10 November 2012

Melayan Musim Manusia Mengawan...


Memang letih bila perlu bergerak dari satu tempat ke tempat lain yang jauh untuk memenuhi panggilan makan kenduri. Tapi ia letih yang menyeronokkan. Seronok tengok pasangan mempelai bahagia, sesekali bergurau di depan kita... 

November (lepas cuti sekolah) dan Disember memang musim kenduri kawin. Ada yang kata sekarang musim manusia mengawan. Cis...ingat manusia tu lembu, kerbau, kucing dan ayam itik ke...mengawan? Tapi sesekali guna perkataan yang digunakan masa belajar sains kat sekolah dulu tu memang melucukan juga...

Kelmarin JR hadir satu kenduri pertunangan anak saudara di Jitra. Pertunangan boleh diibaratkan sebagai saat pra-mengawan kerana ibu bapa telah bersetuju menandatangani perjanjian untuk anak mereka mengawan di suatu hari nanti. Mungkin tahun depan mereka kawin...oops, mengawan...

Hari ini ada tiga kenduri, esok ada lagi kenduri kawin. Tak masuk lagi kenduri bersunat anak.

Bila sampai ke rumah sebentar tadi badan rasa  sangat letih kerana jarak satu rumah kenduri ke satu rumah kenduri lain bukannya dekat. Rumah kenduri pertama memang bedal betul-betul makan sampai kenyang. Rumah kenduri kedua makan dah slow down sikit, makan cuma nak ambil hati tuan rumah aje. Rumah kenduri ketiga pula dah tak lalu makan nasi lagi, cuma makan bubur, kerana perut rasa seperti dipenyet-penyet oleh bulldozer...

Memang letih melayan kenduri kawin dengan makanan yang berbagai-bagai tu. Memandu dalam jarak yang jauh lebih meletihkan. Tapi dalam keletihan makan kenduri, bergerak dari satu rumah ke satu rumah lain,  rasa seronok pula melihat wajah ceria sang pengantin yang sedang menghitung hari-hari bahagia di depan mereka. Ketika melihat keserasian wajah pengantin, seperti hilanglah segala keletihan... 

6 comments:

  1. IM pun hari ini dan esok ada jemputan kenduri. seronok kerana dapat berjumpa dengan saudara mara.

    IM bila pi kenduri makan sikit saja sebab lebih suka singgah minum di rnr...

    IM ikut stail makan buffet di hotel - ambil nasi sikit tapi lebih lauk!

    ReplyDelete
  2. wah seronok yer banyak jemputan.. larat ker dlm sehari makan bbrp keduri tuh...heheh sy kat kalau gi kenduri pertama nak makan kedua baru nak nengok pengantin heheh

    ReplyDelete
  3. smlm sy temankn MIL marathon knduri.last rumah kitorg smpai dlm kul 4.dsebabkn lauk da ditapau,kitorg mkn lauk pngantin.wahhh..best..spesel gitewww...

    ReplyDelete
  4. waaa..ingat salah masuk umah tadi..

    ita minggu depan ada 2 jeputan..
    minggu depan lagi ada 3 jeputan..
    jenuh lah...

    ReplyDelete
  5. laa..ingat blog sapa td...tukar wajah baru eks..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....