12 November 2012

Rahsia Nombor 786 Di Kedai Mamak


Setiap kali berada di kedai mamak, hati JR berkata: "bila balik aku nak tulis entri tentang hal ini". Tapi bila balik rumah, bila tengok muka isteri dan anak-anak, lupa pula wajah mamak... jadi niat nak buat entri mengenainya tak jadi kenyataan...

Tapi sebentar tadi bila tengok TV keluar cerita mengenai Tun Dr Mahathir...tengok saja Dr Mahathir, JR terus teringat tentang kedai mamak....

Bila korang ke kedai mamak, korang perasan tak logo seperti di bawah ni mesti ada? 


Biasanya logo bulan bintang dan nombor 786 akan dilekatkan dekat nama kedai mamak:





Ada pula yang tak ada bulan bintang, tapi nombor 786 mesti ada:





Mengapa perlu ada nombor 786, apa istimewanya sangat nombor 786 tu?

Ada rakan JR kata 786 tu nombor kapal yang membawa orang-orang India tu ke Malaysia, ye ke?? Mengarutlah kan...orang India yang datang ke Malaysia bukan datang dengan satu kapal, berpuluh atau beratus kapal, tak kan semua  kapal pakai nombor 786?

Akhirnya selepas membelek beberapa blog, JR dapat beberapa teori mengenai  asal usul nombor 786 di kedai mamak:

  • Teori 1: Nombor 786 yang tertera di papan tanda kedai mamak membawa kepada formula asas kepada perniagaan India Muslim. Ia melambangkan proses penciptaan keuntungan dalam perniagaan dan pengurusan modal pusingan bagi apa-apa perniagaan yang diceburi. Formulanya ialah jika modal berjumlah RM7, jual pada nilai RM8, kemudian pusingkan modal semula sebanyak RM6. Lalu jadilah 786.

  • Teori 2: Ketika berlaku persengketaan Hindu-Islam di India di zaman dahulu, orang Islam menggunakan huruf 786 bagi memudahkan mereka mudah dikenali sebagai ganti kepada perkataan "bismillah" kerana kerapkali "bismillah"  dilempar ke tanah dan dipijak-pijak oleh penyerang Hindu ketika itu. Ia juga digunakan untuk memulakan surat menyurat tanpa bimbang yang kalimah suci "bismillah" dicela jika surat itu dibuang dan sebagainya.
  • Apa hubungan nombor 786 dengan "bismillah"? Nombor 786  membawa maksud "bismillah" kerana apabila ditambah nilai "bismillah" akan menjadi  786:









apabila perkataan bismillahir-Rahmanir-Rahim ini dijumlahkan maka jawapannnya adalah 786..

sama-sama kita mengiranya...

2+60+40+1+30+30+5+1+30+200+8+40+50+1+30+200+8+10+40 =786

tak paham lg.. ?? tengok ni plak
    

tak paham jugak?? tengok yg ni plak


Korang ada teori lain??

12 comments:

  1. Sgt menarik..! T kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  2. tadi masa nak publish komen..ingat siapa...dah tukar nama profil yaa....

    saya baru tau laa pasal nombor ni,..sbb tak rajin makan kat kedai mamak...saya syer kat fb boleh??..

    ReplyDelete
  3. satu teori pun saya takde..hehehe sebab saya tak pernah perasan pun kewujudannya..hehehe.

    lepas ni sy nak perhati setiap signboard kedai mamak la.hehehe.


    takpun kita tanya je tuan kedai..boleh gitu?hehe.

    ReplyDelete
  4. a.samad jaafar: Sama2 kasih...

    izan: Terima kasih krn sudi share di FB, jika masa depan nak share di FB, twitter atau blog tak perlu minta izin...keizinan terpakai sepanjang hayat..

    Arina: Sebelum makan cuba dongak2 ke papan tanda nama kedai, mungkin nampak...

    ReplyDelete
  5. banyak kerja lain lagi dari nak fikir pasal 786.

    he..he.. isu nurul izzah pun dah cukup peningkan kepala!

    ReplyDelete
  6. nice info..Na baru taw ;)
    tapi belum pasan kat mana2 kedai lg..

    ReplyDelete
  7. tak pernah terpikir pulak . aiyakk sgt mnakjubkan :D

    ReplyDelete
  8. Takda pulak terperasan 786 ni... Lepas ni nak cuba kaji pulak...

    ReplyDelete
  9. pernah jugak jumpa kedai mamak 786 nie...tak tahu pulak teorinya...

    ReplyDelete
  10. '786 Alhamdulillah syukur'

    http://hazissac.blogspot.com/2011/03/disebalik-nombor-786-lagu-alhamdulillah.html

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....