Korang cubalah baca berita di bawah ni...agak-agaknya apa yang menariknya? Tentu korang akan kata: 'Eh belum baca lagi macam mana nak komen?'
OK, sekejap lagi bacalah...CERITA HANTU tau!! Malam-malam macam ni memang seronok baca cerita hantu kan????
OK, sekejap lagi bacalah...CERITA HANTU tau!! Malam-malam macam ni memang seronok baca cerita hantu kan????
Imej lembaga lidah terjelir dirakam
28 November 2012
KERIAN - Imej lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk dipercayai hantu berjaya dirakam secara tidak sengaja oleh seorang pelanggan dengan menggunakan telefon pintar di sebuah gerai makan di pekan Bagan Tiang, di sini tiga minggu lalu.
Pekerja kontrak, Musa Ibrahim, 40, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, dia bersama tiga rakannya sedang melepak dan bersembang di dalam ruangan khas gerai itu.
Menurutnya, seorang rakan bernama Rizan Shahrin Abdul Rahman, 35, bertindak merakam gambar kepala salah seorang rakan dengan menggunakan telefon pintar dimilikinya secara suka-suka dengan niat bergurau senda.
“Setelah itu, kami terus meneliti kembali beberapa keping gambar yang dirakam.
“Bagaimanapun, kami terkejut melihat kelibat kepala lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk muncul di penjuru kanan salah satu gambar diambil walaupun pemilik telefon pintar ini benar-benar yakin tidak melihat apa-apa sebelum rakaman gambar dibuat,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di Pekan Bagan Tiang di sini semalam.
Musa berkata, gempar dengan penemuan itu, mereka bertindak menemui salah seorang individu yang arif dalam bidang paranormal untuk mengesahkan imej lembaga berkenaan.
“Setelah meneliti gambar terbabit, individu itu mengesahkan imej hantu yang berkemungkinan ‘melintasi’ lokasi kejadian pada ketika itu.
"Kami memutuskan mendedahkan perkara ini melalui media setelah mendapat maklumat terdapat siri gangguan makhluk halus dialami penduduk sejak kebelakangan ini dan menggesa ada pihak sudi tampil ke hadapan menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Korang perasan tak ada sesuatu yang pelik dalam berita di atas?
Bagi JR yang peliknya ialah empat rakan itu sedang melepak dan bersembang di dalam gerai pada pukul 7.30 malam. Orang lain pukul 7.30 malam ada di masjid atau surau atau sekurang-kurang ada di rumah untuk solat Maghrib tapi empat rakan karib ni pada waktu tu sedang asyik bersembang kosong di gerai. Tak taulah mereka bersembang sampai pukul berapa, entah sempat balik ke rumah untuk solat Maghrib pun tak taulah, kerana sekarang ni lebih kurang pukul 8.15 malam dah masuk waktu Isyak. Atau mungkin juga di gerai tu ada ruang khas untuk solat? Atau di sebelah gerai tu ada masjid atau surau dan lepas puas bersembang di gerai mereka akan ke masjid atau surau untuk bersolat?
Senja memanglah waktu jin, iblis dan syaitan keluar dari sarangnya...
Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
" Bila hari telah senja , laranglah anak-anak keluar rumah kerana ketika itu syaitan
berkeliaran .." (hadis riwayat Muslim)
Jadi apa nak heran bila mereka jumpa hantu waktu itu...memang patut pun...
orang kita memang suka dengan cerita hantu atau yang pelik sikit!
ReplyDeletedepa tu sendiri yg jadi hantu hehe...betul kata JR tu..time2 tu org lain bersolat maghrib...
ReplyDeletesokong pendapat JR tuu
ReplyDeleteTah betul ke tak tu agaknya. Tah-tah kes hantu tipu lagi.
ReplyDeletebetul sgt tu JR.
ReplyDeletebenda gini sbnrnya tak payah heboh, nampak mcm kita tak pcaya adanya makhluk halus. dan nampak mcm kita ni penakut sgt. sdgkan semua tu pun makhluk Allah yg mmg ada disekitar kita.
Tapi gmbr tu nampak mcm fake je JR. Dan kalau betul pun hantu tu, padan le muka, sape suh tak balik umah time maghrib.
ReplyDeletesekarang ni banyak sangat imej mengarut macam ni
ReplyDeletesokong gan jr.....orang oergu sembahyang naghrib....depa melepak kedai...
ReplyDelete