplyDelete