»

22 November 2012

Hadiah Isteri Kepada Rakan Demi Agama


Malam tadi masjid berdekatan rumah JR mengadakan forum perdana selepas solat Isyak. Tiga orang penceramah mengambil bahagian, dua dari Kedah seorang dari Penang.

Tapi apa yang JR nak ceritakan di sini bukan mengenai penceramah tu, tapi isi ceramah mereka yang sebahagiannya sangat meninggal kesan kepada JR.

Salah satunya ialah mengenai konsep ikhlas. Kata salah seorang penceramah, salah satu punca yang menyebabkan orang Islam lemah pada hari ini ialah kerana mereka tidak ikhlas dalam memperjuangkan agama. Orang Islam terlalu berkira wang dan tenaga, semua dilakukan tidak ikhlas kerana mengharap keuntungan yang lebih besar. Ada yang menderma dengan syarat masuk TV dan akhbar. Malah ada yang tunaikan zakat dengan jumlah yang banyak diiringi wartawan nak hebohkan dia seorang Islam yang baik. Mereka tak ikhlas dalam membuat kebaikan..



Ia tak seperti di zaman Nabi semua sahabat mengorbankan segala apa yang ada dengan penuh ikhlas demi tuntutan agama. Contohnya ialah sahabat Nabi, Abdul Rahman bin Auf yang merupakan hartawan terkaya di Mekah ketika itu. Apabila menerima perintah untuk berhijrah ke Madinah, Abdul Rahman dengan ikhlas mengikut Nabi berhijrah ke Madinah. Dia meninggalkan semua kekayaan dan  keluarganya di Mekah, kerana itu adalah perintah Nabi supaya semua orang Islam berhijrah ke Madinah. Dia ikhlas meninggalkan kekayaan dan keluarganya demi Islam. 

Setibanya di Madinah  Abdul Rahman telah dipersaudarakan oleh Nabi dengan Sa'ad Bin Rabi' seorang daripada golongan Ansar Madinah yang kaya raya.  Saad Bin Rabi' sangat kasihan kepada Abdul Rahman kerana telah menjadi papa kedana demi menyahut seruan agama untuk berhijrah ke Madinah. Saad menghampiri Abdul Rahman dan berkata, "Saudaraku, ketahuilah bahawa saya adalah seorang Ansar yang banyak harta, dan kiranya saudara sudi ambillah separuh dan kekayaan saya itu. Saya juga mempunyai dua orang isteri dan kiranya saudara sudi ambillah salah seorang darinya, saya sedia menceraikannya supaya boleh saudara mengahwininya."


Penceramah itu bertanya masih adakah lagi orang Islam di zaman ini yang punya tahap keikhlasan yang begitu tinggi seperti Abdul Rahman dan Saad:

- Masih adakah orang Islam dengan ikhlas sanggup mengorbankan semua harta kekayaannya demi perjuangan agama seperti Abdul Rahman bin Auf?

- Masih adakah lagi orang Islam dengan ikhlas sanggup menyerahkan separuh dari harta  kekayaannya kepada seorang saudara  yang baru dikenalinya demi keyakinan agamanya seperti Saad bin Rabi'?

- Masih adakah lagi orang Islam dengan ikhlas sanggup menyerahkan isterinya kepada seorang saudara yang baru dikenalinya demi keyakinan agamanya seperti Saad bin Rabi'?

Jika ditanya JR soalan itu, pasti JR sukar untuk menjawabnya. Untuk menyerahkan harta benda mungkin tiada masalah, tapi untuk menyerahkan isteri.....

8 comments:

  1. serahkan isteri...speechless...

    ReplyDelete
  2. boleh ke serah isteri ? aiyooo @_@

    ReplyDelete
  3. Pasti ada, cuma kita je yang tak tau kot JR. Sbb org2 macam ni pasti low profile.

    ReplyDelete
  4. hmmm

    ikhlas memang susah untuk diperolehi

    ReplyDelete
  5. salam
    saya jugak pernah mendengar ceramah ttg IKHLAS ni...kata penceramah tu jika kita dok ingat ttg kebaiakn yg kita lakukan...contohnya kita pernah menderma pada si polan si polan...kita pernah tolong org...itu belum ikhlas namanya...

    ReplyDelete
  6. isteri yg tak sanggup rasanya

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....