Pagi tadi JR tertonton siaran TV9. Tak ingat apa slotnya, tapi bukan slot berita atau agama. Di dalamnya ada pengacara TV9 bersama seorang professor muda dari UIA bergelar Dr. (tak ingat nama) dan seorang artis popular:
Iqram Dinzly
Bagi yang mengikuti perkembangan dunia artis pasti tau Iqram Dinzly ni mengaku dia kini telah berhijrah untuk mendekatkan lagi dirinya dengan Allah. Dan mengikut satu sumber berita Iqram kini telah pun menyertai kumpulan Fitrah yang ditubuhkan oleh beberapa orang artis yang mempunyai misi untuk belajar dan mendalami ilmu agama dengan lebih luas. Antara artis yang terlibat dalam penubuhan kumpulan Fitrah adalah Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Siti Nurdiana dan Natasha Hudson yang telah melakukan penghijrahan diri baru-baru ini (berhijab).
Ketika JR tengok penampilan Iqram di TV tadi pun nampak dia berbeza dari sebelumnya. Dia memakai serban seperti seorang ustaz dan cuba menyelitkan percakapan dengan hujah-hujah berlandaskan Quran dan hadis. Kagum!
Sebenarnya TV9 memanggil Iqram dan tokoh akademik dari UIA itu untuk bercakap mengenai kempen memboikot barangan Israel. Iqram kelihatan bersungguh-sungguh menyeru orang Islam memboikot barangan Israel, bukan boikot secara bermusim tetapi untuk selamanya. Seperti katanya mengapa perlu makan burger syarikat makanan segera pro-Israel itu, kerana burger buatan Malaysia juga tak kurang sedapnya. Syarikat makanan segera itu dah terbukti membantu dana kepada Israel, sedang burger buatan Malaysia dikeluarkan oleh syarikat yang tidak berkrompomi dengan Israel.
Sebenarnya JR suka dengan penampilan baru berserban Iqram ini dan hujah-hujah islamiknya. JR juga kalau boleh nak lihat penghijrahannya itu benar-benar sampai ke destinasinya. Maknanya lepas ini dia tak boleh lagi pegang-pegang tangan atau berpelukan dengan artis wanita bukan muhrim dalam drama lakonannya. Dia boleh melakonkan watak hero atau watak antagonis, tapi batas-batas agama perlu dijaga. Gaya hidup di luar dunia lakonan juga perlu dipelihara supaya tak nampak seperti sebahagian artis kita yang suka berpakaian tak cukup kain dan mengunjungi kelab-kelab yang boleh menimbulkan fitnah.
Yang penting, apa pun yang dilakukan ia mesti ikhlas dan berterusan. Jangan hangat-hangat tahi lalat ayam. Jangan seperti sebahagian orang Melayu-Islam yang minggu lepas menjerit dalam facebook supaya memboikot barangan Israel, tapi sekarang dah bermai-ramai kembali memenuhi restoran makanan segera yang sinonim dengan Israel itu...
mg artis yg berubah kearah lebih baik itu....lebih menjaga kelakuan mereka berbeza sebelum berhijrah..yg pompuan..jgn kepala saja bertudung..pakaian ketat yaa amat..adui...
ReplyDeleteaummm . beliau tetap hensem dimata saya . haha
ReplyDeletebetul cakap JR..tadi sy lalu depan McD berjembik (ramai) orang melayu ISLAM makan kat situ...hairan2.. pasal iqram..rasanya baguslah begitu..tension tengok artis2 sekarang yang selalu bercakap tak fikir...contoh macam malam di AJL..
ReplyDeletebagus benar. orang muda, ada nama, ada gaya; kredit untuk Islam.
ReplyDeleteIM dan ibu_suri juga lebih suka tonton TV9 daripada TV3!
harap-harap lah kan
ReplyDeletesyukur alhamdulillah...
ReplyDeletesyukur sangat2 untuk iqram...
ReplyDeleteerm,,' saya hanya senyum
ReplyDelete