11 November 2012

PBS: Kesian Cikgu......


Jika korang berjawatan cikgu, korang pasti sangat-sangat-sangat familiar dengan istilah yang satu ni: PBS. Bukan saja familiar, malah mengikut anak JR yang sedang belajar di Tingkatan Satu, SEMUA cikgu sekolahnya hari-hari mengadu kepada murid mengenai  PBS. Dalam mesyuarat mereka mengadu kepada Pengetua, masa mengajar mereka mengadu kepada murid-murid:

- PBS mendera mental guru, cikgu tak cukup tidur, tidur pun dengan laptop  semuanya kerana PBS..  
- login PBS online lembab macam siput babi, macam mana cikgu nak buat kerja?
- PBS mendera mental murid kerana banyak sangat perlu disiapkan
- Kalau di rumah cikgu cakap sorang-sorang macam orang gila, itu adalah kerana PBS
- Semua cikgu benci PBS
- Bukan cikgu nak susahkan kamu (murid), mereka (orang yang mengemplimentasikan PBS) itulah yang menyusahkan kamu
- PBS: Polisi Buat Semua susah..


JR masa mula tak ambil pusing pun tentang apa itu PBS. Tapi bila tengok anak di Tingkatan Satu tidur sampai pukul 2.00 pagi untuk menyiapkan kerja yang dikehendaki PBS dan pukul 5.30 perlu bangun untuk ke sekolah, JR akhirnya terpaksa juga ambil tau apa itu PBS. Apa yang hebatnya PBS hingga murid  seringkali cuma tidur 3-4 jam saja semalam tu?? Buku pendidikan kesihatan yang diajar kepada mereka kata kanak-kanak perlu tidur 8 jam tapi mengapa sistem itu memaksa mereka cuma tidur 3-4 jam?

Hasil dari sembang-sembang dengan mereka yang bergelar cikgu dan carian di internet, akhirnya tau lah JR sikit sebanyak apa itu PBS. Jika JR salah, tolong betulkan...

PBS ialah singkatan kepada Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Kalau ikut teori ia memang satu sistem yang baik. Tapi pelaksaannya, hanya cikgu dan murid yang tau...


Salah satu tujuan PBS adalah untuk mengatasi fenomena too exam-oriented system yang ada sebelum ini. Jika sebelum ini prestasi murid diukur 100% berdasarkan keputusan peperiksaan yang dikendalikan Kementerian tapi mengikut PBS cuma 40% berdasarkan peperiksaan berpusat, 60% lagi berdasarkan penilaian yang dibuat oleh sekolah. Dan di sinilah bermulanya masalah apabila pihak sekolah perlu merekodkan kebolehfahaman murid terhadap setiap subjek yang diajar berdasarkan gred band, dari band 1 hingga band 6. 

Setiap bab dalam buku teks perlu ada dari band 1 hingga band 6. Dan bukan satu aje, biasanya 2 hingga 4 utk satu band. Bayangkan jika dalam buku teks tu ada 10 bab, mau sampai 60-80 worksheet cikgu kena buat, MAMPOSSS!!

Melaksanakan PBS tu satu hal, menilai PBS satu hal lagi, menilai semula satu hal pula lagi dan key in pun satu hal yang sangat menyakitkan hati kerana sistem capaiannya yang sangat lembab. Lembab bukan kerana masalah internet atau laptop, tapi masalah sistem..Ada cikgu kata sampai dua jam dari start masak di rumah (mereka terpaksa buat kerja sekolah di rumah setiap hari) hingga makanan dah masak dan semua anak-anak makan, tapi masih tak dapat log-in sistem. Ada yang kata jika tidur pukul 3.00 pagi pun belum tentu kerja habis.. Pening kepala cikgu, boleh dapat darah tinggi dan heart attack jika setiap malam begitu...

Dan hari ini JR baca keluhan seorang cikgu yang ditujukan kepada Perdana Menteri:



Photo
· 


















Tengok tu...4,054 orang like tulisan Cikgu Asreena yang ditulisnya dalam FB pada jam 3.06 pagi, ketika kebanyakan kita sedang tidur dia masih sibuk dengan PBS nya... Siapa mereka yang like tulisan Cikgu Asreena tu? Mungkin mereka guru yang senasib dengannya, mungkin mereka murid-murid (termasuk anak korang?) yang terbeban dengan PBS.

Apapun, seperti kata Cikgu Asreena mereka bukan nak ingkar arahan pihak kerajaan, cuma mereka minta sistem itu diperbaiki.  Harap-harap Pak Menteri dengar keluhan mereka...pilihanraya semakin dekat!!!

19 comments:

  1. kalau kat tempat kerja IM, setiap kelemahan sistem diperbaiki dengan cepat.

    dalam sistem goverment mungkin banyak birokrasi..

    ReplyDelete
  2. setiap pembaharuan tu ada pro dan kontranya...biasanya diawal2 pelaksanaan..dibantah...

    anak2 saya pun asyik mengeluh sejak diperkenalkan 'band2 ' ni...saya sering mengusik...jgn sampai dapat waliband dh le :)

    ReplyDelete
  3. sya xtahu laa pasal nih..huhu

    ReplyDelete
  4. Tak tahu pasal PBS ni. Sudah lama menatkan sekolah. Hehe.. Macam2 perubahan untuk guru sekrang ni.

    ReplyDelete
  5. anak saya seronok dengan sistem berkenaan.hurm

    ReplyDelete
  6. kesian cikgu & murid2 dgn sistem baru nie yer... mungkin pad awal perlaksanaan kot mcm nie..

    btw..design br nampak en. JR..nice..

    ReplyDelete
  7. Ibu saya seorang guru. Dia sendiri cakap PBS tak masuk akal. Susah nak cakap dengan orang atasan sekarang. Semuanya gila.

    ReplyDelete
  8. wah... dah cantik blog dia :) - PIBG tau le... :P

    ReplyDelete
  9. Ada gak baca pasal PBS ni ari tu JR. mmg kesian dgn guru2 dan murid2 skolah. Terutamanya guru la. Sebab murid kalau dia buat keja skolah sampai pagi pun kerja tu kerja dia sorang. Kalau cikgu, kena buat utk berapa org murid, berapa kelas, berapa subjek yg dia ajar.

    Bagi saya, nak buat sistem baru tu bagus, tapi pastikan sistem tu dah betul2 ready baru implement. Ini, bagi tender kat orang yang tak sepatutnya dgn harga yang tak sepatutnya... Hasil pulak ala kadar je. Yg tertekan org bawahan. Haihh.

    ReplyDelete
  10. alamak ingat kan Parti Bersatu Sabah..Tak terfikir mulanya PBS tu. adui JR lepas baca rupa2nya itu dia..benar tu..online SAPS lain lagi tu JR. ada kaitan dgn saya entry kali ni..JR memahami ya tugas guru..tapi ada jg tak puas hatikan kedudukan guru ni...

    ReplyDelete
  11. tak tahu plok pasal ni..

    tapi bila membaca tu dah dapat selam betapa terseksa nyer jiwa cikgu...sian cikgu...

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Kesian cikgu dan anak murid kini. Eloklah luahkan masalah ini dekat media massa daripada di blog yang tidak didengari pihak kerajaan. Gunakan kuasa media untuk menyampaikan masalah kita, Berita Harian, atau Star ke. Dengar kata paper Cina dah jadi isu ini sebagai headline. Mengapa kita tidak luahkan masalah secara lantang ?

    ReplyDelete
  14. tapi murid still tak kenang jasa guru .
    bolat tgok kdg2 cikgu takde mase utk kluarga . kesian :(

    ReplyDelete
  15. Cr tahu pasal benda nie...sebab kakak ipar gan abang ipar cikgu...memang tak bagus sistem tue...

    ReplyDelete
  16. Bila tengok murid tingkatan 1, kesian. Mana tak nya, kami yang tingkatan 2 keatas dah seronok habis periksa, yang budak tingkatan 1 ni asyik siapkan kerja sampai hari akhir persekolahan.

    ReplyDelete
  17. Salam, khusus utk guru PBS, sekadar nak berkongsi Borang Transit PBS yg fleksibel utk semua subjek di http://eformrpm-pbs.blogspot.com/2013/02/pengenalan.html

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....